Monday, March 12, 2018

3 hari 2 malam di Pulau Redang, Terengganu


9hb yang lepas aku ke Pulau Redang dengan kakak ipar & anak saudara. Tak plan pun, boleh dikatakan last minute jugak plan ke sini. Dengar khabar awal bulan Mac Pulau Redang telah pun dibuka dan keadaan ombak dan laut ok. Musim monsoon dah berlalu katanya. Katanyalah. Dua tiga hari sebelum aku pergi, aku call pihak Chalet Redang Lagoon untuk tanya khabar keadaan dekat sana. Kata depa, angin dan laut dah tak bergelora. Mungkin ok. So, dengar cerita tu aku pun terus "ON" plan ke Redang.

Kami naik bas dari Terminal Bas Sungai Nibong pada malam 8hb dan sampai di Kuala Terengganu pagi Jumaat. Apa lagi. Meronda dulu lah ya.

Esok hari, Sabtu pagi kami terus ke Jetty Shahbandar untuk ambil feri ke Pulau Redang. Biasalah Sabtu mesti ramai orang.

Keadaan dalam feri

Masa naik, masuk feri dan bergerak ke tengah laut dah nampak air bergelora. Adoi, macam mana ni. Mesti teruk keadaan laut ni. Sangkaan kami betul. Pada permulaan je orang ramai gelak, jeri dan seakan-akan seronok feri naik turun dan goyang tapi tak sampai 20 minit dah start ada orang muntah.

Damn, ramai pakat muntah. Rombongan kami, yang pertama muntah adalah Rizqi. Kesian dia, memula air liur meleleh, lepastu terus muntah susu. Nasib baik la dia tak makan banyak sangat pagi tu. Kalau tidak teruk la banyak muntah. Tu pun habis baju dan seluar dia basah dek muntah. Aku? Habis lencun dengan muntah sebab aku riba dia.

Bayangkan selama 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Redang tu berapa ramai orang muntah dan bau orang muntah yang sangat meloyakan. Perghhh, tambahan bau muntah orang dewasa. Makan macam - macam, minum dan rokok. Bau teramat teruk. Aku nasib baik tak muntah, dan hampir-hampir nak muntah sebab ada bekalan gula-gula Halls. Tu pun dah hampir habis. Kalau gula-gula tu habis awal nampaknya aku pun muntah lah kan?


Sampai di Pulau Redang

Tengah hari kami sampai di Pulau Redang. Oleh disebabkan keadaan laut yang sangat bergelora, syarikat feri tak dapat nak turunkan kami di berhadapan pantai dekat dengan chalet. Kami diturunkan di Jeti Pulau Redang dekat dengan Hotel Laguna Redang Island Resort. So, berjalan lah kami dari situ ke chalet. Aku pilih untuk jalan walaupun bawak baby. Dukunglah Rizqi sampai ke sana.

Sampai di Redang Lagoon Chalet, pantai dihadapan kami cantik. Tapi, ombak tinggi deras dan menakutkan pukul pantai dan menyebabkan air agak keruh. Tak macam kami mai dulu masa honeymoon. Sangat cantik. Agak mengecewakan tapi nak buat macam mana, kuasa alam. Tak ada rezeki nak tengok pantai cantik.

Lepas daftar masuk, kami dapat bilik disebelah kantin. So agak mudah untuk makan dan ke pantai. Apa lagi, time untuk main pasir dan pantai!!

Amaran bendera merah

Sepanjang masa kami kat sana, bendera merah dikibarkan diseluruh pantai. So tak dapat la nak mandi. Pengawal pantai sentiasa ada dan tiup wisel untuk pastikan tiada sesiapa yang mandi di pantai. Main di gigi air ok. Tak bekersempatan la nak pergi main pantai ataupun berenang (macam aku tahu berenang) haha

Tak ada rezeki

Kali kedua aku ke Redang ni aku tak puas hati sebab keadaan sangat tak ok dan merbahaya. Aku rasa macam menyesal pulak datang time macam ni. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki nak dapat mandi di tepi pantai macam first time aku datang ke sini dulu. Tapi alhamdulillah, syukur dapat spend time dengan keluarga. Dapat tengok alam disekeliling. Syukur.

Pengajaran dari kali ini adalah jangan sesekali ke pulau di Pantai Timur pada musim tengkujuh. Walaupun pihak resort kata dah ok, tapi jangan la percaya cakap depa sebab keadaan cuaca ni tak semua orang boleh predict kan?

Wallahualam

0 Komen:

Post a Comment