Friday, April 13, 2018

Akhirnya, dah selesai bayar hutang PTPTN!

Alhamdulilah, bulan ni dah masuk bulan kedua aku habis bayar hutang belajar dengan PTPTN. Suka atau tidak, salah satu cara untuk bersih dan berkatkan gaji aku yang selama ni "berhutang" dengan kerajaan.

Menurut Utusan Malaysia, dibawah Bajet 2018, PM Najib dah buat kenyataan seperti dibawah :

Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Disember 2018 seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2018 hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, diskaun tersebut adalah seperti 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit secara terus mengikut jadual.

Dari konvensional ke ujrah dan potongan gaji


Untuk rekod, pada pertengahan tahun 2016 aku dah bawak keluar sejumlah amaun dari Akaun 2 KWSP untuk buat penukaran dari konversional kepada Ujrah. Sebelum tu, aku kena settle tunggakan sebelum boleh tukar ke sistem Ujrah tu.

Tuesday, April 10, 2018

Alhamdulilah, lulus ujian TBE!

Kalau ikutkan, secara tak rasmi sejak sebulan lepas aku join Zurich Takaful yang berpengkalan di Bayan Baru lepas beberapa bulan membuat keputusan untuk menceburi bidang Takaful.

Kesedaran tentang kepentingan takaful ni datang kepada aku lepas lihat beberapa kes yang terjadi kepada rakan terdekat dan ia mendorong aku ambil satu polisi takaful hayat pada hujung tahun lepas.

Untuk menjadi ejen ataupun consultant untuk mana - mana syarikat insurans dan takaful, setiap individu perlu ada lesen dan lesen ni dikeluarkan lepas lulus Takaful Basic Examination (TBE) yang dijalankan secara online.




Untuk menduduki peperiksaan TBE, kena bayar RM 84.80. Alah, kalau kita nak naik motor mesti kena ada lesen memandu, Nak ada lesen memandu kena la bayar kan? sama la macam ni!