Friday, April 13, 2018

Akhirnya, dah selesai bayar hutang PTPTN!

Alhamdulilah, bulan ni dah masuk bulan kedua aku habis bayar hutang belajar dengan PTPTN. Suka atau tidak, salah satu cara untuk bersih dan berkatkan gaji aku yang selama ni "berhutang" dengan kerajaan.

Menurut Utusan Malaysia, dibawah Bajet 2018, PM Najib dah buat kenyataan seperti dibawah :

Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Disember 2018 seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2018 hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, diskaun tersebut adalah seperti 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit secara terus mengikut jadual.

Dari konvensional ke ujrah dan potongan gaji


Untuk rekod, pada pertengahan tahun 2016 aku dah bawak keluar sejumlah amaun dari Akaun 2 KWSP untuk buat penukaran dari konversional kepada Ujrah. Sebelum tu, aku kena settle tunggakan sebelum boleh tukar ke sistem Ujrah tu.

Kalau ikutkan, masa Bajet 2017, kerajaan dah bagi diskaun 10% untuk penyelesaian penuh pinjaman PTPTN tapi aku rasa macam tak berbaloi dan tak tergerak hati nak buat penyelesaian penuh. Apa lagi, tunggu lah dengan harapan kot - kot kerajaan naikkan lagi diskaun untuk penyelesaian penuh.

Dengan ujrah, aku dah buat penjadualan semula bayaran dan ikat kontrak sebulan sebanyak RM145 untuk berbelas tahun. Haha! Walaupun hanya bayar RM145 sebulan, aku rasa tetap susah untuk kekalkan momentum bayaran balik PTPTN ni. So, dah alang - alang buat Ujrah, aku terus buat pemotongan gaji, Nasib baik company boleh buat potongan gaji, ada sesetengah company tak boleh buat potong gaji lagi haru. So, potong lah setiap RM145 setiap bulan.

[caption id="attachment_5776" align="aligncenter" width="694"] Dengan potongan gaji, tak ada alasan lagi untuk missed bayaran![/caption]

[caption id="attachment_5782" align="aligncenter" width="978"] Ni adalah email penghargaan bayar balik PTPTN terkahir sebelum aku buat bayaran secara manual pada Januari 2018[/caption]

Buat keputusan 


Bila fikir - fikir balik, daripada bayar PTPTN setiap bulan sebanyak RM145 lebih baik aku buat keputusan untuk buat full settlement. Lega sikit hutang setiap bulan. Lagipun lepas aku tukar tempat kerja, majikan baru tak boleh buat potongan gaji macam dulu dah. Leceh pulak nak bayar manual setiap bulan melalui JomPay!

Bila dah tau dapat potongan 20% bila buat penyelesaian penuh, aku terus tengok baki Akaun 2 KWSP aku, tengok sekali dividen KWSP bagi 6.9% (sebab tak tukar lagi ke Syariah hehe) dan alhamdulillah cukup untuk buat full settlement. Sebenarnya aku nak simpan duit dalam Akaun 2 KWSP untuk buat bayar muka rumah tapi untuk masa terdekat lebih molek rasanya perabis buang hutang PTPTN ni.

Apa lagi, pada awal Febuari lepas aku terus telefon PTPTN Cawangan Bayan Baru untuk tanya tentang proses bayaran balik secara keseluruhan. Alhamdulillah, pegawai PTPTN cawangan Bayan Baru tu sangat baik, responsive dan cepat!

Tak sampai setengah hari, aku dah dapat surat daripada PTPTN tentang penyata baki hutang pinjaman dan jumlah diskaun yang aku akan terima kalau buat full settlement. Apa lagi, terus ON!

[caption id="attachment_5780" align="aligncenter" width="709"] Aku hanya perlu bayar RM6,500 daripada jumlah asal RM8,100 lepas diskaun 20%. Jimat RM1,635.77![/caption]

Langkah - langkah untuk buat pembayaran penuh PTPTN untuk dapat diskaun 20%


1. Pastikan hampa ada duit. Tak ada duit, tak boleh nak buat bayaran penuh. Ada banyak cara untuk buat full settlement ni antara salah satu daripada Akaun 2, KWSP hampa. Aku bayar melalui Akaun 2 KWSP je. Kalau tak boleh bayar semua, ada je diskaun sebanyak 10% untuk buat auto-debit atau 50% untuk sekali bayaran.

2. Telefon pejabat PTPTN terdekat. Cakap dengan pegawai PTPTN tentang hasrat hampa untuk bayar balik full untuk dapat diskaun 20% tu. Depa akan buat semakan dalam sistem dan hampa akan tau berapa yang hampa kena bayar. Hampa akan dapat "Surat Pengesahan Bayaran Penuh" macam kat atas tu.

3. Habaq kat depa yang hampa nak bayar dengan dari Akaun 2 KWSP. Nanti, pihak PTPTN akan submit on behalf hampa untuk bayaran pendidikan dari Akaun 2 KWSP. Dengan nombor kad pengenalan, PTPTN boleh trace no. KWSP kita. Semuanya online.

4. Jangan risau, PTPTN akan buat semuanya untuk kita. Jumlah amaun yang akan ditolak akan sama macam Surat Pengesahan Bayaran Penuh tu. Bila pihak PTPTN dah submit, hampa akan dapat "Surat Pengesahan KWSP" macam kat bawah ni.

[caption id="attachment_5787" align="aligncenter" width="745"] Surat ni mengesahkan yang hampa akan keluarkan duit daripada Akaun KWSP untuk tujuan PENDIDIKAN. Okay[/caption]

5. Next, hampa kena bawa salinan diploma / ijazah dsb untuk semakan di pejabat KWSP. Ni nak pastikan yang hampa betul - betul dah graduated dan pengeluaran ni untuk bayar habis semua hutang pinjaman pendidikan tu. Ingat, bawa sijil yang ASAL sahaja. Selain tu bila pihak KWSP dah berpuas hati, kita kena sign dan ambik cop jari untuk proses documentation seterusnya.

6. Kemudian, kalau permohonan dah diluluskan, hampa akan dapat sms yang mengatakan dan lulus. Masuk je dalam Akaun iKWSP untuk pengesahan. Lepas tu lebih baik buat semakan dengan pihak PTPTN sama ada duit dah masuk ke PTPTN atau tidak.

[caption id="attachment_5790" align="aligncenter" width="747"] Ni adalah mesej yang akan keluar bila tekan dekat bahagian pengeluaran.[/caption]

7. Dalam tempoh sebulan, pihak akan keluarkan Surat Penyelesaian Hutang. Keluar je surat ni bermakna hampa dah tak ada apa - apa hutang lagi dengan PTPTN. Selesai!!! Alhamdulillah!

[caption id="attachment_5791" align="aligncenter" width="669"] Alhamdulillah, nanti Rizqi besar abah akan cerita kat Riziq abah pun hutang PTPTN tapi abah bayar balik perabis. bukannya baloq tak mau bayar[/caption]

Terima kasih kerajaan Malaysia dan PTPTN


Kat sini saya nak ucap jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak pengurusan PTPTN kerana beri saya peluang untuk buat pinjaman pendidikan semasa tempoh 3 tahun saya belajar di Politeknik dahulu. Saya akui, duit pinjaman pendidikan ni hanya 50% je digunakan untuk tanggungan pelajaran (sebab yuran Politeknik murah je), lagi 50% tu banyak dihabiskan untuk gaya hidup ketika belajar (termasuk RM 800-900 untuk ambil lesen kereta).
Sebagai seorang peminjam yang telah berikrar ketika tanda tangan borang pemohonan pinjaman PTPTN, saya rasa tanggungjawab saya pulak untuk bayar balik kesemua jumlah yang saya pinjam sebab saya dah berikrar atas nama "Pinjaman" bukannya biasiswa dll. Bila dah pinjam kena la bayar balik, saya rasa bayaran balik saya ni sangat penting untuk membolehkan pihak PTPTN memberi pinjaman kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Saya tak menyokong dan membantah gesaan sesetengah pihak untuk memansuhkan PTPTN sebab pinjaman PTPTN ni sangat penting untuk orang yang sangat memerlukan sebab kita semua ni tak bayar cukai pendapatan yang tinggi berbanding negara maju contohnya Jerman yang membolehkan kerajaan negara maju tersebut bagi pendidikan percuma kepada semua rakyat dia.

Sekali lagi, terima kasih kerajaan, PTPTN, Shafiq Shabaruddin kawan sekolah yang sekarang ni kerja di PTPTN Shah Alam, Selangor dan Cik Nurul Azwana Mohammed Rokhi, Pegawai PTPTN Bayan Baru, Pulau Pinang.

2 comments:

  1. diskaun 10% tu, kalau bayar sekali je dulu pastu tunggu lagi 6 bulan baru bayar lagi separuh boleh ke? still dapat potongan 10% utk pembayaran kali kedua tak ?
    tq

    ReplyDelete
  2. Tak pasti. Boleh check dengan pihak PTPTN. Terima kasih

    ReplyDelete