Thursday, May 17, 2018

16 Mei 2018 : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 3!

Ya Allah Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“ Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya
dalam dakapan yang nyata…
Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja…
Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya…
Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb…”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai
ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin

*********************************************************

Alhamdulillah, semalam genap 3 tahun perkahwinan aku. Cepat betul masa berlalu, rasa macam dah lama kahwin tapi baru 3 tahun! Hehe

Perjalanan hidup setelah berkahwin ni sangat mengujakan sebab ia merupakan kehidupan yang seperti "melayari Bahtera" yang orang ramai gembar-gemburkan. Ia benar, betul.

Sebagai seorang lelaki dan suami, terletak kepada kita lah macam mana nak mengemudi bahterta perkahwinan kita. Silap langkah, perjalanan ntah kemana dan minta dijauhkan, bahtera pun boleh karam.

Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan


Semalam, aku dan Mekna luangkan masa menyambut ulang tahun perkahwinan di Eastern & Oriental Hotel, George Town. Macam biasa, kami rasa tempat ni lah yang paling sempoi dan bebaloi untuk makan malam semperna hari special kami.

Untuk ulang tahun perkahwinan pertama pun kami mai sini dan tahun lepas kami makan steak dekat Batu Feringhi.

[caption id="attachment_5936" align="aligncenter" width="600"] Kali pertama bawak Rizqi mai makan sini. Fuh boleh tahan nakal dia![/caption]

[caption id="attachment_5933" align="aligncenter" width="600"] minta tolong adik waiter tangkapkan gambar kami lepas je "mengaku kalah" sebab tak boleh makan dah. Huhu[/caption]

Kali ni Rizqi dah berumur 18 bulan dah suka sangat lari. Bila makan kat luar je, dia mula la buat perangai. Nak panjat, nak turun, nak jalan, nak lari, main dengan makanan, bagi sepah meja lantai dan yang paling haru semalam adalah dia MUNTAH!

Bila dah makan banyak nasi, kuih, buah, dan tambah pulak dengan sebotol susu, mau tau la macam mana keras perut dia dengan makanan! Dah la perut tengah kenyang, dia pi lari pulak sana sini. Tak ke muntah?

Nasib baik sempat capai kain untuk tekup semua muntah dia tu. Kalau tidak, haru!

[gallery ids="5932,5934,5930"]

Harapan


Harap dengan sambutan kali ketiga ni lebih memberi sinar yang baik untuk keluarga kecil aku. Sambil tu, baca sepotong ayat dari Surah Al-Baqarah



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)

0 Komen:

Post a Comment