Wednesday, May 30, 2018

Orang Malaysia nakkan kesemuanya TAPI...

Nak semua percuma macam negara Norway, tapi kena cukai 6-10% pun dah tukar kerajaan,

Nak pendidikan perfect macam Finland, tapi sekolah pun berselerak ikut kaum dan aliran.

Teringin nak PM wanita pertama macam Canselor Jerman, tapi kuota 30% wanita pun tak boleh bagi.

Nak negara bersih macam Jepun, tapi masuk toilet pun dah 2018 masih tak reti guna flush.

Nak perkhidmatan Kesihatan sempurna macam UK, tapi kena bayar RM5 pun viral dalam Facebook,

Bising perkhidmatan ktm dan lrt macam gampang, nak buat perkhidmatan keretapi laju bising jugak minta batal. Nak ke tak nak? MRT pun bising, tapi bila siap aku yang bising pun guna.

Nak negara bahagia macam Switzerland, tapi jiran sebelah tak ikut politik sama fikrah pun di buat musuh. Nak bahagia tang mana?.

Nak peluang pekerjaan untuk orang tempatan, tapi kerja sapu simen taknak. Kena import warga luar jugak. Sapu simen bukan kerja ke? Atau tak standard?

Nak harga rumah murah, tapi sendiri beli 5-6 biji seorang sampai speculator dok main persepsi pasaran.

Nak itu ini, tapi diri sendiri mentality kelas ketiga keempat kelima lagi.

Ubah la kerajaan setiap tahun pun, selagi mentality sampah tu ada. Iblis pun tolak offer jadi PM!.

Sumber : Facebook

0 Komen:

Post a Comment