Monday, November 25, 2019

Pertama kali menjejakkan kaki ke Indonesia!


Alhamdulillah, aku, Mekna & anak aku Rizqi telah pun selamat balik ke Malaysia semalam selepas bercuti selama 4 hari di Medan, Indonesia. Ini merupakan pengalaman kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Indonesia dan kali pertama ke luar negara untuk Mekna & Rizqi.

Aku sebenarnya dah lama teringin nak ke Indonesia, tapi dah banyak kali tertangguh. Kali ni ke Indonesia pun memang betul-betul last minute beli tiket dan perancangan pun last minute.

Buat Passport 

10hb lepas, kami ke Kulim untuk buat passport. Phewww, bukan mudah nak buat passport kat sini. Orang ramai. Dari jam 8 pagi sampai 6 petang baru siap buat passport. Alhamdulillah.

Rizqi excited nak naik kapal terbang


Bawak Rizqi naik kapal terbang


Sebenarnya, percutian kali ni hanya nak bawak Rizqi naik kapal terbang. Dia dok tunjuk kapal terbang sangat dan cakap "nak nak nak" so kali ni bawak dia naik kapal terbang. Haaa, teruja dia bila tunggu kapal terbang di Airport Penang.

Flight dari Penang ke Medan sat je. Ingatkan sejam tapi rupanya lebih sikit daripada setengah jam! Haha! Tut tut tak sempat nak panas pungkok, FA dah siap buat pengumuman yang mengatakan bersiap sedia untuk mendarat di Kualanamu International Airport. Hehe

Beli sim card & keluar ke Bandar Medan


Oleh kerana aku ni tak boleh terputus sambungan internet, keluar je dari arrival hall tu terus pusing-pusing airport Kualanamu untuk cari sim kad. Permulaanya aku ingat nak cari sim kad kat bandar Medan je, tapi fikir fikir balik sampai aku terkeluar terus sampai kat lobby luar, nak cari sim kad punya pasal, rupa-rupanya, pelancong asing kena daftar kat dalam airport.

So, masuk balik dalam airport, kena lalu balik mesin untuk scan luggage dan terus beli simkad kat dalam airport. Simkad aku beli 150,000 Rupiah bersamaan dengan RM42, dapat unlimited call, sms dan 8 GB data. Beli dua sim kad untuk aku dan Mekna. Mudah kalau ada apa-apa.

Naik train


Tak sangka Medan ada sistem kereta api yang hebat. Keluar je airport Medan terus ada train station yang menghubungkan Aiport dengan Bandar Medan. Aku tak fikir panjang, naik je la train. Nanti sampai cepat berbanding naik Grab ataupun Teksi.

Kami bayar seorang IDR 100,000. Rizqi tak kena bayar apa-apa pun.

Yang bestnya kat sini, depa hanya benarkan pembelian melalui online. Nasib aku dah aktifkan kad debit. So nasib baik boleh guna kad debit Maybank. Syukur, IDR 200,000 ditolak dalam akaun aku. Mudah sungguh!

Tiket Airport Railway 
Jadual train dari Kualanamu Airport ke Medan
Luas, cantik dan selesa train ni

Antara pemandangan di dalam train ke luar tingkap. Boleh dikatakan lepas keluar je airport terus nampak kawasan kampung
Sambung di Bahagian Kedua :)

Friday, September 13, 2019

3 hari 2 malam di Alunan Resort, Pulau Perhentian


Alhamdulillah, aku dan family baru je balik dari Pulau Perhentian last week.

To be exact, tiga hari dua malam di Alunan Resort, Pulau Perhentian. Sebenarnya aku tak tahu pun tentang kewujudan resort ni, Mekna lah yang tengok resort ni dalam IG beberapa orang artis. Katanya, tempat ni sempoi. Aku pun tak nak cakap banyak, kalau nak jom je la kita pergi.

Booking 

Lepas dia buat booking, baru aku tanya berapa total bayaran untuk tiga hari dua malam tu. Lepastu dia cakap, seribu lebih. What? Tapi aku cakap takpala, jom je sebab lama dah tak bercuti.





Naik di Jeti Kuala Besut 

Aku tidur semalam di Kuala Terengganu. Lama tak tidur di hotel. Kami bergerak dari Kuala Terengganu ke Kuala Besut jam 9 pagi. Kemudian, cari parking nak letak kereta hanya di pekan Kuala Besut tu. RM30 untuk 3 hari 2 malam. Lepas tu kami ke office Alunan Resort hanya berjalan kaki dari parking. Parking tu pulak aku confident sebab dekat dalam pagar rumah pakcik.

Lepas settle semua dekat office Alunan, kami jalan kaki ke Jeti Kuala Besut. Aku heret dua luggage. Mekna la nak sangat bawak banyak beg. Nasib baik tak berat. Haha

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian