Thursday, October 05, 2023

6 Perkara yang anda perlu lakukan sekiranya ingin buka bisnes baru & claim sebagai bussinesman!


Actually ramai sebenarnya yang berminat untuk buat bisnes. Tapi tak ramai orang yang berjaya setup business dia dengan cara yang terbaik. Ramai yang claim dia businessman tapi betul ke dia seorang businessman? Haha

Umum orang tahu saya adalah Perancang Kewangan Takaful. Saya claim saya adalah seorang businessman dan ini yang saya praktikkan dalam business saya :)

1. REGISTER SSM

Sebagai Perancang Kewangan Takaful sebenarnya tak wajib pun nak register perniagaan dengan SSM. 

Tapi saya ambil langkah untuk daftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lepas buat Takaful full time pada pertengah tahun 2020 

Dalam masa yang sama, saya terfikir untuk diversify business daripada hanya fokus daripada hanya Family Takaful kepada General Takaful.

Alhamdulillah walaupun masa tu PKP, pendaftaran perniagaan dibuat secara online dan cepat.

17 November 2020 permohonan pendaftaran perniagaan diluluskan dan ditubuhkan secara rasmi!

Yeahhh, officially dah ada company sendiri & I'm a businessman!

Kos pendaftaran syarikat : RM70 setahun


2. BUKA BUSINESS CURRENT BANK ACCOUNT  

Bila dah ada company, wajib asingkan akaun dan perbelanjaan peribadi dengan syarikat. Langkah seterusnya adalah saya bukak akaun semasa dengan Maybank under SME First Account. Saya kena bawak salinan IC, SSM, Cop syarikat dan duit deposit RM1,000. Lepas sampai kat branch Maybank Balik Pulau, jumpa dengan pegawai bertugas, serahkan semua dokumen tersebut & syukur lepastu akaun syarikat dah aktif! Yuhuuu! Kos setup akaun syarikat RM1,000 (hanya untuk initial opening & lepas tu boleh transfer keluar balik RM990) & cop syarikat (RM15).


3. BELI DOMAIN & SETUP WEBSITE

Bila dah ada syarikat, kena lah ada domain yang melambangkan perniagaan kan? Nanti orang google info tentang kita mudah sikit nak navigate ke website. Penting ni. Sekarang ni nak setup website tak mahal pun. Tahun 2018 saya dah beli domain luthfisuib.com dari GoDady dengan harga RM3.99. Masa tu tak ada tujuan lain hanya untuk tulis blog syok-syok je. Tahun 2019 saya tak renew domain tu dan expired. Tapi bila dah ada syarikat dan business ni, saya beli balik domain luthfisuib.com dan setup website untuk business. Dalam website tu tak tulis banyak pun, hanya tentang professional portfolio dan servicing je. Kos keseluruhan langganan domain RM66.90 dan Hosting RM199.28 untuk setahun.


4. CREATE E-MAIL ADDRESS BUSINESS & SIGN UP MICROSOFT 365

Bila dah ada domain dan website perlu ada business email address untuk kegunaan perniagaan. Dulu saya guna Google Drive dan apps Google untuk kegunaan peribadi & business.Tapi, sejak September 2022 saya pilih untuk guna ekosistem Microsoft dengan sign up Microsoft 365 for Business. Ramai orang ingat pakej Microsoft ni mahal dan tak mampu, tapi sebenarnya pakej Microsoft 365 for Business ni murah je weh! Saya pilih Microsoft 365 basic dengan komitmen bulanan hanya USD 3.00 sebulan / RM13+ untuk single user. Cukup la kan untuk business pemilikan tunggal saya ni kan? Dengan pakej Microsoft 365 basic ni saya setup e-mail guna domain luthfisuib.com dan akses email account saya guna apps Outbook. Sempoi! Bukan saja dapat guna domain luthfisuib.com untuk business, tapi dapat guna apps microsoft yang power tu kat mana-mana sahaja. Kat phone boleh, laptop boleh dan ipad pun boleh. Verrryy convenience. Word, Powerpoint, Excel dan Teams tu mudah untuk guna especially kat iOS. Saya enjoy guna cloud storage, saya simpan segala dokumen personal & business dalam tu. Paling best, dokumen tu sync dekat semua devices anytime anywhere. Tak ada issue nak travel sana sini sebab semuanya dihujung jari. 💪🏻 Kos langganan Microsoft 365 : RM14 sebulan atau RM168 setahun.


5. SIGN UP BUSINESS ACCOUNTING SYSTEM 

Setelah bertahun-tahun saya start business dan track perbelanjaan syarikat secara manual, saya ada banyak masalah untuk trace duit keluar masuk. Yang memeningkan kepala lagi adalah bila nak submit Income Tax sebab nak kena kumpulkan semua item & buat analisis. Saya dah tanya Ejen cukai untuk dapatkan servis Ejen cukai ni kena bayar sampai ribu-ribu ringgit. Fuhh penat. Bisnes saya ni bukannya ada untung banyak sangat pun😅 Actually cara solve masalah ni adalah dengan sistem perakaunan Niagawan. Sistem perakaunan ni bukannya hanya untuk track in out duit, tapi ada fungsi lain seperti buat Quotation, buat resit, Delivery Order, monitor product, report untung rugi dan banyak lagi. At the end bila nak buat Tax submission, generate report & submit je kat LHDN. Mudah kan? Walaupun saya buat business takaful & tak ada produk, saya tetap gunakan semua fungsi ni dan enjoy setiap fungsi yang ada. Berbaloi. Kos langganan sistem Niagawan RM421 setahun.

6. SIGN UP AKAUN MEDIA SOSIAL & CREATE CONTENT

Ni part yang paling penting sebab zaman sekarang adalah zaman media sosial. Whatsapp for Business is the must. Full stop. Setup baik-baik profile Whatsapp Business tu. Next, saya recommend untuk setup basic social media account yang anda aktif. Sebagai contoh, kalau kaki Facebook setuplah Facebook terlebih dahulu. If kaki Twitter, setup la akaun Twitter dulu dan sebagainya. Tak guna kita setup banyak akaun Media Sosial tapi end up tak aktif dan berdebu. Apa yang saya amalkan, saya aktif di laman Twitter & gunakan Twitter sehabisnya. Saya tulis di Twitter dan akan copy the same content di platform yang lain seperti Facebook. Saya pun akan arkibkan segala hasil penulisan saya di blog. Blog adalah satu tempat rujukan untuk segala hasil penulisan dan content saya berkenaan dengan Takaful. Saya siap buat by category dan sangat mudah untuk dirujuk pada masa hadapan. Lagipun, saya nak index-kan segala hasil penulisan di Google agar mudah bantu orang dapatkan maklumat serta hubungi saya. Saya tak ambik pendekatan untuk viralkan content sebab benda tu semua short term. Andaikata ada hasil penulisan saya dapat banyak RT atau share itu bermakna orang suka dengan penulisan saya. Saya pilih untuk tulis dan hasilkan content yang lebih baik agar mudah orang faham & terima apa yang saya sampaikan, seterusnya dapat bantu untuk generate sales. Businessman kan?

TAMBAHAN : ICLOUD +

Tak ramai orang business sedar kepentingan ada storage yang cukup. Selalunya saya jumpa Whatsapp hilang, terpadam dll disebabkan storage penuh. Bagi saya, setiap maklumat dalam phone kita especially relates to business sangat berharga. Kena la jaga walaupun satu whatsapp conversation dengan prospek. Saya galakkan untuk orang business subscribe iCloud+ untuk simpan segala maklumat dalam handphone business. Boleh je nak share storage ni dengan personal phone & family member. Jimat jugak. Saya selalu pastikan items dalam handphone up to date dan sync dengan other apple devices. So far hanya ada iPhone & iPad. Doakan saya dapat beli Macbook pulak. AMIN.

KESIMPULAN

Sebagai penutup, nak bukak business pun kena ada modal dan strategi. Tak kira la sekecil mana pun business yang anda lakukan kena setup secara proper untuk pastikan anda tahu business tu boleh buat profit ataupun hanya buat penat. Haha. Sekadar berkongsi pengalaman 😎



0 Komen:

Post a Comment