Wednesday, April 23, 2025

Bye Civic, Hello CRV!


Kadang-kadang benda tak dirancang tu yang jadi. Awalnya memang zero plan nak beli kereta baru. Tapi bila nampak promosi menarik sempena Raya 2025, terus hati terbuka nak upgrade! 

CR-V RS e:HEV ni keluar showroom pada 17 Mac 2025 memang satu hadiah Raya yang padu!


Selamat Tinggal, Civic 1.8 – Peneman Setia 85,000km

Honda Civic 1.8 ni bukan calang-calang kereta. Dah temankan aku lebih 85,000km – dari highway ke kampung, dari Kelantan ke Terengganu, siap sampai Thailand lagi. 

Hampir cover seluruh Semenanjung, tinggal Johor je belum jejak. Banyak kenangan, banyak peluh dan penat lelah tapi Civic sentiasa steady.

Kenapa Tukar? Sebab Ini Hadiah Untuk Diri Sendiri & Keluarga

Lepas bertahun-tahun kerja keras, rasanya dah sampai masa untuk reward diri dan keluarga. CR-V ni bukan sekadar kereta – ia simbol usaha dan rezeki. Ruang lebih luas, selesa untuk anak dan isteri, dan teknologi pun jauh lebih ke depan.

Kenapa Pilih Hybrid, Bukan EV?

Ramai tanya, “Tak nak Tesla ke?”

Jawapan jujur, belum sesuai lagi untuk lifestyle sekarang.

  • Infrastruktur EV kat Malaysia masih dalam proses berkembang.
  • Nak balik kampung isteri kat Terengganu pun susah – laluan Gerik-Jeli sepanjang tu tak ada charger! Kalau Tesla habis bateri tengah hutan, mau menangis tepi highway.
  • Dengan hybrid, aku dapat jimat minyak, kurang emisi, tapi tetap ada petrol bila perlu. No range anxiety.

Kenapa CR-V RS e:HEV?

  • Design dia memang sporty premium look.
  • Teknologi e:HEV + Honda Sensing buat pemanduan lebih smooth, senyap, responsif.
  • Sesuai untuk gaya hidup sekarang – family, kerja, long distance travel, dan balik kampung mode.

Penutup Sempoi

Rezeki tak salah alamat.

Kerja keras, doa, sabar semua tu akhirnya bawa ke sini.

Sekarang masa untuk nikmati perjalanan baru dengan CR-V RS e:HEV.

0 Komen:

Post a Comment