Perhatian kpd peniaga online!
Paparkan maklumat seperti di bawah ini dlm menjalankan urusniaga anda👇🏻#CaringMinistry #onlineshopping pic.twitter.com/s0Q0bBSJRO
— mykpdnkk (@mykpdnkk) August 4, 2017
PENGGUNAAN frasa kata kunci “PM saya sis, Done PM, atau Check DM telah diharamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin mengeluarkan amaran kepada peniaga atas talian dan semua web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk yang dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu.