Suka duka tahun 2015 dalam kenangan

Hari ni dah masuk 28 haribulan Januari 2016. Bermakna dah 28 hari kita melangkah masuk ke tahun baharu. Dok bising sana sini nak share pasal suka duka tahun 2015, dah terlajak sampai minggu ketiga baru nak tulis posting pasal ni.

Takpa, janji kita masih berada dalam bulan pertama di tahun 2016 iaitu bulan Januari.

Kalau boleh aku nak kongsi peristiwa yang menarik pada tahun 2015 melalui suku tahun. Tak larat la nak tulis pada setiap bulan tahun 2015 kan, sekurang kurangnya setiap tiga bulan ada lah perkara yang menarik aku boleh kongsi. Yang penting, tak terlalu detail dan peribadi.

Suku Pertama 2015

Pada awal tahun, tak banyak peristiwa yang aku alami. Kebanyakkannya berkisar tentang cadangan untuk kahwin pada bulan Mei 2015. Sebenarnya aku tak ada perancangan panjang pun pasal ni sebab proposal diantara aku dan gf (pada masa tu :p) nak bertunang pada bulan Disember 2014. Oleh disebabkan banjir besar hujung tahun kami terpaksa tunda majlis pertunangan kami. Lagipun, tak ada perbincangan secara lanjut dengan kelaurga. Ia cuma perbincangan antara kami berdua.

Lepas bawa gf jumpa mak dan ayah pada awal tahun dan sampaikan hasrat kami nak berkahwin, mak dan ayah bagi restu dan kami terus plan untuk langkah seterusnya. Biasalah, sekarang ni apa apa pun kena plan sebab kalau tak buat semua tu tinggal harapanlah!

Pada bulan Januari, kami ambik kursus kahwin di Hasani Kulim. Kursus Pra-Perkahwinan di Hasani tak mahal, cuma membosankan. Setiap pasangan yang nak kahwin kena lalui kursus perkahwinan yang wajib. Lepas settle kursus kahwin terus ke Pejabat Agama untuk ambik dan isi borang berkenaan. Peraturan berkahwin bagi penduduk negeri Pulau Pinang agak ketat berbanding negeri lain. Susah sikit lah, kena temuduga dan macam macam lagi.

Dalam dok kalut dengan tunang dan urusan untuk kahwin, bulan Febuari aku kena pergi business trip pulak. Tak rancang pun dan oleh kerana ni lah perancangan aku untuk bertunang kena reschedule balik. Biasalah, semua benda dah jadi complicated. Nasib baik semua berjalan dengan lancar. Balik je dari Milan, Itali esoknya terus drive ke Terengganu untuk bertunang. Satu keluarga kami turun ke Terengganu dan alhamdulillah perjumpaan dan pertunangan kami berlangsung dengan baik.

Summer – July/August 2013Autumn – September 2013Spring – March 2014Winter – Checked, February 2015
Posted by Luthfi Suib on Saturday, February 14, 2015


(function(d, s, id) {  var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];  if (d.getElementById(id)) return;  js = d.createElement(s); js.id = id;  js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”;  fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

My current view from EK102 towards Dubai from 35,000 ft
Posted by Luthfi Suib on Tuesday, February 17, 2015

Jauh datang hampir 800km, bawa mak untuk sarungkan cincin kat jari awak.
Posted by Luthfi Suib on Friday, February 20, 2015


Masuk je bulan Mac, aku terus buat urusan perkahwinan yang dirancang pada bulan Mei 2015. Borang nak kahwin tu kena isi dalam beberapa hari sebelum tarikh nikah, tak boleh nak isi awal. Sebab tu la kena buat semua ni dalam masa yang terhad. Settle je urusan belah aku, terus ke Terengganu untuk submit borang kahwin pihak perempuan. Syukur kat Terengganu sangat mudah, alang alang balik sana terus buat temujanji dengan Tok Kadi dan semua urusan untuk nikah dah settle.


Beach and sea always be the best therapy for me.
Posted by Luthfi Suib on Sunday, March 22, 2015


Nasihat kat kawan kawan yang nak kahwin tu, kena banyak sabar dan bagi komitmen yang penuh untuk kahwin. Sebagai seorang lelaki, nak jadi suami orang memang susah. Kena sabar banyak lah dengan semua prosedur yang merenyahkan!

Suku Kedua 2015

Macam biasalah, kalau dah bertunang dan nak berkahwin selagi tak sampai tarikh yang ditetapkan tu memang kehidupan berkisar tentang kesibukan persiapan nak kahwin, nak kahwin dan nak kahwin. Perkahwinan ni memerlukan kos dan persiapan. Buat lah se-simple mana pun tetap kena ada persiapannya. Tipu la buat simple nak mampuih pun tak payah nak bersiap. Semua orang nak perkahwinan mereka perfect walaupun simple. Kan?

Bulan April terlalu sibuk dengan kerja yang memerlukan komitmen 100%, tambahan pula kena bawa mak dan ayah memanggil. Dan, dalam masa yang sama pun kena bagi perhatian kat tunang dan perancangan serta aturan untuk majlis perkahwinan. Jarak dari majlis tunang ke pernikahan kurang dari 3 bulan memang kena speed up segala persiapan. Tak boleh nak harapkan tunang je nak buat semua, sebagai seorang lelaki kena la bantu dan tolong apa yang patut. Nak kahwin bukan sorang – sorang kan?

Masuk bulan Mei, persiapan perkahwinan dah lengkap 80% termasuk dengan baju nikah di Terengganu dan majlis di Pulau Pinang. Majlis kami ni bajet tak banyak tapi tetap juga nak buat sesempurna mungkin. Majlis di Terengganu guna tema warna putih dan di Pulau Pinang warna Kuning raja. So, alhamdulillah semuanya berlalu dengan lancar. Syukur sangat.

Gap selang seminggu antara satu majlis membolehkan kami honeymoon dulu sebelum majlis bertandang di Pulau Pinang. Sempat la kami ke Pulau Redang, dan dapat sunburn. Nasihat aku, kalau boleh nak berjalan mana mana sekalipun baik lepas kenduri dua dua belah pihak. Kalau tidak, jadi macam aku lah! Majlis di belah Pulau Pinang muka hitam! Hahahahahah!

Suku Ketiga 2015

Pertama kali berpuasa dan beraya sebagai suami isteri, raya kali pertama di kampung halaman isteri di Dungun, Terengganu. Berpuasa beberapa hari sebelum raya, beli persiapan raya dan masak juadah raya kali ini tanpa mak dan ayah. Walaupun belah wife dah takdak siapa kecuali kakak, adik dan abang, kemeriahannya tetap dirasa. Kali pertama jugak aku dapat feed macam mana orang Pantai Timur raya. Raya kedua kami dah bertolak balik ke Pulau Pinang.Takpa, sebab tahun depan merupakan giliran kami beraya di Pulau Pinang pulak!

Apa yang best raya kali ni, pengalaman kali pertama buat lemang! Dari beli beras, basuh beras, masukkan beras dalam buluh dan bakar. Last sekali, tak makan pun lemang tu sebab terlalu masak dan keras! Haha, membazir betul tapi takpa. Pengalaman!

The making of lemang
Posted by Luthfi Suib on Thursday, July 16, 2015

Lepas je raya, aku sibuk kerja sampai bulan 10!

Suku Keempat 2015

Ni antara masa yang paling bermakna dalam hidup aku. Pada bulan Oktober, aku dan isteri dah berpindah keluar duduk dirumah sendiri dekat Balik Pulau. Lepas 5 bulan kahwin, kami tinggal di rumah mak ayah sementara nak cari rumah, kena hari hari berulang Bayan Lepas – Bukit Mertajam. Letih? Biasalah, tapi sebab kerja punya pasal dan tak ada cara lain dah untuk cari duit, kena gagahkan diri lah untuk semua ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya.

Cabaran bila duduk asing, berdua dekat rumah sendiri adalah sebagai ketua keluarga, kena fikir semuanya. Tak boleh nak ambil mudah dan harapkan orang lain. Tak buat, semua akan berbalik kepada diri sendiri. Mentaliti “bujang” dan duduk rumah mak tu dah boleh buang jauh – jauh. Bila dah ada rumah sendiri, kena la setup rumah dan plan segalanya macam mana mak dan ayah kita lalui dahulu.

Apa yang menarik untuk suku terakhr tahun 2015 ni kebanyakkan berkisar tentang kerja dan kehidupan rumahtangga kami. Tak mau tulis banyak banyak.

Oklah, itu sedikit sebanyak ringkasan tahun 2015 yang telah aku lalui. Dah 28 hari bulan Januari berlalu pergi, harap baki lagi 11 bulan dapat melaluinya dengan tabah, sabar dan tenang, mohon Allah bukakan lagi rezeki, mudahkan lagi segala urusan dan tenangkan hati menghadapi hari hari yang mendatang.

Why Malays would rather vote for an UMNO-led Barisan than a DAP-dominated Pakatan

Megat Ibrahim
Institut Darul Ehsan (IDE) had recently made public a survey finding that an overwhelming majority of Selangor Malay respondents believed that the DAP is an anti-Muslim, anti-Malay Chinese party. This was followed by commentaries by DAP leaders like Nicole Tan Lee Koon and Zairil Khir Johari blaming UMNO and the “UMNO-owned media” for perpetuating this “misplaced perception” into the hearts and minds of the Malay Muslim.
Ms. Tan called for “facts and figures to allay fears” but before the DAP lay down their facts and figures, I wish to remind them of facts and figures from history.
Malays won’t lose power because they are many?
Ms. Tan pointed out that Lim Kit Siang said something along the line that the Malays won’t lose power since there are 114 Malay majority seats out of 162 in Peninsular Malaysia. Let us go back to 2008 when Barisan Nasional was not able to form the Perak Government. So in a “marriage of convenience” DAP, PKR, and Pas banded together to form a coalition government.
Although the majority of elected representatives in the legislative assembly were Malays, the first name this coalition forwarded to HRH the Sultan of Perak to be considered for appointment to the office of Menteri Besar was that of a DAP Chinese representative, Ngeh Koo Ham. This was an active intention of the DAP to put a non-Muslim Chinese man in the most powerful office of the Perak government. After much compromise, Ngeh Koo Ham was made “EXCO Kanan” while for the first time in history 6 out of 11 people sitting in the decision-making EXCO lineup were non-Muslim and from the DAP. This actually happened in a state where there are more Malay-majority seats. The Malays witnessed this happening right before their eyes in their own backyard.
Teng Chang Khim ridiculing the men defending our country
During the terrorist incursion of Lahad Datu, Teng Chang Khim of the DAP wrote on Facebook, “Oh! Oh! Our army has to catch a commercial flight AirAsia to Lahad Datu to fight a war! That is only fighting a group of less than 200 people. How is our army going to fight a real war?”
It is not a secret that our armed forces and police force is overwhelmingly Bumiputera. You will find a hard time looking for a Malay who doesn’t have a close kin who has either served or is serving the country. This DAP leader who probably had no idea that the armed forces regularly charters commercial aircrafts for their operations had ridiculed our servicemen as being incompetent at their job although armed forces all over the world regularly charters their flag carriers to fly their troops. How do you think this made the Malays feel? Is this UMNO’s fault?
Teresa Kok making a joke out of the Lahad Datu terrorist incursion
In January 2014 DAP leader Teresa Kok produced a video entitled “Onederful Malaysia” in conjunction with the Chinese New Year mocking the current state of our country. This production joked that the terrorists who had invaded Sabah were a potential tourist attraction and made gun-firing gestures. Let me remind you that these terrorists had killed and murdered many of our servicemen in that incursion. One of our brave servicemen was decapitated. Almost all of them who had given their lives were Malay and Bumiputera. They had Malay friends and family who mourned their death. UMNO did not produce that insensitive video. Teresa Kok of the DAP did.
Tony Pua making fun of a Friday sermon
In February 2014, DAP leader Tony Pua wrote on Facebook, “Bravely celebrated Valentine’s Day with a tour of the Tower of London, a movie banned in Malaysia and an evening at the West End Theaters. But now I worry if I would suffer from ‘social problems such as cheating, mental confusion due to alcohol, and baby-dumping’ as a result of the day’s ‘mind colonisation’. So says my country’s religious authorities… Oh no. I feel so unclean now I might just burn in hell.”
First of all, I see nothing “brave” in Mr. Pua’s activities of that day. It would be brave of him though if he had said this in front of a mosque’s Friday congregation instead of Facebooking it from London. In his fervour to tarnish the image of the National Fatwa Council, he even made it look as if it’s illegal for a non-Muslim like him to celebrate Valentine’s Day in London when it’s not even illegal for him to celebrate it in Malaysia. Did UMNO make the DAP leader type these things on his Facebook?
Chong Eng questioning a Friday sermon
In February 2015, Selangor mosques delivered a Friday sermon urging men to remind their female kin to cover up as a means to protect themselves from the lusts of men and DAP leader Chong Eng was not hesitant to give her two cents on the issue. While this kind of reminders have been around since we can all remember and have been debated by liberal, moderate, and conservative Muslims alike on its appropriateness, almost all of us do not believe that a non-Muslim like Chong Eng deserves the right to weigh in on this issue.
We see it as an external interference. Friday sermons are not meant for people like Chong Eng so her opinions are not welcome. The Malays see this as a Chinese-dominated DAP trying to steer what is halal and haram.
Lim Kit Siang teaching Kota Bharu Muslims how to be Muslim
In May 2015, DAP veteran Lim Kit Siang gave a “sermon” in Kota Bharu to a Malay-Muslim audience. As we know, it is in Kelantan where the people voted for Pas as much as they had voted for the implementation of hudud as it was decreed upon Muslims in the Qur’an (5:38). Dr. Mahathir, a Muslim had been going on and on his whole political career telling these people that they can’t have hudud.
In comes Lim Kit Siang, a non-Muslim, in the heart of Kelantan telling these people that he had gone to Jordan and Egypt where over 92% of the population are Muslim where people had complained to him about hudud problems. He even went on telling these Muslims to read up how some scholars including Dr. Yusuf al-Qardwi, the President of the International Union of Muslim Scholars had allegedly said that hudud is not necessary.
Well, Mr. Lim, allow me to point out that your audience’s leader, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang happens to be Dr. Yusuf al-Qaradawi’s deputy in the International Union of Muslim Scholars and they heard it from him themselves that hudud is mandatory by divine law.
This is another case of a non-Muslim DAP man trying to meddle in Islamic law. It is an insult to the Malay Muslim’s knowledge of his own religion. UMNO definitely did not make Mr. Lim say these things. Do not blame UMNO for this.
The Sultan Salahuddin Abdul Aziz Mosque in Shah Alam is in a state of disrepair
These are actually words going around in Shah Alam. The exterior of the state mosque looks terrible. Panels have fallen off, whatever that were blue and white are now blue, black and grey. Moss seems to be flourishing on top of the dome and it has never looked as bad as it is now. Word is going around Shah Alam that since there are so many DAP EXCO members in the Selangor government right now, the government won’t approve funds for the mosque to be routinely cleaned and maintained.
Tens of thousands of Shah Alamites drive past this mosque every day feeling sorry and ashamed for something they used to be proud of. These are probably the respondents in IDE’s survey.
This mosque is a symbol of Islam not only in Shah Alam but in Malaysia and these people feel that this symbol has been compromised by the government the DAP is part of. Don’t blame UMNO for not maintaining the mosque post-2008.
Wrap-up
These are facts for Nicole Tan and Zairil Khir Johari to ponder upon. These are things that really happened and they happened because these DAP leaders said the things they said. Not UMNO, not Utusan, not Pas.
Since the overwhelming majority of the DAP’s top leadership is non-Muslim, allow me to explain one thing that the Muslim holds on to. Something that the DAP as a secular party might find it hard to understand. The Muslim is taught since childhood that they are foremost — bound by divine law (syariah) which explains why the Muslim prays five times a day in the comforts and privacy of his bedroom and under the blistering sun on the lawns of the KLCC Mosque although there is no provision in civil law that compels him to do so. This is why the Muslim pays 2.5% of his savings and income as tithe every single year although there is no provision in civil law that compels him to do so. This is why Pas was absolutely fine with forgoing Putrajaya in pursuit of hudud.
Imam Ghazalli wrote that the objective of syariah is the preservation of faith, life, intellect, progeny, and wealth. In that particular order. This is the reason why the DAP can go on and on about Najib stealing billions of ringgit and the Muslim Malay would still rather vote for an UMNO-led Barisan Nasional than a DAP-dominated Pakatan.
This is the reason why Pas and its supporters would rather team up with UMNO than the DAP. We will lose our money, children, sanity, and life before we lose our faith. This is why a secular party like the DAP that consistently ridicules the Malays, Muslims, fatwas, syariah,etc., will find it extremely difficult to garner the support of the Muslim Malay.
Oh, by the way, Zairil, Dr. Zuhdi Marzuki did not say that DAP received millions from the Zionist regime. He was merely pointing out that a certain Mohamed Razali made the allegation. Please don’t confuse the people.

Selamat Tahun Baharu 2016!

365 hari untuk tahun 2015 dah berlalu pergi dengan jayanya. Masih rindukan tahun 2015? Ya, sedar tak sedar tahun 2015 dah berlalu pergi. Aku rasa macam baru je mula tahun 2015 (cehhhh cover macam ayat tahun – tahun yang lepas).

365 hari bukannya hari yang singkat, ia penuh dengan pelbagai pengisian dan makna. Apa detik terindah dan tak indah pada tahun 2015 yang boleh dikongsi bersama? Aku akan tulis entri yang seterusnya tentang perjalanan tahun 2015. Tunggu ya.

Sambutan tahun baharu

Tahun ni, 2016 meraikan detik masuknya tahun baharu dan penukaran angka dari “lima” ke “enam” hanya di rumah bersama isteri. Masa yang ada kami manfaatkan untuk tengok movie sampai pukul dua – tiga pagi. Rasanya, tak ada pun keperluan nak keluar semata- mata nak tengok bunga api dan bersorak ramai ramai tapi kena harung orang ramai, kesesakan lalulintas yang maha-sesak dan juga peningkatan harga barangan yang dijual disana (contoh air mineral kecil RM2.00, kacang satu pek RM2.00 dan lain lain)

Tahun untuk berubah

Setiap tahun, umur makin meningkat. Rasanya tak perlu nak bergantung kepada aktiviti yang tak releven. Semua orang tahu yang tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar. Kebarangkalian tinggi krisis ekonomi global, penurunan harga minyak, peningkatan harga barangan dan juga kenaikkan kos sara hidup akan terus mencengkam kita. Rasanya, molek kalau kita tenung dan imbau kembali apa yang kita lalui selama tahun 2015 dan boleh rancang tahun 2016 untuk kesejahteraan bersama.

Selamat Tahun Baharu Masihi 2016!