Thursday, January 28, 2016

Suka duka tahun 2015 dalam kenangan


Hari ni dah masuk 28 haribulan Januari 2016. Bermakna dah 28 hari kita melangkah masuk ke tahun baharu. Dok bising sana sini nak share pasal suka duka tahun 2015, dah terlajak sampai minggu ketiga baru nak tulis posting pasal ni.

Takpa, janji kita masih berada dalam bulan pertama di tahun 2016 iaitu bulan Januari.

Kalau boleh aku nak kongsi peristiwa yang menarik pada tahun 2015 melalui suku tahun. Tak larat la nak tulis pada setiap bulan tahun 2015 kan, sekurang kurangnya setiap tiga bulan ada lah perkara yang menarik aku boleh kongsi. Yang penting, tak terlalu detail dan peribadi.


Suku Pertama 2015

Pada awal tahun, tak banyak peristiwa yang aku alami. Kebanyakkannya berkisar tentang cadangan untuk kahwin pada bulan Mei 2015. Sebenarnya aku tak ada perancangan panjang pun pasal ni sebab proposal diantara aku dan gf (pada masa tu :p) nak bertunang pada bulan Disember 2014. Oleh disebabkan banjir besar hujung tahun kami terpaksa tunda majlis pertunangan kami. Lagipun, tak ada perbincangan secara lanjut dengan kelaurga. Ia cuma perbincangan antara kami berdua.

Lepas bawa gf jumpa mak dan ayah pada awal tahun dan sampaikan hasrat kami nak berkahwin, mak dan ayah bagi restu dan kami terus plan untuk langkah seterusnya. Biasalah, sekarang ni apa apa pun kena plan sebab kalau tak buat semua tu tinggal harapanlah!

Pada bulan Januari, kami ambik kursus kahwin di Hasani Kulim. Kursus Pra-Perkahwinan di Hasani tak mahal, cuma membosankan. Setiap pasangan yang nak kahwin kena lalui kursus perkahwinan yang wajib. Lepas settle kursus kahwin terus ke Pejabat Agama untuk ambik dan isi borang berkenaan. Peraturan berkahwin bagi penduduk negeri Pulau Pinang agak ketat berbanding negeri lain. Susah sikit lah, kena temuduga dan macam macam lagi.

Dalam dok kalut dengan tunang dan urusan untuk kahwin, bulan Febuari aku kena pergi business trip pulak. Tak rancang pun dan oleh kerana ni lah perancangan aku untuk bertunang kena reschedule balik. Biasalah, semua benda dah jadi complicated. Nasib baik semua berjalan dengan lancar. Balik je dari Milan, Itali esoknya terus drive ke Terengganu untuk bertunang. Satu keluarga kami turun ke Terengganu dan alhamdulillah perjumpaan dan pertunangan kami berlangsung dengan baik.

Summer - July/August 2013Autumn - September 2013Spring - March 2014Winter - Checked, February 2015
Posted by Luthfi Suib on Saturday, February 14, 2015

My current view from EK102 towards Dubai from 35,000 ft
Posted by Luthfi Suib on Tuesday, February 17, 2015
Jauh datang hampir 800km, bawa mak untuk sarungkan cincin kat jari awak.
Posted by Luthfi Suib on Friday, February 20, 2015

Masuk je bulan Mac, aku terus buat urusan perkahwinan yang dirancang pada bulan Mei 2015. Borang nak kahwin tu kena isi dalam beberapa hari sebelum tarikh nikah, tak boleh nak isi awal. Sebab tu la kena buat semua ni dalam masa yang terhad. Settle je urusan belah aku, terus ke Terengganu untuk submit borang kahwin pihak perempuan. Syukur kat Terengganu sangat mudah, alang alang balik sana terus buat temujanji dengan Tok Kadi dan semua urusan untuk nikah dah settle.


Beach and sea always be the best therapy for me.
Posted by Luthfi Suib on Sunday, March 22, 2015

Nasihat kat kawan kawan yang nak kahwin tu, kena banyak sabar dan bagi komitmen yang penuh untuk kahwin. Sebagai seorang lelaki, nak jadi suami orang memang susah. Kena sabar banyak lah dengan semua prosedur yang merenyahkan!


Suku Kedua 2015

Macam biasalah, kalau dah bertunang dan nak berkahwin selagi tak sampai tarikh yang ditetapkan tu memang kehidupan berkisar tentang kesibukan persiapan nak kahwin, nak kahwin dan nak kahwin. Perkahwinan ni memerlukan kos dan persiapan. Buat lah se-simple mana pun tetap kena ada persiapannya. Tipu la buat simple nak mampuih pun tak payah nak bersiap. Semua orang nak perkahwinan mereka perfect walaupun simple. Kan?

Bulan April terlalu sibuk dengan kerja yang memerlukan komitmen 100%, tambahan pula kena bawa mak dan ayah memanggil. Dan, dalam masa yang sama pun kena bagi perhatian kat tunang dan perancangan serta aturan untuk majlis perkahwinan. Jarak dari majlis tunang ke pernikahan kurang dari 3 bulan memang kena speed up segala persiapan. Tak boleh nak harapkan tunang je nak buat semua, sebagai seorang lelaki kena la bantu dan tolong apa yang patut. Nak kahwin bukan sorang - sorang kan?

Masuk bulan Mei, persiapan perkahwinan dah lengkap 80% termasuk dengan baju nikah di Terengganu dan majlis di Pulau Pinang. Majlis kami ni bajet tak banyak tapi tetap juga nak buat sesempurna mungkin. Majlis di Terengganu guna tema warna putih dan di Pulau Pinang warna Kuning raja. So, alhamdulillah semuanya berlalu dengan lancar. Syukur sangat.

Gap selang seminggu antara satu majlis membolehkan kami honeymoon dulu sebelum majlis bertandang di Pulau Pinang. Sempat la kami ke Pulau Redang, dan dapat sunburn. Nasihat aku, kalau boleh nak berjalan mana mana sekalipun baik lepas kenduri dua dua belah pihak. Kalau tidak, jadi macam aku lah! Majlis di belah Pulau Pinang muka hitam! Hahahahahah!


Suku Ketiga 2015


Pertama kali berpuasa dan beraya sebagai suami isteri, raya kali pertama di kampung halaman isteri di Dungun, Terengganu. Berpuasa beberapa hari sebelum raya, beli persiapan raya dan masak juadah raya kali ini tanpa mak dan ayah. Walaupun belah wife dah takdak siapa kecuali kakak, adik dan abang, kemeriahannya tetap dirasa. Kali pertama jugak aku dapat feed macam mana orang Pantai Timur raya. Raya kedua kami dah bertolak balik ke Pulau Pinang.Takpa, sebab tahun depan merupakan giliran kami beraya di Pulau Pinang pulak!

Apa yang best raya kali ni, pengalaman kali pertama buat lemang! Dari beli beras, basuh beras, masukkan beras dalam buluh dan bakar. Last sekali, tak makan pun lemang tu sebab terlalu masak dan keras! Haha, membazir betul tapi takpa. Pengalaman!
The making of lemang
Posted by Luthfi Suib on Thursday, July 16, 2015
Lepas je raya, aku sibuk kerja sampai bulan 10!

Suku Keempat 2015


Ni antara masa yang paling bermakna dalam hidup aku. Pada bulan Oktober, aku dan isteri dah berpindah keluar duduk dirumah sendiri dekat Balik Pulau. Lepas 5 bulan kahwin, kami tinggal di rumah mak ayah sementara nak cari rumah, kena hari hari berulang Bayan Lepas - Bukit Mertajam. Letih? Biasalah, tapi sebab kerja punya pasal dan tak ada cara lain dah untuk cari duit, kena gagahkan diri lah untuk semua ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya.

Cabaran bila duduk asing, berdua dekat rumah sendiri adalah sebagai ketua keluarga, kena fikir semuanya. Tak boleh nak ambil mudah dan harapkan orang lain. Tak buat, semua akan berbalik kepada diri sendiri. Mentaliti "bujang" dan duduk rumah mak tu dah boleh buang jauh - jauh. Bila dah ada rumah sendiri, kena la setup rumah dan plan segalanya macam mana mak dan ayah kita lalui dahulu.

Apa yang menarik untuk suku terakhr tahun 2015 ni kebanyakkan berkisar tentang kerja dan kehidupan rumahtangga kami. Tak mau tulis banyak banyak.

Oklah, itu sedikit sebanyak ringkasan tahun 2015 yang telah aku lalui. Dah 28 hari bulan Januari berlalu pergi, harap baki lagi 11 bulan dapat melaluinya dengan tabah, sabar dan tenang, mohon Allah bukakan lagi rezeki, mudahkan lagi segala urusan dan tenangkan hati menghadapi hari hari yang mendatang.

0 Komen:

Post a Comment