Monday, July 14, 2008

Selamat kembali ke PSP!

BUKIT MERTAJAM, 14 Julai.Tanggal 14 julai 2008 menyaksikan ribuan para pelajar Politeknik Seberang Perai kembali belajar setelah cuti yang amat singkat, selama sebulan mereka bercuti.

Sudah tentu pelajar-pelajar PSP tidak mempunyai semangat untuk sambung belajar kembali berikutan cuti yang terlalu singkat dan tidak dapat memenuhi kehendak cuti mereka.

Beribu-ribu pelajar PSP menyerbu Jabatan Matematik dan Sains (JMSK) PSP pada pagi ini, sejak pukul 8 pagi lagi. Boleh dilihat dari luar bangunan JMSK, pelajar-pelajar dari pelbagai jabatan beratur panjang untuk mendaftar pada semester baru, Julai 2008.

0 Komen:

Post a Comment