Mai jalan Kedah!

Ya, hari Rabu yang lepas (9 July 2008), Luth dengan Sephia pegi jalan-jalan Alor Star.. Haha, kali ni kami naik motor baru.. Ego merah Sephia yang manja lagi mengada-ngada.. Tapi hajat kami nak kesana tercapai. haha, memang best kalau ronda dengan motor baru, kan?

Dari BM, kami bertolak jam 11.. Mula-mula panas terik.. Masa nak balik je ujan.. Nyampah. Stiap kali kuar je. mesti hujan.. tak hujan, tak sah berjalan!

Kami sampai di Alor Star jam 1.15 tengah hari. Cuaca masa tu panas beb. Pastu pegi makan.. Then, tadi masa sebelum sampai ke Alor Star, Luth ada terpandang signboard ke Rumah Kelahiran Dr. Mahathir Mohamed,Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, yang terletak di Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Star Kedah.

Rumah Mahathir yang asalnya hanyalah sebuah rumah kampung biasa, rumah orang melayu.. apa yang anda dapat bayangkan jika orang bagitau rumah kampung?? Ya.. Rumah atas, ada banyak tiang.. kan? Macam tu la rumah Che Det..

Asal usul dan biodata Dr.Mahathir anda boleh klik disini. Sekarang, rumah Dr. Mahathir telah diambil alih oleh Arkib Negara a.k.a Muzium Negara la kot.. Ni adalah panorama di Rumah Kelahiran Dr. Mahathir.

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
Pandangan dari hadapan rumah beliau

Masa kami berdua berada di rumah Tun Dr. Mahathir Mohamad, kami berdua disapa oleh pegawai keselamatan disitu. Pak gat tu tanya Luth dari mana dan buat apa datang Alor Star, haha.. Punyala jauh kami dua datang ronda-ronda.. Anyway, kunjungan kami ke rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir sedikit sebanyak memberi kami pengetahuan baru dan pengalaman berkunjung kerumah tersebut.

Pak gat tu pun suruh kami pergi ke rumah Merdeka a.k.a rumah kediaman bapa kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dimana ya terletak rumah Merdeka tersebut?? Klik disini.
Hadapan Rumah Merdeka

Sejarah Rumah Merdeka

Bot Tunku Abdul Rahman

Rumah Merdeka telah diambil alih oleh Akib Negara Malaysia pada tahun 2003 dan pihak Arkib Negara Malaysia telah mengambil daya usaha untuk membaikpulih dan memuliharanya sebagaimana asal ketika didiami oleh Almarhum Tunku. Keistimewaan utama pameran Rumah Merdeka adalah susunatur rumah ini sendiri. Susunatur yang diapmerkan adalah susunatur asal ketika itu disamping sedikit penambahan bagi disesuaikan dengan konsep pameran yang ingin dipersembahkan kepada orang ramai. Pemeran Rumah Merdeka juga dilengkapkan lagi dengan pemasangan audio-visual yang memberi lebih informasi kepada pelawat

Pada asalnya, tapak rumah ini pernah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang dimasyurkan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Tanah ini kemudiannya dihadiahkan kepada Tunku. Semasa Pendudukan Jepun iaitu pada tahun 1942 Tunku telah membina sebuah rumah papan di atas tanah ini. Rumah papan ini dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Pada tahun 1953, Tunku telah menyediakan satu tapak baru untuk kediaman beliau di mana Tunku telah mengangkat Rumah Papan yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru berkenaan menjadi tingkat atas rumah baru tersebut.

Pada tahun 1954, rumah ini telah dinamakan sebagai Rumah Merdeka oleh Tunku atas nasihat sahabat � sahabatnya seperti En Senu Abdul Rahman, En Mohd. Khir Johari dan Tan Cheng Lock. Kos membina Rumah Merdeka ini dianggar sebanyak RM 20,000. Pada Pilihanraya Umum 1955, 1959, 1964 dan 1969, rumah ini menjadi tempat untuk Tunku merancang starategi politik. Selain itu Tunku banyak menghabiskan masa lapangnya untuk melakukan aktiviti penulisannya. Antaranya Tunku telah menyiapkan skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri.

Pada 27 Mei 1966, "Misi Muhibbah" dari Jakarta yang terdiri dari 20 orang pegawai tentera diketuai oleh Laksamana Muda Laut O.B Sjaaf telah berunding dengan Tunku di rumah ini mengenai isu Konfrontasi. Usaha penamatan Konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 7 Jun 1966 di mana Malaysia diwakili oleh Tun Razak Hussein dan Indonesia Adam Malik. artikel asal disini

Jomla ronda-ronda pi kedah.. Best!

Luth Textile

Many friend call me "Luth Textile" because of my experience working at Textile Department, Kamdar Bkt Mertajam Visit My Blog : http://luthtextile.com

2 comments: