Sunday, July 06, 2008

Ushar Wayang: Hancock

Semalam, Luth dengan member (bro faiz, Din dan Fathi) pegi ke Center Square Sg. Petani. Saja jela jalan-jalan dan cuci mata. Lepastu kami bercadang nak tengok wayang, Hancock iaitu cerita baru yang hangat ditayang di pawagam sekarang. Sebelom tengok citer nih, kami memang agak excited. maklum lah, promosi dia punya best, tengok macam filem yang hebat :D

Watak utama dalam filem nih adalah Will Smith yang menjadi Hancock. Luth adala nak citer sket sal filem neh.. Pada permulaannya, Hancock adalah seorang superhero yang baik hati, tolong selesaikan kes polis, orang susah dll (macam superman la kononya).. Selain itu, watak/perangai dia agak teruk iaitu kaki botol, direct ja usung botol arak kemana-mana dan suka tidur dimerata-rata tempat. Niat dia tolong orang tak dihargai apabila dia juga selalu merosakkan harta benda orang lain. Dia suka landing ikot suka hati, sampai pecah tar jalan tuh.. hahahaha..

By the way, dia ada selamatkan sorang perunding imej yang bernama Mike, yang tersepit dalam kereta ketika keretaapi melintas. Hancock selamatkan Mike dengan menumbuk keretaapi berkenaan dan Mike terselamat. Tetapi kebaikan hati Hancock tidak dihargai, dia dicemuh dan dimaki oleh warga penduduk Los Angeles. Akhirnya Mike yang terhutang budi kepada Hancock ingin mengubah identiti Hancock yang sebelum ini superhero yang membawa kebaikan dan kecelakaan, kepada superhero yang disanjung ramai.

Penatla nak cerita filem ni, kalau nak tahu cerita ni, pegila tengok dipanggungwayang berdekatan ya.. jangan beli dvd/vcd cetak rompak. Cerita ni boleh didownload di www.syok.org

Ni adalah thriller filem hancok di www.youtube.com



Anda juga boleh melawat laman web rasmi filem Hancok disini.

0 Komen:

Post a Comment