Saturday, July 12, 2008

Yang ni lagi sedap....

Pada satu hari, seorang paderi berjumpa dengan seorang lelaki islam yang alim di dalam kapal terbang. Mereka duduk bersama-sama. Setelah kapalterbang mula bertolak, mereka mula berdebat tentang hal agama.

Setelah lama berdebat, seorang pramugari datang untuk memberi makanan. Paderi itu meminta "Can I have pork?". Pramugari itu segera mengambil sepinggan daging babi. Kemudian lelaki alim tu pula meminta nasi ayam. Pramugari itu memberikannya sepinggan nasi berlaukkan ayam.

Setelah mereka habis menjamu selera, paderi itu berkata "Haha, rugi awak tak dapat makan daging babi. Memang sedap sehingga menjilat jari". Lelaki itu berdiam diri. Setelah itu, mereka sambung berdebat.

Setelah mereka sampai di lapangan terbang, lelaki itu bersalaman dengan paderi itu dan berkata, "Kirimkan salam saya kepada isteri awak". Paderi itu pun berkata,"Saya tidak ada isteri kerana saya tidak boleh berkahwin". Lalu lelaki itu berkata "Takder isteri ?. Haha, ruginyer. Perempuan lagi sedap dari daging babi!"

Wahahahaha.. .....

0 comments:

Post a Comment