Sunday, September 07, 2008

3 in 1 - Penatnya!

Semalam, 6hb memang betul2 penat dan letih. Aku buat banyak benda semalam.
Lepas sahur, aku dah tak tidur, sebab pukul 9 nanti aku kena bersiap-siap pegi Pusat Memandu, aku ada latihan memandu lesen D. hehehe.. tak abis2 lagi buat lesen keta nih, 15hb ni test dengan JPJ pulak. Adui, berdebar2 pulak rasanya. hahaha..

Lepas abis ja buat latihan memandu, pukul 11 aku nak kena pegi jumpa cik Sephia, semalam dia pinjam laptop aku, dia nak buat assignment. Adui, dengan penat ngn letih aku pegi jumpa dia. Kami pegi cc, nak print assignment tuh. Masa dok dalam CC, hujan turun! Lebat giler.. So, kami tunggu hujan reda sikit, still lagi tak berhenti. Hari ni Sephia nak balik SP, maklum lah kan, orang tu study kat Kedah. Hujan2 pun kami redah jugak, dari cc kami singgah kat Petronas depan Poli. Tak tahan, sejuk sangat. Sephia follow aku dari belakang. Lepas aku pam minyak, kami balik. Aku teman Sephia balik umah member dia, sebab diorang balik SP berdua.

So, pukul 3 aku sampai rumah dengan keaadaan basah lencun! Lepas tukar baju, aku pegi membelek laptop si Arep plak.. Masalah display.. Pelaq tol.. Nvidia punya pasal. Lepas aku settlekan laptop dia, aku nak g keja pulak, kena masuk pukul 5. Hujan lebat sangat2 kat luar. Aduii.. mengeluh.mengeluh..

415pm, aku siap semua dengan baju ngn seluar nak g keja. Cap ngn baju keja aku simpan dalam beg, takut basah punya pasal. 445pm aku sampai ke Seberang Prai City. Kali ni merupakan kali ke 2 aku kerja part time masa study. Dulu, aku keja gak part time masa bulan puasa sem 1 tahun lepas, kat kedai Cuci gambar. Kali ni aku keja kat KFC Jusco Perda. Haha.. saja nakcari pengalaman.

Aku punch card awal, 455pm dan aku kena keja kat bahagian Cook, tempat goreng ayam tuh. Aku tengok tempat nih rilex semacam ja.. Masa aku masuk ke bahagian tuh, ada dua staff tengah buat kerja, sorang badan besaq-besaq nama dia Azman dan sorang badan stedi nama Hakimi. Diorang nih betul-betul friendly, senang ja nak masuk dengan diorang. Mula-mula memang la tak cakap, diam. Dah lama-lama tak kan nak diam kot, kena la bersuara jugak. haha.. Lepas sejam, pukul 6, ada sorang lagi staff masuk. Tadi dia g rehat. Nama dia Azroy. Semua staff kat cook umo 20~21. Aku sorang ja 19. Tapi kalau tengok rupa, aku lah yang nampak tua dari diorang. Hahaha..

725pm masuk la masa berbuka. Segannya nak ambik makanan kat kaunter. Nak makan apa? Ambik ja yang mana berkenan. Aku amek nasik ngn sup ja. Ayam amek kat kitchen, makan yang panas-panas. Actually, aku dah muak dengan ayam KFC nih.. Sebab lapaq punya pasai, tak ingat apa dah. Bedai ja. hahaha.. Masa closing memang teruk. Kami bahagian cook dah settle kemas2, sekarang nak tolong member2 kat bahagian bekap pulak. Depa lagi kesian nak basuh itu-ini. Dalam pukul 1145, aku punch card balik. Hahaha.. tadi tak punchcard pegi rehat pon. yang ada kat punch card aku masa masuk tadi ngn masa balik. Hahaha..

Elok ja aku keluar pintu Seberang Perai City, Elmi Miaw call. Dia nak mintak aku tolong format kan dekstop pc dia, kena virus plak. hah, tak pa. tak pa. Japg aku balik, aku g amek kat hang..
Adui.. letih.. Syok nya tidoq..

3 comments:

  1. bln2 pose ni mmg penuh dgn cabaran..smg kau berjaya hingga ke akhir nyer [yuck..ayat aku..]tp itu ler ikhlasnyer..hehe

    ReplyDelete