Friday, September 26, 2008

Budak Poli Hari Ini : Kelas terakhir sebelum Raya

BUKIT MERTAJAM, 24 SEPTEMBER 
Pelajar kelas DTP 3A menghadapi saat-saat akhir mereka bersama rakan-rakan pada hari ini. Mereka akan meninggalkan kampus politeknik dan akan menuju ke destinasi masing - masing iaitu kampung halaman.
Tiket bas dan tiket kereta api yang berada didalam dompet sering ditatap dan diusap kerana terlalu rindukan kampung halaman.

Bagi Shahril,19 yang kini menyewa rumah di Apartmen Taman Pauh Indah, dia teringatkan kampung halamannya di Bagan Serai, Perak. "Aku tak macam hampa, hampa travel naik bas. Aku balik kampung naik motor, barula feel. Baru tangkap leleh" katanya. "Adakah pelajar politeknik yang berasal dan menetap di Bukit Mertajam akan balik ke kampung halaman juga? Depa tiap-tiap hari balik, mana ada feel nak balik kampung. Jangan jeles kat kami ya.." sinis Shahril yang tak sabar-sabar mahu meninggalkan politeknik dan rumah sewanya.

Seperti biasa, jadual pelajar DTP3A pada hari Khamis amat padat. Disesi pagi hari ini, ramai pelajar telah melakukan ponteng secara besar-besaran ketika waktu modul Matematik 3, pukul 8 pagi tadi. Luth Textile juga gagal dikesan didalam kelas dan berjaya dilihat berlegar-legar disekitar bangunan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 5 minit sebelum kelas Matematik berakhir.Luth Textile juga disyaki memonteng kelas dan berlagak seperti pelajar rajin.

Kelas-kelas lain berjalan seperti biasa, tiada perkara para-normal yang dapat dijejaki hari ini. Tetapi, pada sesi petang pula, pada jam 215 - 415, ada percubaan balik awal yang dilakukan oleh pelajar kelas ini dengan meminta pensyarah mereka, Pn. BadrulSakinah menamatkan kuliah lebih awal dari hari biasa, dengan alasan "tiket bas pukul 5". Dengan alasan tersebut, pelajar nakal DTP3A, Nor Amirul dan Faiz berjaya meloloskan diri dan diikuti oleh Rizal yang selamber badak.

Pada akhir kelas hari ini, perasaan sedih, muram dan terharu dapat dilihat pada raut wajah pelajar kelas ini dan mereka amat sedih akan perpisahan ini. Jangan risau, nanti anda semua akan bertemu pada kelas yang seterusnya pada 13 Oktober 2008 yang masih panjang, berliku dan penuh cabaran...

Ralat: Pelajar DTP3A hanya mempunyai kuliah dari hari Isnin hingga ke hari Khamis. Harap maklum

0 Komen:

Post a Comment