Luth akan tulis balik cerita Jangan Cakap Pandai Sangat.. Member-member banyak suruh tulis sambungan,so Luth tulis ar...
So, sape yang tak penah baca lagi, follow la Part 1, Part 2, Part 3, dan Part 4.
Mamat X nih tak tau la apa Luth nak kata, dia nak orang lain ikot je cakap dia.. Ingat dia tuh boss kot. Tah la, perangai macam budak-budak. Seriously, Luth memang tak suka dengan perangai dia yang suka merajuk. As a men, buang la perangai suka merajuk nih. Bila mamat X nih merajuk, ya Allah, tuhan saja yang tahu buruknya perangai dia..
**Luth tulis kat sini bukannya tujuannya bukanlah untuk nak buruk-burukkan sesiapa dan mana-mana pihak, tapi Luth sebagai kawan, kalau nak tegur secara baik, mesti dia tuh akan kata "hang ingat hang bagus sangat ke nak tegur orang?" , "hang ingat hang baik ke, perfect ke ha?" mesti orang akan kata kat Luth macam tuh. Dengan cara ber-blog, sedikit sebanyak reader yang ada perangai macam Mamat X nih sedar diri sikit.
Kalau merajuk tuh, gf Luth sendiri tak macam tuh. Asyik kita ja nak kena beralah dengan dia, dalam semua perkara. Tak dak toleransi betul dalam diri dia tuh. Semua nak menang ke dia. Urm.. kalau bab harta ataupun barang-barang, pegi tanya member-member Luth yang lain (kalau kenal la), adakah Luth nih seorang yang kedekut dan berkira.. Luth memang tak berkira sikit pon dengan member-member. Contohla bab pinjam moto. Kalau nak pinjam, nak pakai, pakailah. Tak kisah. Biasanya Luth akan kata gini "kalau moto tuh dah mati tengah jalan, maknanya minyak dah habih. Kalau hang nak jalan jugak, isi la minyak eh" , "nak pakai, pakailah. Jaga moto aku tuh macam moto hang jugak. Naik leklok r.. k" selalu Luth akan kata macam tuh. Biasalah kan..
Tapi, si Mamat X nih (urm,, dia baru beli moto baru) sebaliknya.. Punyalah berkira. Bab pinjam barang orang no.1 tapi bila kita nak pinjam atau nak guna barang dia,memang dia berkira tahap babeng. Luth cukup anti orang macam nih, memang tak suka. Kalau mood Luth baik, Luth abaikan je.. Kalau mood tak baik, mana boleh tahan. Sound terus.. Hah, Luth banyak diam kalau dengan orang macam nih. Tak banyak cakap sangat berbanding orang lain. Bila kita cakap over, dia tuh lagi over.. Macam mana eh?
Luth memang suka memperkenalkan kawan-kawan Luth kepada kawan-kawan yang lain. Luth suka kongsi kawan, bila kita kenal dengan seseorang, Luth akan introkan member kepada member lain. Contohnya Luth keluar dengan Mat A, bila Luth pegi ke rumah Mat B, Luth akan kenalkan Mat A kepada Mat B.. (hehehe, semua orang sama eh macam nih.. hahahha) So, apa feedback yang Luth dapat dari member-member yang baru mengenali mamat X nih, sama macam apa yang Luth rasakan. Diorang baru kenal je ngan si Mamat X tuh, dah cakap bukan-bukan kat Luth.Luth dah kawan dengan Mamat X nih berbulan. Bila member lain komen Mamat X gitu, Luth sebagai kawan dia hanya diam dan mendengar. Tak mau nak sembang panjang lebar.
Nak kutuk, member sendiri. Nak mengata, nanti merajuk pulak. Alahai~
BERSAMBUNG PADA PART 6
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedia tak baca ka isah dia kat blog hang ni?
ReplyDeletedia ni tak pernah dok asrama kot ... tu yg jadi tambah kedekut kot