Sunday, September 21, 2008

Tutorial Photoshop 2: Quick Mask, cara alternatif untuk memotong (crop)

Untuk tutorial Photoshop kali ini, Luth ingin berkongsi cara-cara nak crop gambar menggunakan teknik Quick Mask. Untuk tutor kali ini, Luth menggunakan gambar orang sebagai contoh.

Langkah 1 - Buka Adobe Photoshop dan masukkan gambar pihian anda.

Langkah 2 - Tarik 'background' ke lambang COPY di tool bar sebelah kanan ataupun anda boleh menekan hot keys CTL + J.


Langkah 3 - Pastikan Background telah di copy dan layer background copy ada diatas layer background. Kemudian, delete gambar di layer background dengan menekan CTRL + A + DEL pada keybord.

Langkah 4 - Tekan butang Q pada keybord. Pastikan anda berada di mod Quick Mask dan bukan lagi RGB. Pilih Brushes untuk memulakan proses memberus.

Langkah 5 - Warnakan pada gambar bahagian mana yang anda ingin potong (crop). Pastikan brush yang anda gunakan bersesuaian dengan kehendak anda.

Langkah 6 - Setelah siap mewarna dibahagian yang dikehendaki, lepaskan butang Quick Mask seperti dalam rajah dibawah. Kemudian, tekan DEL untuk membuang kawasan yang tidak dikehendaki.


Langkah 7 - Sekarang, gambar sudah siap dipotong mengikut brush yang anda telah warnakan tadi. Langkah seterusnya bergantung kepada kretiviti anda untuk menghias dan mengindahkan lagi gambar projek anda. Selamat mencuba!

Nantikan tutor Photoshop di posting yang seterusnya!


6 comments:

  1. mcm mn nk tukar RGB ke quickmask mod

    ReplyDelete
  2. salam..,,
    awk...
    leh x xplen kn cra nk gn pen t0ol 2??
    ad x kne klik pape y len fter klik icon pen t0ol 2??
    ^^

    ReplyDelete
  3. salam..
    bro, musykil lar..
    asal kaler pd gmbr, pas gne brush tu jd pudar?
    n cane nk kembalikn pd yg asal?

    ReplyDelete
  4. cantik la, nt aku try gak la buat ni..xleh jd hehe

    ReplyDelete