Tuesday, September 02, 2008

Tutorial Photoshop 9 : Jom cantikkan gambar korang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua member2.. Arini Luth nak share macam mana nak buat image poleroid (frame) menggunakan Adobe PS CS3

Model kita pada kali ini adalah Cik Jana

Langkah 1 - Buka satu file baru, ukuran ikot suka hati korang la eh.. Luth amek ukuran 500px X 500px. Lepastuh korang tekan gradient k..

Langkah 2 - Lepas korang dah amek gradient, buat seperti dalam gambar bawah nih (ataupun ikut suka ati la) sebagai korang punya background

Langkah 3 - Pegi ke FILTER > TEXTURE> TEXTURIZER

buat macam dalam gambar dibawah untuk menghalusi (menghiasi) background korang tadi

Langkah 4 - Masukkan gambar kertas konyok diatas background tadi dan resize kan mengikut saiz background. Lepas tuh, pegi ke LAYER dan setkan kepada MULTIPLY.

Lepas korang setkan kepada MULTIPLY, background dengan kertas tersebut seolah-olah tercantum menjadi 1. Nanti kalo korang try sendiri, korang akan tau la macam mana.

Langkah 5 - Tekan shortcut 'M' dan buat satu kawasan untuk dijadikan FRAME.

Masukkan warna PUTIH kedalam kawasan tersebut. Pastikan kawasan tersebut masih kelip-kelip.

Langkah 6 - Dah siap semua tuh tadi, pergi ke FILTER > CLOUD dan background cloud akan terjadi didalam kawasan yang diwarna putih tadi. Sebelum tekan FILTER, korang kena tukar warna dulu, baru lah nampak efek cloud tadi tuh.

Langkah 7 - Pergi ke FILTER > BRUSH STROKES > CROSSHATCH untuk menghalusi lagi layer tadi. Pastikan kawasan yang ditanda tadi masih kelip-kelip. (langkah ni ikut korang la nak buat ke tak, terpulang kepada kreativiti masing-masing)

Langkah 8 - Pegi ke IMAGE > ADJUSTMENTS > HUE/SATURATION dan ubah seperti dalam gambar dibawah.

Langkah 9 - Apabila selesai ja buat semua2 tadi, pegi ke LAYER dan pegi ke LAYER STYLE. Pilih DROP SHADOW dan adjust mengikut kreativiti anda, kalau korang terer dalam bab-bab gi ni, smart la korag punya final result.

Langkah 10 - Masukkan gambar pilihan anda dan adjust mengikut frame yang anda buat tadi tau. lepas dah puas hati, pegi ke LAYER dan pilih LAYER STYLE sekali lagi, tapi kali ni pilih STROKES untuk membuat bingkai gambar tadi. Bagi Luth, Luth amek PATTERN. Cun sket. Terpulang pada korang la, sama ada nak WARNA, GRADIENT ataupun korang nak PATTERN.

Kemudian tekan saja OK. Dah siap! Dalam tutorial kali ini, anda perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk men'cantik'kan korang punya gambar. Selamat Mencuba!


Artikel Berkaitan:

Tutorial Photoshop 1 Cara untuk menambah brush di adobe

Tutorial Photoshop 2 Quick Mask, cara pantas memotong layer


Tutorial Photoshop 3 Mari sensoredkan muka anda

Tutorial Photoshop 4 Tips mantapkan bibir

Tutorial Photoshop 5 Cara nak buat pop-up Image

Tutorial Photoshop 6 Macam mana nak ubah warna rambut dengan cepat

Tutorial Photoshop 7 Cara nak menambah gradient


Tutorial Photoshop 8 Cara nak tukar gambar warna ke hitam putih

5 comments:

  1. saya minat jugak nak belajar benda ni..

    Tapi tak cukup masa lagi :-)



    Salam perkenalan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. kirim salam dgn cik Jana :P (single lagi kan??) muahahahaaa

    ReplyDelete
  3. sam, japg bini marah..
    dia single.. tp i dah cop dia..
    hahaha.. (gelak gatal)

    ReplyDelete
  4. takde bini ler nak marah2... oopppsss dah cop!
    muahahahahaa :P

    ReplyDelete