Showing posts with label Tutorial Photoshop. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Photoshop. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Tutorial Photoshop : Jom Ubah Warna Mata!

Salam hormat semua! Tutorial yang ringkas ini saja nak share dengan anda, bagaimana nak tukar warna mata kita. Kalau korang dah ada anak mata warna cokolat, tak payah la nak tengok tutorial ni. Mata dah lawa. haha..

Kalau korang yang mana nak pakai kanta lekap berwarna warni, tapi tak berani nak pakai, ubahla warna anak mata korang pakai photoshop sudah.  Segak aih!


Kat bawah ni ada dua model baru. Satu, blogger tegar tambah hebat lagi kacak, En. Hadi dan sebelah kanan tu En. Din Peter Pan. En. Din tu artis in making. Suara? Tudia, memang gempak. Gila kentang beb!

Hadi mata warna merah dan cik Din tu mata warna hijau. Anda nampak? Kalau tak nampak, klik pada gambar tersebut untuk kejelasan yang nyata. Ok. 

Jika anda tidak mempunyai perisian Adobe Photoshop, anda boleh download disini. Langgani RSS untuk mengikuti pekembangan blog ini melalui E-mail anda. Ianya percuma!

Tuesday, June 23, 2009

Tutorial Photoshop : Buat Kolaj Bersajak

Macam siot je eh tajuk tutorial pada kali ni. Haha. Ok, kali ni, Luth nak share macam mana nak buat image anda ala - ala model madah cinta eh. Sebenarnya, tutorial kali ni memang senang dan anda pasti boleh lakukannya.

Terima kasih kepada Cik Sarah Al-Idrus kerana menjadi model bagi tutorial Luth pada kali ini. Sesuai gitu dia jadi model. Sesiapa nak jadi model tutorial Luth, jangan malu ataupon segan emailkan kepada luth di luthtextile [at] gmail [dot][com]



Tutorial kali ni merupakan tutorial video yang kedua Luth. Selamat men-photoshop-kan diri!
Kredit sajak : Istimewa2u

Thursday, June 18, 2009

Monday, June 15, 2009

Tutorial Photoshop : Membina Text Seperti Ais

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog buruk ini. Hari ini Luth rajin pulak nak buat tutorial seperti disebelah ni.

Ok, Tutorial ini memang agak sukar sedikit dan memerlukan anda mencuba dan mencuba disamping meneroka teknik yang baru.

Kita lihat langkah - langkahnya yer:

Langkah Pertama:
Langkah kedua:
Langkah ketiga:
 Dan hasilnya adalah seperti dibawah ni ha. Anda semua perlu try and error untuk tahu teknik yang terbaik dan gaya yang cun untuk image yang anda bina. Jumpa lagi di tutorial seterusnya.

Sunday, June 14, 2009

Semua Berkaitan Photoshop!

Perisian Adobe Photoshop
Download disini

Tambah Brush Di Photoshop
Pada tutorial ini, korang boleh belajar macam mana nak tambahkan koleksi brush di Adobe Photohop masing - masing.

Lepas download, ada cara - cara nak letakkan brush yang baru download itu.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]

Crop (potong) image dengan cepat
Ok, kaedah Quick Mask juga merupakan salah satu kaedah memotong gambar dengan cepat. Nak tahu caranya, jom ushar tutorialnya!

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]





Mari rahsiakan muka anda
Nak rahsiakan muka anda seperti disensored di akhbar ataupon majalah? Ada caranya disini

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]





Jom mantapkan bibir anda
Bibir anda cantik, tapi kurang tarikan? Kalau tak menarik, pakailah gincu atau lipsgloss, tapi kalau nak sentuhan dari photoshop, ada caranya disini

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Membuat image pop-out (terkeluar)
Nampak hebat kan kalau aksi kita terkeluar daripada skrin komputer? Nak tahu caranya, ada sini.

[KLIK SINI UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Tukar gambar warna ke hitam putih
Nak buat image dari warna ke hitam putih? Caranya amat mudah! Semudah ABC

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Jom tukar warna rambut
Nak warna rambut, tapi mak tak bagi? Teringin nak lawa macam orang putih? Haha, ada caranya kalau anda teringin nak rambut anda jadi warna macam rambut artis.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Buat image berframe
Nak buat gambar anda mempunyai bingkai yang cantik? Cubala sendiri, mesti anda puas hati.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]







Buat header blog
Dah jemu dengan header template asal blog anda? Jom ubah header mengikut selera anda. Bagi cun sikit blog tu

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Edit Text dengan cepat
Ada cara nak edit text bagi cepat. Kalau tak, slow je kan bila nak ubah text.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Buat gambar frame bulat
Kalau di photoshop yang biasa, anda tak akan boleh buat image berboder tebal. Erm, kali ni Luth nak share macam mana kasi bikin frame boder bulat.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Jom tambah Custom Shape
Jemu dengan custom shape asal photoshop? Kat sini Luth nak bagitahu cara nak tambah shape yang anda telah download tu

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]



Tambah tebal boder
Kalau dah jemu nak buat boder cantik - cantik, kat sini ada cara nak buat tulisan dan image anda bagi cun berboder nipis. Suka hati korang nak buat tebal mana pon.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]


Pelangikan gambar anda
Bagi meriah sikit gambar anda bila diedit. Kalau hampa dah cun, tambah - tambah cun kalau buat tutorial ni. Sumpah betol. Hahahaha..

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Buat brush Photoshop
Teringin nak buat brush sendiri? Sini ada caranya. Memang senang

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]



Buat Gambar dalam text
  Dah jemu dengan text biasa? Meriahkan text anda dengan gambar yang berada didalam.

Cara ini memang senang, dan cantik sekali.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]






Tonjol diri dalam imej hitam putih
Ok, nak jadikan diri anda hanya berwarna dalam sesuatu gambar? Senang sahaja jika anda buat ia di photoshop.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]

Sunday, May 10, 2009

Tutorial Basic Photoshop : Tonjol diri dalam imej hitam putih!

Ok, ini merupakan tutorial yang amat basic. Memang senang nak membuat imej seperti diatas tu ha. Model kali ini ialah tuan tanah blog iaitu Luth sendiri. Hehehe. Sesiapa yang nak jadi model tutorial photoshop Luth, boleh hantar email ke luthtextile@gmail.com

Haha.. Langkah nak buat gambar kita berwarna dan latar belakang hitam putih memang senang. Ia perlu menggunakan layer yang mana akan menyebabkan kesan hitam putih + warna akan naik. Ok. Langkah pertama:
Ok, Luth pilih gambar tu. Luth nakkan badan Luth sahaja berwarna dan nakkan gambar latar belakang yang berwarna hijau tu menjadi hitam putih. Langkah kedua :

Ok, kemudian anda perlu copy layer yang asal dan jadikan dua layer. Satu Background dan satu lagi Background copy.


Kemudian, potong tempat yang anda suka. Pastikan anda memilih layer background copy untuk memotong gambar anda tu. Ok, dan alat yang paling direkemenkan untuk anda menggunakan ialah Pen Tool. Cara lain boleh dilihat disini  yer.

Dah siap semua tu, kita pegi ke langkah ke tiga:

Ok, dah siap imej anda dipotong, pilih layer background dan pegi ke IMAGE > MODE > GRAYSCALE dan jangan lupa, anda memilih layer background.

Contoh lain penggunaan teknik ini :


Letakkan layer hitam putih dibawah dan yang berwarna diatas yer. Itu saja. Selamat Mencuba!

Friday, May 08, 2009

Tutorial Photoshop : Meriahkan Text anda dengan gambar!!

Okeh, Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada kawan - kawan semua. Dah lama tak update Tutorial Photoshop kat blog ni. Asyik share cerita je. Ok, pada posting kali ni, Luth nak share macam mana nak buat text yang mempunyai imej didalamnya.

Bagi kawan - kawan yang mana dah tahu cara ini, boleh la refresh ilmu anda dan kepada anda yang mana tak tahu macam mana teknik ni, anda boleh mencuba. Apa salahnya jika kita meluangkan masa untuk bermain bersama Photoshop.

Tak susah sebenarnya Photoshop ni, kita cuma kena berani mencuba dan explore benda baru!

Ok. Langkah Pertama :
Tuliskan perkataan yang anda ingin jadikan text bergambar tu. Luth saja ambil perkataan Malaysia Boleh!
Langkah Kedua:
Dah puas pilih perkataan anda tu, sediakan gambar (image) untuk anda jadikan ia sebagai gambar didalam perkataan tersebut. Kemudian, bila dah siap semua tu, pastikan LAYER anda tu betol seperti dalam gambarajah diatas.Image diatas dan Text dibawah k?
Langkah ketiga:
Tekan ALT + CTL + G pada layer image (sebelum tu, pilih layer image k?) dan pastikan ada lambang anak panah kebawah tu ha. Dan hasilnya akan jadi macam gambar kedua diatas. Cun tak?
Dan seterusnya, anda boleh menghias text bergambar anda tu dengan meletakkan Shadow, Stroke, Outer glow dan lain - lain lagi. Tunggu apa lagi? Jom cuba!

Dibawah ada contoh text bergambar yang telah siap! Bye - bye, jumpa lagi pada tutorial akan datang!

Saturday, April 25, 2009

Jom Buat Brush Photoshop!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Dah lama tak update pasal photoshop nih. Al maklumlah kan, sibuk sikit. Ok. kali ni nak share dengan kawan - kawan macam mana nak buat brush sendiri. Tahukah anda, brush di photoshop boleh ditambah dan dibuat sendiri?

Langkah untuk membuat brush sendiri amat mudah dan cepat. Nak tahu, jom ikuti tutorial dibawah! Luth menggunakan lambang Proton, sebuah  logo hakmilik Proton Holding Berhad

Petama sekali, kecerahan warna perlu diubah untuk menghasilkan brush yang elok dan cantik. Anda boleh mengubah kecerahan gambar dengan pergi ke IMAGE > ADJUSTMENT > LEVEL dan lakukan pengubahan level warna dengan memilih 95, 2.06 dan 179. Ini amat penting untuk menghasilkan brush yang cantik dan berkualiti.

Langkah Kedua :
Pilih kawasan brush anda dengan menggunakan Crop Tool. Luth memilih size 280 untuk membuat brush proton ini. ( bergantung kepada kreativiti dan kehendak anda)

Kemudian, simpan brush anda dan letakkan namanya. Baru senang nak buat apa - apa kerja, tak payah nak kena belek lama - lama.

Brush anda sudah siap dihasilkan. Cepat kan? Anda boleh menggunakan brush ini dengan mengubah size nya.
Contoh penggunaan brush yang dihasilkan tadi, cun tak? Selamat Mencuba!

Saturday, April 18, 2009

Tutorial Photoshop : "Pelangi"kan Gambar Anda!

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Hihi, dah lama giler tak buat tutorial Photoshop. Maklumlah, sekarang ni Musim Sibuk Sedunia (MSS). Kesian kat hampa yang mana ziarah blog ni dan Luth tak ziarah balik blog hampa. Selain sibuk, laptop Luth rosak menyebabkan Luth tak dapat nak online gila - gila. Tak larat la nak guna PC, nak kena duduk mengadap skrin besaq. Hahaha.

Ok, tutorial kali ni merupakan tutorial mengedit gambar anda menjadi cantik. Ada juga tutorial edit gambar seperti disini dan disini. Model kali ini tak lain - tak bukan seorang pengguna Myspace yang terkenal dan salah seorang blogger yang popular, iaitu Cik Ajwin Ajeera kita.
LANGKAH PERTAMA
Hampa copy background asal dan dapatkan Background copy.
LANGKAH KEDUA
Pegi ke LAYERS dan tukar mode layer Background Copy kepada Soft Light. Pastikan Background Copy berada diatas Background.

LANGKAH KETIGA
Bila dah siap tukar mode layer, hampa pegi warnakan gambar yang hampa suka. Sebagai contoh, Luth ambil empat warna, iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah. Warna - warna tersebut hampa pilih mengikut kesesuaian gambar tersebut. ( Gunakan Brush untuk mewarna | size yang digalakkan : 48pix ) Ok?
LANGKAH KEEMPAT
Lepas dah puas hati dengan warna pilihan anda, hampa pegi ke FILTER >> GAUSSIAN BLUR >> dan setkan radius kepada 90.0 pix. ( Radius tu boleh diubah mengikut kreativiti dan kesesuaian gambar )
Siap! Hanya memerlukan empat langkah untuk mengedit gambar menjadi cantik sebegini. Terima kasih kepada anda yang Follow blog ini. Jumpa lagi pada tutorial akan datang!

Thursday, February 12, 2009

PS Tips : Jom Edit TEXT dengan Cepatt!!


Salam semua. Dah lama Luth simpan posting neh.. Ok, saja je nak share ilmu dengan korang. Anda penah tak mengalami masalah nak edit text di Adobe Photoshop? Pernah kan? Kadang kala, masa yang diambil untuk mengedit text di PS memang lama. Nak tunggu dia proses tu lambat.

Tapi, kini ada cara yang betul untuk mencepatkan proses mengedit text. Semudah ABC. 



Kita sering kali menekan pada tajuk untuk menukar Layer ke Layer kan? Itu merupakan salah satu teknik untuk mengubah layer, tetapi, bagi Text, anda tidak boleh berbuat sedemikian.

Dengan meng-klik pada tajuk text, ia akan menyebabkan operasi program Adobe PS akan menjadi lambat. Itu merupakan salah satu sebab berlakunya error di PS. Kadang kala, masalah ini menyebabkan kita terpaksa tutup aplikasi PS.
Untuk mengedit text dengan cepat, anda hanya perlu meng-klik pada lambang "T". Sungguh mudah. Jika anda tekan double klik pada lambang T, anda akan peroleh seperti berikut.
Keseluruhan Text anda akan di-highligt dengan cepat. Ada juga tips kepada anda yang mahu mempercepatkan operasi meng-edit text.

Mudah kan? Betul tak Luth cakap? Semudah ABC!

P/s: Tutorial Ini berguna kepada Newbie yang masih belum cekap menggunakan Adobe PS
P/ss: Kepada anda yang ingin mengikuti tutorial diatas, baik anda buka dokumen berfomat PSD yang mempunyai text. Lagi senang.