Friday, October 24, 2008

Bengkel Minggu Ini : Tahniah kepada Kumpulan Nor Amirul!


BUKIT MERTAJAM - 20 OKTOBER
Akhirnya penantian pelajar DTP 3A kumpulan Grinding berakhir apabila kumpulan Nor Amirul memenangi bengkel Grinding pada minggu 6 ~ 20 Oktober 2008. Ketua kumpulan, Nor Amirul begitu tekun menyiapkan projek yang diberikan dalam masa 2 minggu dan berjaya menyiapkan furnishing pada minggu terakhir, 20 hb Oktober.

Kegembiraan terpancar diraut wajah ahli kumpulan Nor Amirul, iaitu Shahril, Luthfi dan Hadi kerana mereka dapat pulang awal pada hari itu iaitu pukul 1030 pagi, dua jam lebih awal seperti yang ditetapkan. Sebaliknya, kumpulan yang diketuai oleh Syamsul Qamar tidak bernasib baik kerana mereka gagal menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan. Mereka sekali lagi telah membuat kesilapan dan terlalu "gopoh" untuk menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.

Mereka telah merosakkan satu grinding wheel yang berharga lebih kurang RM150 pada hari tersebut kerana kesilapan Syamsul mengendali mesin pencanai terlalu cepat dan ingin habis awal. Pada hari tersebut, kumpulan Syamsul yang disertai oleh Refandi, Yahudi dan Nurul Ain ditahan dan balik agak lambat iaitu pada pukul 1230 tengah hari.

Amat malang sekali pada kumpulan Syamsul Qamar. Kesimpulan yang dapat dibuat pada buliten hari ini, kita tidak perlu terlalu terburu-buru dalam menyiapkan sesuatu kerja. Walaubagaimanapun ada lambat, pastikan diri anda dalam keadaan cool dan releks. Jika anda terlalu terburu-buru, akibatnya, segala pekerjaan anda akan berhenti ditengah jalan dan mungkin akan gagal.

Sekian saja laporan daripada Luth Textile

0 Komen:

Post a Comment