Sunday, October 05, 2008

Raya's Plan (Part 2)

Raya Pertama

Pagi raya, Luth bagun pukul 7, solat dan bersiap-siap. Langit mendung, sebab pagi tuh hujan lebat. Sejuk, hujan gerimis ja. Mungkin hujan rahmat kot.. Biasalah. Mintak - mintak la satg nakg masjid tak hujan dah. 730 kakak dan abang ipar sampai kerumah. Anis bising betul, dia dah besar, dah paham apa tu raya. Tak macam tahun lepas, blurr ja dia.

Luth dah bersiap-siap untuk ke masjid. Luth bersalam dan meminta maaf serta mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Abang, kakak, Mak, dan adik. My dad tak sempat nak salam sebab dia keluar awal ke masjid. Takpa la, satg dah balik kita salam salam ya eh.. hehehe..

Balik dari masjid, Luth bersalam dengan ayah dan pegi ke rumah Dato' Syafiq. Rumah 1st untuk raya tahun nih sama macam raya tahun lepas. Menu untuk hari raya pertama adalah pasta dan pencuci mulut, puding. Memang sedap dan best.

Rumah kedua ialah rumah Zarul. Luth pegi berdua dengan Salam. Dah makan berat kat rumah Syafiq, dirumah Zarul makan ringan-ringan saja. Makan ketupat, lemang, nasi impit dan lain-lain. Rilex jew...

Rumah ketiga Luth ke rumah Hadi, dalam pukul 1130 macam tu. Makan makanan ringan je rumah Hadi, rilex..

Rumah keempat Luth dan Salam pegi ke rumah adik angkat Salam, Izzati kat Kuala Muda, Penaga. Kat rumah awek tuh kami makan Bihun Sup. Full pulak perut. Nasib baik bapak Izzati sporting gile babeng. Best.. Kan best kalau dapat pak mertua lagu tu. Hahaha..

Balik dari rumah Izzati, rumah kelima kami berkunjung kerumah Pakcik Ashari, iaitu rumah terbuka Asrul Asnawi kat Bandar Putra Bertam. Makan la sikit nasi hujan panas kat rumah dia. Huh.. Letih la dok makan.. Mengah perut..Dah enam rumah kami terjah.. hihihi...

Lepas kami mengisi tong dirumah Asrul, kami singgah jap kat rumah  Syamiera. Rumah Syamiera merupakan rumah ke tujuh. Dia dok panggil sangat pegi rumah dia.. So, pegi la singgah. Kat rumah dia kami dah tak boleh makan pape, mak dia  buat bihun sup. :Luth nak makan laksa kat rumah dia, tapi mak dia kata raya ke 3 baru nak buat laksa. Urm. nak buat macamna, dah full, kami berdua makan buah saja la. Buah pear..

Dah letih makan dari rumah ke rumah , baru Luth berkunjung kerumah Salam. Duduk rehat-rehat jap. Dah letih drive, kembung perut. Lagipun, Salam nak buang "something" hahaa.. Dah rilex 10 min kat rumah Salam, kami pegi ke kampung Luth by motor. Dah tak larat la nak drive. Sakit kaki loor.. Dah lapan rumah dah kami ronda.. Adehh..

Sampai ja kat kampung Luth yang sekentut, rumah Pak Su Luth merupakan rumah ke sembilan kami beraya. Dapat kami makan bihun sup lagi dengan satay. balik tuh, dapatlah duit raya.. Yeaahaa.. BEsaq-besaq pon dapat lagi duet raya.. Rumah Pak Su rumah ke sembilan!

Rumah Abang Chan adalah rumah kesepuluh. Abang Chan merupakan sepupu kepada Luth.. Dia dapat baby baru. Tak sempat pulak Luth nak amek gambar.. Sampai jugak target Luth nak raya kat sepuluh rumah. Hahaha.. Dok kat rumah Abang Chan kami makan lemang yang dibawa khas dari Sungai Bakap. Memang sedap, rangup dan lemak. Nak tulis kat sini utk gambarkan keenakan lemang tuh pun tak tau. Memang best!

Dan akhirnya, rumah kesebelas ialah rumah Mak Njang Luth, kami singgah sekejap kat rumah dia sebab Mat Shahril call nak mai rumah. Lepas duduk duduk minum air, Kami berdua beredar. Lagipun Salam nak pegi rumah adik angkat dia yang kedua.. Hahaa..

Bz nya raya pertama.. Luth pun miss 2,3 rumah adik beradik Luth.. Tak larat dah weyhh....

2 comments: