Thursday, October 09, 2008

Raya's Plan (PART 4)


3 Syawal 1429H merupakan hari ketiga terletih Luth beraya tahun ini. Memang best raya tahun ni, enjoy dan happy. Tak seperti tahun - tahun lepas, Luth banyak menghabiskan masa beraya bersama-sama member-member, tapi tahun ni lebih banyak masa diluangkan bersama-sama keluarga..

Luth sebenarnya baru saja dapat lesen kereta, lesen memandu D. Alhamdulillah, 15hb Sept lepas Luth lulus ujian JPJ. Tak sampai satu bulan pun lagi memandu, tapi dah lepas kemana hala. Jauh perjalanan Luth pada hari raya ketiga. Memang benar-benar menguji fizikal dan mental.


Sebenarnya, hari raya ketiga lepas (Jumaat) Luth plan nak raya kat rumah member yang jauh, kalau ikut plan nak pegi Serdang Kedah, tapi sebab mak suruh ikut konvoi family ke Perak disaat-saat akhir, Luth batalkan plan beraya bersama kawan-kawan. Ni kali kedua Luth drive sendiri ketempat jauh jauh.



Mengikut plan yang telah dirancang oleh abang Luth, kami akan kerumah tunang dia kat padang rengas. Dia dah habaq dah kat tunang dia, kami akan mai 3 biji kereta. Tapi, Luth ada plan tersendiri.. Iaitu Luth nak singgah dulu rumah member kat Bagan Serai, Perak.

Mesti boleh! tu tekad Luth drive dari Bukit Mertajam ke Bagan Serai, iaitu rumah classmate, Mat Shahril. Niat tahun ni nak beraya kat rumah Mat tercapai jugak akhirnya. Alhamdulillah. Dapat jugak duit raya, sampul hijau 3 peket.. huhu.. Lepas la duit tol..

Kemudian, lepas dah raya kat rumah Mat, my mum call..Depa dua bijik kereta dah sampai kat rumah tunang abang, mak tanya kami. Abang marah kat Luth, sebab pegi rumah member. Nanti tunang dia marah, sebab dah sediakan makanan untuk 11 orang. Mau tak mau kami kena pegi jugak rumah tunang abang, secepat yang mungkin.

Dari rumah Mat, Luth rush ke Padang Rengas yang jauhnya 40 km lebih kurang. Masa yang dijanjikan dengan mak 1/2 jam ja. Mau tak mau kami kena sampai setengah jam kemudian, iaitu pukul 6. Keluar saja dari pekan Bagan Serai, kat Sungai Bogak dah jem. Adui.. tensen.. Lut baru ja berazam nak jadi pemandu berhemah, tapi buat masa sekarang Luth lupakan saja..

Lebih kurang 6km jem, dari Sungai Bogak ke Simpang Empat Semanggol, Luth pecut ikut lorong kiri. Jalan alternatif nak cepat sampai ke Padang Rengas. Nasib baik kakak yang ada kat sebelah tak bising.. Kalau ayah ada sebelah, memang dia akan bising.

Luth sampai rumah tunang abang lewat 9 minit..
609pm..adehh..


Rumah yang dikunjung:
Kak Nurul Huda Sekeluarga (bakal kak ipaq - Changkat Ibol,Padang Rengas)
Puan Kamalia dan Jamaludin Sekeluarga (Kuartes Tentera, Denaro Line Taiping)
Afiq PSP Sekeluarga (Taman Lela, Kemunting)
Encik Arifin Sekeluarga (Taman Rakyat, Kemunting)

0 Komen:

Post a Comment