Monday, October 06, 2008

Raya's Plan (Part 3)

Dah letih beraya semalam (1 syawal) Luth pun bersemangat nak beraya lagi.. Bukannya selalu kita beraya kan, setahun hanya sekali.. Kepuasan beraya memang tak dapat digambarkan..

Plan Luth pada hari raya kedua tak lah hebat sangat macam raya kedua, tapi bercita-cita nak beraya rumah member yang jauh - jauh.. Hihi.. Awal-awal lagi Luth plan nak kerumah Azza ( Cik Sephia) Tapi dah ada masalah teknikal, sampai sekarang Luth tak dapat lagi beraya kat rumah Sephia. Adui.. Tak dapat nak jumpa Mak mertua.. Hihihi.. Jam 930 pagi, Luth dengan Firdaus g amek Sephia kat Kondo Perda. Dalam pukul 10 gitu, lepas amek Sephia kami bertiga bergegas terus ke rumah Din Peterpan, iaitu my ex schoolmate masa kat teknik dulu.


Kami sampai kat rumah Din jam 1020 sampai pukul 11>.. Pagitu kami break1st dengan Laksa.. Kalau ikutkan menu yang Din bagitau, sepatutnya haritu mak dia nak masak lontong. Tapi oleh disebabkan kami datang awal sangat, kami sempat makan laksa ja.. Takpa.. Janji sedap..

Lepas kami makan dan tunggu Din bersiap, kami terus cergas kerumah si Fathi. Huhuhu.. Rumah Fathi tak jauh dari rumah Din, lebih kurang 10 minit je berkereta.. Sesudah sampai kat rumah Fathi jam 1115 lebih kurang, kami bertiga masuk makan kueh raya kat rumah Fathi. Sembang punya lama, sampai kul 1215.. Plan yang seterusnya Luth akan membawa si Din dan Sephia pegi rumah Luth (sepatutnya Luth nak bawa Fathi ikut sekali, oleh disebabkan dia nak balik kampung, Din sorang saja la yang ikut kerumah Luth)..

Kami sampai kerumah Luth jam 1230.. Cepat je sampai sebab jalan tak jem. Lancar saja. Mmmm, kat rumah Luth, my mum masak mee goreng. Din 2x tambah makan, tapi Sephia tak makan pun :( Silap mak pegi masak mee, Sephia tak makan mee.. Dia tak lalu..

Then, dalam kul 1 gitu, kami bertiga (Firdaus menarik diri disaat akhir) menuju kerumah member Sephia. Dekat je.. 5min gitu dah sampai. Prong prang prong prang, kul 215 kami balik.. My mum ajak pegi kampung kat Guar Chempedak. Gurun.

Luth bermesyuarat dengan Sephia dan Kak Ifa (my sis). Akhirnya, kami semua bertolak dari rumah Luth 245pm lepas hantar Din balik kerumah.




Rumah yang dikunjung:

* Rumah Cik Liah Bidin seKeluarga (Sedaka Kedah)
* Rumah Kak Teh seKeluarga (Padang Lumat)
* Rumah Syafiq Shabarudin (Sg Pasir, Sg Petani)

Lepas kami beraya, sempat pulak makan KFC kat KFC Kepala Batas.. Hehehe..
Makan Free.. Tak pa la..

2 comments: