Sunday, November 30, 2008

AWARD SPESEL dari Untie Lin

Ehem - Ehem, semalam Luth dapat award spesel dari Untie Lin
Clik here to visit Untie Lin's Blog
 
 
Award nih memang manis pon..  Comel jer.. hehe.. Terima Kasih daun keladi kapada Untie Lin, seorang ibunda pengajar di SMT Seri Manjung Perak. Dia fowardkan Award nih kat Luth sebab i'am salah seorang Ex Student Teknik.. Pape pon, Arigato..

1 Persoalan kepada Untie Lin
 
Adakah Untie menyamakan Luth dengan MONKEY MAT YEH diatas??
Hahaha, Untie, gurau saja.. Terima Kasih..

Photoshop Tool Basics - Part 2

Magic Wind (W)

Magic Wand Tool (W)
Magic Wind adalah salah satu peralatan untuk memilih bahagian yang kita kehendaki. Ia lebih senang digunakan untuk memilih bahagian yang besar.
Untuk pengguna baru, anda seharusnya belajar menggunakan Magic Wind terlebih dahulu kerana ianya peralatan basic didalam photoshop.
Crop Tool (C)

   
Crop Tool ialah sebuah alatan yang amat mudah digunakan. Ia digunakan untuk memilih kawasan  yang kita kehendaki sahaja. “crop” bermaksud memotong. Pada kebiasaannya, crop tool digunakan pada langkah terakhir. Penggunaanya adalah sama seperti Rectangular Marquee tool. Anda hanya perlu menekan butang [enter] untuk memotong mana-mana bahagian pilihan anda.
Untuk pengguna baru, peralatan ini tidak berapa perlu. Ia menglibatkan kawasan dan size sesuatu projek.
Slice Tool (K)



Peralatan ini biasanya digunakan untuk membuat website ataupun mengecilkan gambar yang besar. Ia merupakan peralatan yang amat sukar digunakan.
Untuk pengguna baru, peralatan ini tidak diperlukan.

 Healing Brush Tool (J)



Peralatan ini amat berguna. Ianya tidak terlalu sukar untuk digunakan. Penggunaanya ialah sama seperti Brush, tetapi ia digunakan untuk membaiki kerosakan pada gambar. Hanya pilih cursor yang dikehendaki, tekan [Alt] dan arahkan pada tempat yang anda kehendaki. Ia biasanya akan menyalin dari satu tempat ke tempat yang lain.

SAJA - SAJA

 
CAPTION : Dulu kat sini ada laungan "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya".Tapi la ni dah senyap.. awat eh?

Saturday, November 29, 2008

Nak kutip award lagi..

AWARD OSCAR DARI DADDY COOL
Wow.. Luth dapat berjalan - jalan di kapet merah Daddy Cool.. Syioknya.. Huhu.. thanks ya Daddy.. Gua hargai awardmu ini.. Video tak dapat nak amek la, ada sikit sibuk la.. Huhu..
Visit Daddy's Blog : http://akumulakandisini.blogspot.com/

 
OLE - OLE DARI ENCIK FQ88
 
Bang Fq kita nih dia baru balek dari Ganu.. So, dia ada bagi Penyu kat member - member dia..
hehehe.. syiok r tuh.. Selamat bercuti.. Luth tak sampai lagi Ganu.. Sian kat Luth kan..
AWARD DARI ZAHIRAH MUSTAFA

Thursday, November 27, 2008

Expo Petani, Penternak, Peladang dan Nelayan..

Hari Ahad lepas, Luth pegi ke Expo Petani, Penternak, Peladang dan Nelayan dengan classmate, Lan..
This my first time kat tapak expo tuh.. Selama 5 tahun Luth tinggal kat Penang nih, ni kali pertama Luth masuk kat tapak expo nih.. Luas.. Besaq la jugak..

detetan kereta yang banyak.. car park penuh..

Sebenarnya Luth nak jumpa sorang member, dak Myspace.. 
Dia ajak jumpa banyak kali dah.. Iskandar nama dia.. Dia sekrang keje dengan Celcom..
Booth diorang ada kat dalam tapak expo nih..
Before kami jumpa si Iskandar tuh, Luth dengan Lan jalan - jalan pusing tapak expo..

 
 boleh tahanla tempat nih.. Banyak maklumat leh dapat..
Ada banyak gerai yang boleh kita lawati..



Gerai pertama Luth singgah ialah gerai Hidupan Liar.. Best gak ronda - ronda sini..



Luth tertarik pada barangan kulit original nih.. (klik imej untuk tumbesaran)

 


Tengok gerai pertanian..



Jalan punya jalan, tah tertengok kat pameran haiwan ternakan..
Best.. Macam macam binatang ada.. Luth suka kambing.. comel sih.. ada gak ternakan lintah..



Dah abes tuh, kami g ushar tapak perniagaan.. banyak barang depa jual.. Luth tengok je.. Takdak duit pon nak beli.. Haha..


Gambar Kanan : Depa betul - betul kedekut nak bagi Luth amek gambar..
Boss : "Abang, tengok pokok free, beli je kena bayar"
Luth : "Kalau amek gambaq?"
Boss : "Sorila.. Tokey saya tak bagi.. sekeping leh la.."
Luth : &^*^&%$^$$

Sebelum kami berangkat balik, lapaq la pulak.. Kami beli sat pau PAKCIK KALUT



pakcik nih memang kalut.. orang mintak dulu, dia bagi kat orang lain.. kepala pusing betul..
ish, sabaq banyak jela.. Pakcik, nanti kira betul - betul tau.. 

 SEKIAN
 Current Mood: LETIH , MENGANTOK, BEBAL!

Wednesday, November 26, 2008

Jalan - Jalan :Taiping Sentral!!

Image Credit to www.mytaiping.co.cc

Salam semua.. Posting lepas Luth ada cerita pasal pegi Taiping kan,
so, posting kali nih Luth nak ajak korang jalan - jalan ke Taiping Sentral, salah satu shopping complex yang TERBARU kat Taiping.. Best!


Lepas je Luth beredar dari tempat kemalangan tuh, Cik Sephia gaduh nak makan, lapaq katanya..So, kami pegi makan kat Tesco Taiping.. Tesco tuh pun baru lagi..
Mula- mula rasanya nak makan mee, tapi, Sephia nak makan nasik, kami makan nasik ar..Hehe..

Lepas kenyang makan nasik, kami berdua pegi ke Taiping Sentral. Taiping Sentral bukannya besar mana pun, dia besar sikit daripada Village Mall Sungai Petani. Korang penah jejak kaki tak ke Village Mall Sungai Petani?? Nanti Luth wat posting pasal tuh eh..

Taiping Sentral ada panggung wayang.. dah lama bandar Taiping kehilangan panggung wayang..
Dulu, ada sebuah panggung wayang kat pekan Taiping, urm. panggung wayang Lido.. Luth masuk sekali je panggung tuh,dah lama dah,masa tahun 1998 dulu.. sekarang dah 2008, dah 10 tahun.. Sekarang panggung wayang Lido tuh dah jadi Disco kot, tak silap Luth la..


Taiping Sentral ada banyak kedai makan.. Kira, kalau korang pegi ke Taiping Sentral, tak kebulur la.. nak makan apa, semua ada.. Food Cort pon ada..

Luth suka makan kenny rogers.. Sedap.. Memang best
Ruang pejalan kaki didalam Taiping Sentral. Jubin dia lawa.. Macam Seberang Perai City la pulak..
Ekskulator Taiping Sentral.. Tak besaq.. Tak panjang.. Besa - besa ja..
Ish, kat sini pon ada gak kedai Siam.. Village Mall, Penang MegaMall pon ada gak.. ayoyo...
Pandangan dari depan ekskulator
Ha.. tu dia.. Kamdar Taiping.. (Cik Sephia interprem)


Masa Luth keja Kamdar Bukit Mertajam (BM) dulu, manager Kamdar BM ada gak cita ura-ura Kamdar nak bukak cawangan dia kat Taiping. Tapi masa tuh Luth tak tau la pulak ada projek Taiping Sentral. Rupa - rupanya Kamdar bukak cawangan dalam shopping complex.. Betul la pulak cerita manager tuh yerr.. Bagi Luth, Kamdar Taiping tak sesuai buat dalam Taiping Sentral.. Sebab banyak saingannya dengan kedai - kedai kain yang lain. Kat Taiping nih, ada banyak kedai kain tau!


Tu dia panggung wayang baru Taiping.. Macam best.. Urm.. Kompom kecik.. Mesti sempit.. (andaian Luth la..)  Luth tak masuk lagi.. Korang  yang mana dah masok wayang nih, gitau Luth k?
Tak pasti pulak company mana yang bukak wayang nih.. Takdak brand dia pon.. Hehe...
KELUASAN: Ok la.. Not Bad
KEDAI - KEDAI : Menarik (ada banyak kedai best-best)
SAMBUTAN : Hangat!(Sebab tempat baru kot)

Ok.. Sekian saja cerita dari Taiping.. 
Rindu betol kat Taiping.. Sayang rasanya nak tinggalkan bandar Taiping nih.. Segar dan nyaman sepanjang masa..
Selalu hujan!! 

SEKIAN

Tuesday, November 25, 2008

Meh nak kutip award

Yuhuuuu..Luth tengah rajen neh..
La nih, Luth nak amek award yang korang bagi..

Award Pertama
 The Best Blog EVER dari Sis Ixora
Ehem, Blog Luth nih tak la se glammor blog Kak, Belog nih besa - besa saja.. Anyway, thanks ya kak, award nih pon canteks..

Award Kedua
 Friendship - Kak Azza 
Kak Azza nih memang terkenal dengan award-award lagu ni.. Baik hati betul dia bagi award.. Haha.. Pemurah betol.. Nanti kak, bagi la RM ke, USD ke tak pun belanja makan.. Cukup la.. Thanks ya kak..
Award Ketiga 
Award nih datang dari Miss Fateen .. Dah lama da dia bagi award nih, Luth ja yang tak amek lagi.. Terima kasih daun keladi.. Fateen nih adik kepada Classmate Luth, Unie masa kat sekolah King Edward dulu.. Fateen, nanti kalau dah balik Taiping, bagitau abang k.. Nanti abang belanja makan tau..
Ok.. Sekian saja.. Terima kasih la bagi Luth award.. Luth memang menghargainya.. 
Nak tengok semua koleksi award, sila galleri penghargaan di tab bar atas ataupun disini 
 SEKIAN
 

Monday, November 24, 2008

Cerita dari Batu Kawan ke Dot Dot Dot

Hari Sabtu aritu, Luth ada bagitaw korang semua, Luth nak ke Jom Heboh kat Batu Kawan rite??
haha.. Trip ke Batu Kawan tuh memang jadi.. Luth bertolak dari rumah jam 1130am.. by car.. Sebab, Luth tengok langit gelap je.. Macam nak hujan.. So, pegila naik kete..

Mula-mula, Luth rancang nak ajak member-member clasmate (member-member?? macam ramai jerr..) ikut sekali Luth dan Cik Sephia ke Batu Kawan. Jalan ramai - ramai baru best kan? Baru happening.. Cik Sephia takpe. Rilex je..Dia sentiasa on.. Tapi, last - last minit, depa cancel, sebab depa takmau ganggu Luth kuar date ngn Cik Sephia.. Alahai.. Luth tak kesahla bro.. Rilex je.. Lantak kat hampa la..

Sampai je Batu Kawan, dah pukul 1.. Itula. sebelum tuh Luth singgah TM Point, nak bayar bil streamyx yang tertunggak.. Tapi, TM dah tutup, 1/2 day kan.. Batu Kawan, bapak giler punya jemmed! Apa da.. Tak dak langsung sistem kawalan jalanraya. Hmm.. Nak sampai ke tol pon tak sampai.. (Luth guna jalan lama...) sebab terlampau sesak. So, Luth chow dari Batu Kawan dan terus menjeritt ke Taiping.. (atas cadangan daripada Cik Sephia)

Sampai je tol Taiping, dah nak dekat kul 3, Luth drive slowly.. Tak laju sangat.. Turun je dari highway, Luth terus ke pekan Kemunting, Sephia dah lapaq sangat.. So.. Kami teruss... Dalam perjalanan nak ke Kemunting, tak sampai lagi kat roundabout Silverstone, ada satu eksiden..

Kiri: Luth slow- slow nengok benda apa yang berlawan kat tengah jalan..
Kanan: Hah, dah nampak.. Keta lawan dengan keta gak.. Waduh - waduh..

Lepas tuh, Luth tengok mangsa kemalangan tuh.. Takdak sapa pon yang mati ataupun sakit.. 
Then, Luth tengok salah seorang daripada depa tuh, Luth kenal.. Rupa - rupanya, makcik Luth eksident!!!
Ya Allah, kak Linda (mangsa kemalangan) perasan Luth dan dia gamit kat kami.. So, Luth kross ke kanan, pegi jumpa depa..
Interbiu Dengan Mangsa 1
 
Luth : Apa cerita ni kak.. Napa leh jadi macam ni?? [hairan]
Kak Linda: Hah, Luthfi.. Apa yang hang buat kat sini?? Tu.. hindu tuh.. ada ke patut, dia nak elak anjing, pastu, macam mana tah dia brek, terus kona ke belah kami ni..
Luth : Kak dan semua nak pegi mana?
Kak Linda : Kami nak pegi kenduri kat kampung, kampung Selinsing.. Urm, tak sempat la nak makan nasik...
Luth : La.. Tak sangka pulak Luth nak jumpa kak ngn Cik Jam & Cik Pin.. Rupa - rupanya, ada jugak sebab Fie mai sini eh. Tak sangka..
Kak Linda : Tu la hang.. Kak pon terkejut tengok hang.. 
Luth : Sapa yang bawak keta? 
Kak Linda : Cik Pin (ayah dia) bawak.. Cik Jam (mak dia) dok depan. Kak Linda dok belakang, jadi boss [gelak]. Nasib baik la bawak keta Cik Pin, kalau tak la, abis la keta Kak Linda.
Sephia : Eeee.. takut..tula sayang, bawak keta pelan sikit.. Takutla..
Kak Linda tuh dia talkative giler.. memang bising kalau ada dia.. Orang tengah kelam kabut, sakit or bengang dia leh wat selamber badak je gelak-gelak, happy happy.. Tahla.. Luth kalau jumpa orang macam Kak Linda nih, memang kami akan jadi satu kepala.. Gelak tak kira dunia.. Hahhaa...

Interbiu dengan Mangsa 2
 
Nama Samaran: Cik Jam

Luth: Cik Jam ok ka? Ada cedera pape?
Cik Jam : Tak cedera, tapi sakit jugak Fie.. Kat sini (tunjuk pergelangan tangan yang lebam)
Luth: Macam mana leh jadi macamtu Cik Jam?
Cik Jam: Tahla Luthfi.. Makcik pon taktau.. Tadi masa India tuh masuk kejalan kami, makcik terkejut betul. Macam nak terkeluaq jantung. Rasa macam dah mati. Terkejut sangat - sangat..
Luth: Cik Pin bawak laju ke Cik Jam?
Cik Jam: Tak la. mana ada laju. Dia bawak 60km/j je..
Luth: Adui.. Takut la..

Pemandu kenderaan (berkopiah) gagal di interbiu
Tragedi:
 
Nak tikam no ekor? Nak ke no plat?
Urm.. No way!! Biaq Luth tikam dulu.. Haha..
Owner keta tu, India. Tah la nama pe.. Dia ada cerita, dia ada sikit kalut.. Mau amek anak tuisyen kat Taiping.. Rasa - rasa Luth la, dia neh terlampat rushing, tu la dia jadik camnih.. Satu lagi, kemalangan nih terjadi mungkin sebab keta India tuh yang dah season.. Dia naek Nissan Sunny.. Dah berpuluh belas tahun, mungkin sistem brek dia gelong, brek - brek dia mencakar ke jalan bertentangan.. Kesian.. Dengaq cita lagi, keta Nissan Sunny tuh baru je spary baru.. Kesian wo..

Luth dan Sephia pun beredar dari tempat kejadian selepas hujan turun.. Ingatke perjalanan pegi ke Kemunting tuh leh la happy balik, tengok - tengok ada satu lagi eksiden.. Kali nih, moto lawan dengan dua bijik keta.. Lagi kesian.. 
Tunggu yer next entry.. Ada kisah yang menarik..

NANTIKAN ENTRI YANG AKAN DATANG