Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Selamat Ulang Tahun Kelahiran!

Wah wah, rasa macam tahun nih ada dua orang yang aku kenal menyambut hari lahir pada tarikh yang sama. Haha, rasanya macam kebetulan. Tapi okla kan, tanggal 12hb telah memberikan aku satu tarikh baru, tarikh baru yang aku akan tambah dalam diari hidup aku.

1st skali, aku nak ucapkan selamat ulang tahun ke 22 buat Cik Munirah Hashim. Ehem, baru 22. Muda lagi. Haha, tak perlu nak takut tua. Ok what angka 22. Nampak cantik je. Hehe. Terima kasih la sebab sudi teman diri ni. Maklumlah kan, situasi yang kita hadapi sama. Apa - apa pun, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Hidup kena enjoy.

Lagi satu, selamat ulang tahun ke tuttt buat Mama Rozi. Aritu jumpa kat KL, Mama memang spoting, ceria dan santai gitu. I like. Ok Mama, nanti kalau turun Penang, make sure Mama roger saya ok? Saya doakan Mama cepat dapat jodoh dan dimurahkan rezeki.

Thursday, February 05, 2009

Jom Photoshop akan ditutup?

Letihnya! Tak larat Luth nak mengupdate blog tu. Oleh kerana Luth terasa kemalasan ya amat , Luth bercadang nak memasukkan kembali segmen Tutorial Photoshop ke dalam blog ini kembali. So, Luth nak mintak pandangan daripada sama ada nak ke tak segmen tu kembali dan anda boleh menyuarakan pendapat anda dengan mengundi POLL diatas.Poyo

Mungkin tak semua orang tahu, bahawa Luth lah yang mengendalikan blog tersebut. Seriusli, Luth dah tak larat nak update banyak - banyak blog.

Satu lagi, sekarang laptop Luth yang season ini sudah diupgrade. Haha.. Sebelum ni, memory laptop cabuk neh hanyalah 256MB sahaja, dan minggu lepas Luth baru saja tambah memori DDR. Kelajuan laptop ni dah bertambah dan boleh la Luth berphotoshop dengan anda.

Luth rasa, Luth akan tutup laman blog Jom Photoshop! lagi 5 hari dan akan memindahkan semua koleksi postingnya didalam blog ini. Baru Luth rasa akan kehangatan blog ini akan kembali. Luth tak harap dan tak ingin apa - apa, tapi apa yang Luth inginkan, Luth nak berkongsi ilmu dengan anda semua.


Harap Maklum. 

P/s:Sorila, tengah sibuk dengan praktikal dan badan ini amat letih, tak dapat nak blogwalking
Pss: Kepada semua pemenang kontes Luth, nantikan hadiah anda! Maaf, sebab lambat kirim hadiah!

Sunday, January 25, 2009

Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada bapa kepada Cik Sephia yang telah menemui penciptanya pada jam 4.15 petang tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang soleh, Amin.


Maaf Sephia, aku tak berada disisimu ketika kau memerlukan diriku. Kita tak tau apa yang terjadi dan akan terjadi. Mungkin kau berkecil hati kerana aku tak berada bersamamu ketika waktu ini, aku mintak maaf.


Percutianku kali ini tidak seindah yang diimpikan.. Maaf.. Walaubagaimanapun, aku akan tetap memberikan sokongan kepadamu untuk menempuh cabaran yang maha hebat ini. 


Info : bapa Sephia sudah lama dimasukkan kehospital akibat penyakit jantung dan sudah menjalani pembedahan by-pass. Akibat pembedahan tersebut, jantung beliau dijangkiti oleh kuman dan mendapat penyakit baru iaitu Sakit pinggang dan hati. 


Arwah sebelum ini mengidap penyakit kencing manis.


P/s: Blog ini akan berkabung selama seminggu bermula hari ini.

Tuesday, January 20, 2009

Dj Luth "boleh didapati" Di DESA FM!

Ini merupakan pengumuman daripada Luth untuk memberitahu rakan bloggers bahwasanya, Luth telah rasmi menjadi salah seorang Deejay di radio Internet No. 1 Malaysia, Desa FM Poyo

Macam mana Luth boleh jadi Dj di DesaFM?
Oh.. Semua ni kena berterima kasih kepada Dj Fairuz, penerbit di DesaFM kerana meng"offer" Luth untuk menjadi ahli keluarga di DesaFM.. Sebenarnya Luth malu gak nak menDj pada pertama kali, sebab suara tak sesedap Dj Fairuz yang macho tuh.. Oleh disebabkan perasaan INGIN mencuba, Luth beranikan diri untuk On Air menjadi Dj disitu dengan tunjuk ajar Dj Fairuz dan Dj Teddy.

Luth, ada gaji/komisyen ke?

Nope.. Tak ada apa-apa bayaran dan ganjaran kepada Luth untuk tugas menDj di DesaFM. Bagi Luth, Luth nak cuba HOBI baru pulak. Dulu - dulu, kita gila ber-YM, lepas tu dah advance sikit, layan Friendster pulak, then Myspace, lepastu meluahkan perasaan di BLOGGER, Luth takkan tinggal dunia ber-blog dan kini Luth nak mencuba menjadi penyampai radio pulak. Sebenarnya, memang cita-cita Luth untuk menjadi Dj (impian.. hihi) oleh disebabkan Luth neh banyak cakap sangat. Mak Luth yang cakap macam tu. Ni kira mimpi menjadi kenyataan ar lebih kurang! ahaks..

Diharap rakan semua akan memberikan sokongan kepada radio DesaFM dan Luth semasa meng-onlinekan diri.. DesaFM, Muzik Anda, Muzik Kami!

Sunday, January 04, 2009

Perhatian!

Terima kasih kepada Cik Zahirah kita kerana memberitau kat Luth satu benda neh.. Korang perasan tak link blog Luth?


Pastikan anda masuk ke blog Luth dengan menggunakan url www.luthtextile.com.


Hal ini terjadi kerana ada orang telah menciplak url blog ni seperti disini http://www.luthtextile.blogpsot.com/

 
 
Luth tak guna domain BLOGSPOT lagi.. Tapi address tuh blogpsot.com/
 
Sapa la yang punya kerja nih??

Tuesday, November 25, 2008