Friday, November 07, 2008

Bermula Esok..

Alo suma.. Posting kali nih, Luth nak intro kepada semua kawan - kawan, esok berlangsungnya majlis akad nikah abang sulung Luth, Mohd Shukri, 33 dengan calon Isterinya, Nurul Huda, 30 di Changkat Ibol, Changkat Jering Perak Darul Ridzuan. 

Majilis akad nikah mereka akan berlangsung selepas Solat Asar. So, esok Luth dan keluarga akan bertolak ke Changkat Ibol. Tak jauh sebenarnya Changkat Ibol dengan Bukit Mertajam. Tak silap Luth, dalam 1 1/2 jam perjalanan menaiki kereta roda empat dan menggunakan lebuh raya. Hehe..

Suka betul la abang Luth nak kawin. Luth baru je nak dapat Kak Ipar yang pertama. Luth dah ada seorang abang Ipar (posting lepas bersama abang ipar), yang berkahwin dengan kakak Luth, Syakirah pada tahun 2003 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sehat dan comel, Anis Aqilah. 

Bila kenduri? Erm, kenduri belah pengantin perempuan dijadualkan pada 8hb nih (hari Sabtu) dan kenduri rumah Luth dirahsiakan. So, nantikan posting yang seterusnya bila kenduri kahwin kat rumah Luth ya!

Doakan Luth dan keluarga selamat pergi dan balik serta moga - moga majlis akad nikah dan kenduri kahwin berjalan dengan lancar dan sempurna. Insyaallah!

Sekian

17 comments:

  1. Doa untuk pengantin...Semoga Allah memberkati hidup mereka berdua.

    Doa untuk Luth...Semoga selamat pergi dan kembali.

    ReplyDelete
  2. tahniah luth. tahniah juga abang luth yang akan memulakan kehidupan berumahtangga. semoga mendapat kebahagiaan dan redha Allah dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Ingat kau yang mau kawin Luth...

    hehehe~

    selamat pengantin baru pd abg kau yer?

    ReplyDelete
  4. oh..ingatkan luth yg nak kawin tadi.. pe pun tahniah dapat kakak ipar ya..

    ReplyDelete
  5. Mekasih jengah blog aku... perghh nengok nama ko gerun plak aku rasa...

    Salam kenal2an

    ReplyDelete
  6. luth..xjumput aku pon..hikhik. 'selamat pengantin baru',,semoga hari tu berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan..
    selamat pengantin baru pd abg ko..semoga kekal bahagia ke anak cucu

    ReplyDelete
  8. selamat pengantin baru untuk abg luth...heheheh

    jln lekl0k k..taking care!

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru buat abg sulung ko..

    selamat pergi dan balik...

    jangan lupa buat liputan majlis perkahwinan tu.

    :)

    ReplyDelete
  10. aiyark... luth... Kreuger ingat
    hang yang nak kawin dan tengah buat preparation
    untuk majlis perkahwinan... baru jer aku nak
    ucap tahniah tadik...

    Wel... abg hang laa nak kawen ni?? Sampaikan
    ucapan tahniah aku kat die ok..

    Hang bila plak cek nak kawin??? Tak teringin ker?

    Ke hang dah kawin... aku tak klebek laa plak
    profile hang... sori no~

    Kreuger®

    ReplyDelete
  11. salam...
    whuaa TAHNIAH buat ABG LUTH...
    semoga tuah abg tu pindah kat LUTH lak.. wewiiittt

    ReplyDelete
  12. Kak Tirana -
    Nanti Luth akan sampaikan yer..
    Thnks.. harini pegi, esok pon ada 2nd round lg..

    Kak Chik -
    Luth tak kawen lagi kak.. Hehehe..
    tumpang bahagia ja..

    ReplyDelete
  13. saya mewakili diri saya sendiri & kembar saya ( cik neo ) ingin mengucapkan samat ari sabtu , samat hari ahad , samat hari2 lh erk utk luth sahayana ...

    samat penganten baru utk bro kpd luth sahayana yg nakal nih ...

    saya bg pihak neo gak ingin mengatakan bahawa km x dpt dtg ke majlis t'sebut krn hal2 yg x dpt d'elakkn ... tp klu luth sahayana kawen , kompem km dtg ... hehehe ...

    poyo nk mampos lak ri nih ... :)

    ReplyDelete
  14. gurau2 sudey ...
    klu x leh gurau ...
    dok dlm surau ...
    hikhikhik

    ReplyDelete