Tuesday, January 13, 2009

02 - Boring tetap boring!

Assalamualaikum..
Boring! Dah lepas pun hari kedua praktikal hari ni. Untuk hari kedua, Luth sudah diberikan kad pekerja Penfabric dan diberi elaun makan sebanyak RM30. Kira nanti bila makan, just touch and go saja, tak payah la nak guna cash. Kena habiskan elaun makan tu, kalau tak habis, kredit dalam tu tak akan dibawa ke bulan hadapan, baki akan "burn" macam tu saja.

Ok, kemudian kami dibawa ke Mechanical Department dibawak seliaan Mr John yang sporting. Kami diperkenalkan oleh staff-staff yang friendly. Malu jugak sebenarnya nak tegur - menegur ni, tapi Luth dengan selamber badak kena la jugak bersosial dengan depa, bukannya nak hidup kat situ satu dua hari, enam bulan woo..

Setelah selesan briefing dengan staff Mekanikal, kami dibawa diruang kerja mereka. Ruang kerja yang amat luas dan penuh dengan peralatan yang 'hebat'. Salah seorang pekerja senior, Ah Lu, dia kata "Lu kalau kerja sini ha, satu dua tahun lepastu cabut pi kilang lain, mesti kilang baru tu mau ambik dia. sebab sini kerja banyak teruk" Ehem, kerja di kilang ni memang teruk, nak maintan banyak department dengan mesin yang besaq gedabak. Takut jugak.

Luth dan Azizi dijaga oleh dua orang dalam bdang berlainan. Esok, Luth akan mula bekerja dibawah seliaan Jana (laki ok, India punya orang) dibengkel AutoCad dan Azizi dibawa ke bengkel. Luth tak kisah nak diberikan apa saja kerja. Rilex je..

Lepas je makan, kami dibawa ke kawasan "Bleaching" oleh Bro Khairani dan ditunjuk ajar bagaimana nak tukar Rolling Stick. Aduhai, kalau boleh bawa kamera, dah belambak gambar akan Luth display kat sini. Di department Bleaching, risikonya amat tinggi kerana penggunaan bahan kimia disana amat tinggi.

Luth tak ingat nama bahan kimia tersebut, tapi apa yang penting, habuk daripada bahan tersebut mesti dielakkan daripada terkena mata ataupun dihidu. Bahaya, kalau kena mata, akan terasa sakit seperti ditusuk jarum. Eee.. Takut.. Bahan tersebut digunakan untuk mengembangkan kain. Huish.. Air basuhan bahan tu jangan dikenakan kepada kulit, lama kelamaan, kulit akan menghakis seperti terkena air panas!

Kemudian, kami dibawa oleh bro Fairuz membaiki waterpump di kawasan yang sama. Pam air tersebut lambat berfungsi dan perlu diselerenggara untul meningkatkan prestasinya. Kali ini, kami hanya ditunjuk ajar bagaimana untuk membaiki alat tersebut. Bermula dari pukul 230ptg hingga masa balik, 530ptg, kami berdua hanya menjadi "penyibuk" dan "jadi tokong" dalam ruang kerja Mekanikal. Aduhai.. Letih siott..

P/s: harap-harap esok tak jadi tunggui lagi..

14 comments:

  1. stendet la,
    baru setart LI memang cam tunggui..
    lelama bizi la..

    ReplyDelete
  2. ala bro, bukan slalu nak menongkoi..ehehehe

    ReplyDelete
  3. hoho. ok le. ade pengalaman kt industri da. nti ko lak kne kje ctu. haha

    ReplyDelete
  4. aduyai...

    hati2 tau Luth...

    mesti bahan2 leaching and ntah pape tu....

    ReplyDelete
  5. sabaq itu separuh dari iman...luth kena lah byk sabo kan..hehe...tidakkkk!!!! akak mmg jelezz sangat tak dapat join luth n krill aritu..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. baru2 memang gitu luth.. nnti dah lama skit baru tau.. sibuk ke tak.. apa pun bwak bersabaq no

    ReplyDelete
  7. alahai.. byk bersabr la luth! gud luck la.. do ur best k?

    ReplyDelete
  8. Salam.. alalla.. ciannya c Luth.. jaga diri n hati2 dekat sana..
    sabar jer.. nanti2 tunggul2.. pun akan d perlukan jg.. sabar jak k...
    hehhe...
    oci doakan luth hapy sokmo jak praktikal kat c tu..
    chayok2..

    ReplyDelete
  9. pemerhati pun lotih gak... hahaha.

    nanti ko kerja rasa ler keletihan sejati lak.. hehehe

    ReplyDelete
  10. sabar la luth. memula jek bosan2. nnti dah nak lama wat prak baru la nak happening2. hehe

    ReplyDelete
  11. wuiii..
    mewah jer duit makannyer..
    hati2 wei..
    cam bhya jer..

    ReplyDelete