Saturday, January 17, 2009

Aduhai...

Aduhai... Kesedihannya berlaku kepada diriku ini kerana ditimpa satu musibah yang datang dariNya..
Pastinya, musibah yang menimpa diriku itu berlaku akibat kecuaian diriku sendiri. Oh.. Ini salah satu pengajaran untuk diriku.. 

Hari Khamis yang lalu, kereta yang dipandu oleh Luth berasap.. Berasap apa? Berasap bonet depan.. Malu siootttt.. Luth tak perhati temperature level dekat meter kete tuh.. SO, kereta tu overhead dan berasap ditengah jalan!

Kejadian ini berlaku di lampu isyarat dihadapan kampus UiTM Permatang Pauh! Masa tu, Luth berada dibarisan hadapan di line belah kanan. Luth berhenti kerana lampu merah dah menyala.

Then, Luth perhati ada asap keluar dari bonet hadapan kereta dan dah bau macam minyak terbakar!! Aduii.. Macam mana nih, lampu merah lagii.. Luth dengan selamber badak, tak bagi apa - apa isyarat yang bergerak dihadapan "melanggar" lampu isyarat tu..

Kebetulan, giliran trafik yang bergerak adalah daripada pintu keluar UiTM, dan motorsikal yang nampak kereta Luth yang berasap tu berhenti nak melintas dan terus memberikan laluan kepada Luth. Aduiii.. Malunya.. Cepat - cepat Luth berhenti depan sikit dan berhenti terus buka bonet!

Tudiaa.. Asap berkepul- kepul keluar!! Adui, dah kecut perut.. Sebab ini merupakan kali pertama Luth mengguna kereta, sebelum ni naik moto. So, tak tau la bab - bab kereta ni (baru nak belajaq) hihi..

Luth terus "cergas" ke gerai makcik yang menjual air tebu berdekatan dan meminta air. Anak - anak makcik tu ikut Luth ambik air, siap tunjuk lagi tu lokasi paip dirumah depa.. Luth pakai botol kecik je nak isi air dalam radiator. Botol air mineral 500ml. Adui.. Nasib la ada towel Luth kat dalam kereta, boleh buat lapik nak bukak penutup radiator..

Asap keluar dari radiator dan air dalam tu kering mengelegak! Anak makcik tadi terkejut tengok dan depa terpegun! "Wah" jerit budak - budak tu.. Dalam kepala otak, Luth dok fikir, abes la aku.. Abes la.. Baru nak senang naik keta, dah jadik macam neh..

So, dengan pengetahuan yang "Zero" pasal tu, Luth terus menuang air dalam radiator yang panas dan tersembur wap air melalui muncung radiator. Huhu, budak-budak tadi terpegun dan sebut "hebat" dan mintak suruh Luth buat lagi.. Tudia aih depa neh.. Pelik.. Orang tengah susah hati, depa leh macamtu pulak.. adui..

I make a call to my mum to inform dan dia risau. Tula, kalau tak bagi tau kat mak, nanti dia tunggu pulak. Masa tu dah nak dekat pukul 7. Langit dah beransur gelap. Adui.. Lepas je Luth buat trip mengisi air sebanyak 3 kali, Luth start kereta dan terus melulu ke bengkel yang berdekatan.

Syukur, bengkel tu bukak lagi. Sampai - sampai je bengkel tu, bukak bonet dan terus bukak penutup radiator. Kain ditekup diatas radiator tersebut. Mak call, tanya boleh balik ke tak dan Luth kata boleh kot. Kemudian, Daddy Cool pulak call.. Aduhai, masa ni hang kol....

Kurang ajar jugak pomen kereta tu. suka - suka hati declair kereta Luth tak boleh jalan la, rosakla, ini la , itu la.. Suruh overhaul la.. Luth tau, berasap tu masalah air kering je.. Adui.. Ni la masalah orang Melayu, malas nak tulis, korang pk jela k.. Dia suruh letak kete kat bengkel dia.. Dia pandang Luth neh tak tau apa, dan mudah ditipu. Luth berkeras dan nak balik jugak lepas enjin sejuk 15minit lepas tu.

Dia akur, dan bagi kad bisnes dia kat Luth, kalau ada apa -apa call la.. Sori la boss, sekali hang buat macam ni kat aku, dah mula nak menipu, sampai bila-bila aku takkan pegi bengkel hang.. Luth selamat sampai kerumah, 10minit kemudian.. Aduhai...

So, kepada hampa semua, cek ur car before drive! Bahaya!

Punca: Penutup radiator tak tutup dengan rapat dan menyebabkan air didalam menjadi wap dan terbebas diluar.  

18 comments:

  1. cian yer hg...
    tp pndai gk hg amek p'hatian bdk2 tu..hahaha

    seb baek hg x kna tipu...
    klu x melayang fuluss hg..baek hg blnje aku mkn pon xpa

    ReplyDelete
  2. apa la incik luth..
    kasi la enjin sojuk dulu baru bukak penutup tue.. bahaya woo~ kene muke melecur la incik..

    ReplyDelete
  3. panjang siot..

    yang aku sempat bace kete ko berasap jee hahahah

    semuga kete ko cepat2 semboh k

    ReplyDelete
  4. kalo kene kat along nie sure gabra taktau nak buat pe..
    hukhukhuk..

    ReplyDelete
  5. wah..ade asap kepul2..
    patot aa bdk2 teruja..
    takpela patutnye luth pun dok sme teruje cm dorg..
    tadek aa luth sush ati..
    ekekekeke..

    ReplyDelete
  6. luth!

    overheat lah!!!

    bukan overhead!!!

    hang bagi aku terkejut plak!

    hahaha

    awat lama tak mai cabaikering..?

    ReplyDelete
  7. Lenkali, berhati2 ye....

    Klu terjadi kpd akak...tak tau kalut cam ne.... :(

    ReplyDelete
  8. betul ckp encik alien. tunggu sejuk dulu, baru letak air. nanti rosak.

    tunggu 4 jam, baru letak air

    ReplyDelete
  9. haha
    bebeduk 2 ngat luth david blaine
    ttbe asp nek kepui2
    kehkeh

    ReplyDelete
  10. dik luth
    awat tak cek air dulu nih
    huhuhu..
    sabaq jer la budak sorang nih

    akak pun esok nak pi keja
    pagi2 nak kena cek air dalam radiator dulu

    kang berasap lak kat Putrajaya nanti

    hehhehe

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  11. woooo... beshnyer dpt adiah for birthday.. Epi belated burfday
    !!

    ReplyDelete
  12. mcm tu nak buat bisnes? memang ler org x nak datang lg.

    ReplyDelete
  13. wahh best nyer dapat hadiah.,happy bestday.., :P

    ReplyDelete
  14. kesaian kt ko wei..tapi bagus la x kesian kali kedua, kalo x msti kna tipu..tahniah..sedih dgn Melayu ni..kite nk tolong org Islam..die buat cmni..

    ak pon kna blaja lg ttg keta..bwk pon x pandai lg, hehe..

    ReplyDelete