Saturday, January 10, 2009

'Bagi balik ginjal saya'

NEW YORK - Seorang doktor di New York, Dr. Richard Batista mahu isterinya memulangkan semula ginjalnya yang diberikan kepada wanita berkenaan atau membayar pampasan berjumlah AS$1.5 juta (RM5.3 juta).

Bapa kepada tiga anak itu mendermakan satu organ tersebut kepada isterinya, Dawnell Batista pada 2001 apabila wanita berkenaan mengalami kegagalan buah pinggang.

"Dia isteri saya. Sudah tentu keutamaan saya untuk menyelamatkan nyawanya dan masa depan anak di samping mengekalkan keharmonian rumahtangga kami," kata doktor berusia 49 tahun itu.

Namun, Batista merasakan pengorbanannya selama ini tidak berbaloi apabila isterinya memfailkan perceraian empat tahun lalu dan dia mengesyaki wanita itu bermain kayu tiga.

Dalam satu kenyataan media minggu ini, doktor tersebut menyatakan dia menyaman isterinya kerana tidak dibenarkan menemui tiga anak mereka yang berusia 8, 11 dan 14 tahun.

Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan Amerika Syarikat memberitahu, saman tersebut tidak beretika selain bertentangan dengan undang-undang negara itu. - Agensi

Sumber : KOSMO

KOMEN LUTH:
Kalau betul - betul bini dia main kayu tiga, berbaloi dia mintak balik buah pinggang dia.. Kalau bini dia tak buat benda lagu tu, laki tu memang betul - betul berkira!

8 comments:

  1. huhu
    org mcm ni pn ade ke..

    #ntah arr, psl ni ko kena tny org yg xpert sbb ako x bt tngga umah ag

    ReplyDelete
  2. ish2x... x baik arr mcm ni...
    dah kasi.. mn leh amik balik...
    huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha. lawak betul. macam budak budak pun ada. uhu

    ReplyDelete
  4. org dah marah camnila kan..
    wife dia pun tak pikir panjang la tu..org dah bagi ginjal buat2 tak ingat hehe

    ReplyDelete
  5. adeh!

    boleh lak mintak balik...GINJAL tuuu! huhu

    ReplyDelete
  6. entah saper yg salah... kalau bini dia salah memang x kenang budi langsung

    ReplyDelete