Sunday, January 04, 2009

Gawat Oh Gawat!

 
Masuk je bulan Januari 2009, banyak dah benda dan perkara buruk berlaku disekitar kita amnya dan didunia khasnya. Luth bukannya mengaji dalam bidang ekonomi ataupun perniagaan, tak tau sangat pasal ekonomi nih. 

Kesian la kepada kilang - kilang elektronik kerana terpaksa mengurangkan jumlah pengeluaran produk mereka dan yang paling kesian lagi, kepada pekerja kilang yang terpaksa diberhentikan oleh majikan mereka setelah berbelas tahun berkhidmat.

Ya Allah, macam mana la depa nak bagi anak bini makan? Sebelum ni kerja elok - elok, tiba tiba saja nak kena berhenti. Jiran sebelah rumah Luth, dan dua - tiga orang sudah diberhentikan kerja oleh majikan masing - masing kerana tempias kegawatan ekonomi.

Mereka diberikan cuti dengan gaji sejak sebelum Krismas lagi dan masih lagi tidak bekerja sehingga sekarang. Salah seorang daripada mereka sudah menerima surat pemecatan dan ramai diantaranya masih lagi ragu - ragu status mereka.

Kesianla kat kakak sebelah rumah Luth, laki bini kerja kilang dan dia dah diberhentikan kerja dua hari lepas. Nasib baik si suami dia tak kena berhenti kerja. Alhamdulillah la. Tapi, bagi orang yang biasa kerja dan pegang duit sendiri, mesti dia akan cepat bosan dirumah dan ingin kerja bukan? Itulah yang terjadi kepada mereka.

Tak silap Luth, bukan sahaja operator pengeluaran yang diberhentikan kerja, dengar kata, jurutera, dan juruteknik juga ada diberhentikan! Macam mana Luth nak praktikal nanti? Mungkin kesan daripada kegawatan ekonomi ni berlaku kepada syarikat berasaskan elektonik, syarikat tempat Luth praktikal bukannya syarikat elektronik, Luth kerja kilang kain!

Jika ada silap dan salah, minta diperbetulkan ya!

13 comments:

  1. sama dengan cousin aku...

    nama jer engineer kat kilang...gaji memang la best...

    skang nih tengah berehat kat rumah..kilangnya sedang merendahkan pengeluaran~

    ReplyDelete
  2. salam.. wawaw... ciannya kan..
    ermm nakut lak kalo kena btg hidung sndiri.. dah la ni baru nak duk praktikal...
    kerja apatah lagi..aiiiiiiii...

    p/s- Ochie mana da kawin g.. :P

    ReplyDelete
  3. risau kan, sangat risau, cane la nak cari keje nanti, mesti susah:(

    ReplyDelete
  4. saya ada dengar pasal ni. saya dengar ada kilang besar yang nak pecat pekeja. padahal, itu kilang sungguh besar dan berjenama.

    ReplyDelete
  5. ntah aar x tau nk komen apa2
    sbb x kna kt dri sdi...

    tp d sbb maslh dunia..
    org len dpt mslh

    #btul x apa yg aku kata..klu slh tlg p'btulkan

    ReplyDelete
  6. post ini menyayat hati dan menakutkan. sye jg tgh risau...

    susah ati.

    ReplyDelete
  7. Salam..

    aper nak buat luth oii..dah roper itu cerita nyer..layan jer...heheh..nk tanya sikit..macam mana nk guna domain .com mcm luth buat tue..kena bayar ker..

    ReplyDelete
  8. harap2nya benda ni temporary je..bila ekonomi dah ok balik diorang ambik balik org yg diorang berhentikan tu..

    mmg ekonomi dunia teruk skrg ni..sykt international esp kilang2 mmg terkena la tempiasnya

    tapi kesianla sesapa yg kena berhenti tu kan..kena start cari alternative lain la

    ReplyDelete
  9. betul tuh luth,2009 taon gawat..rmai economist da gtao awal2..ibu *secret gtao kne aa jimat2 skang..uish..sgt menakotkan begini!

    ReplyDelete
  10. kami kat UK nie yg rasa dulu...so bersedialah..berjimat cermat

    marilah kita sama-sama membantah peperangan...copy the URL poster in your blog
    http://farm4.static.flickr.com/3108/3162321299_8c048f54e4_m.jpg

    PAKLAN
    http://papan9.blogspot.com/
    http://jalakmas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. memang setiap celah industri kene efek masalah ekonomi ni. tu la akibat malaysia yg masih lg menggunakan mata wang dollar amerika. diorang amerika da bankrupt lame da. duit USD lme x wujud cuma diorg berusniaga guna penjualan bon2 in bank. bahaya la. kalau satu dunia boikot USD, mmg sekarang papa kedana. sian org2 kt mesia. x pasai kene tempias diorg

    ReplyDelete
  12. hi luth,
    one thing for sure, untuk pasangan yg dah berkahwin kalau boleh elakkanlah bekerja di tempat kerja yg sama sebab bila gawat dan dua-dua tak kerja memang tragik.

    ReplyDelete