Sunday, January 25, 2009

Jalan Jalan KB : Sampai Juga Akhirnya

Salam semua.. Ini merupakan kali pertama Luth sampai ke Kota Baharu, Kelantan.. Huhu.. Malu betul.. Umur 20 tahun, baru nak sampai ke negeri Kelantan neh.. Actually, dah banyak kali Luth dan keluarga nak ke Kelantan, tapi, bila plan je, Luth mesti tak dapat join. Itu ini tak kena.. So, ni la 1st time Luth kat Bandaraya Islam nih..

Suasana di bandar KB tak se-sesak kota Georgetown  dan semeriah kota Alor Setar ibu negeri Kedah. Lain tempat lainlah cara mereka. Bagaimanapun, Alhamdulillah diucapkan. Syukur dilimpah kepada tuhan kerana dia memberikan peluang kepada Luth mengembara dinegeri orang.

Suasana baru.. 1st time driving ke Kelantan melalui jalan Baling - Gerik - Jeli dan itu merupakan pengalaman yang indah. Huhu.. Kami bertolak dari Bukit Mertajam pada jam 3 lebih dan sampai ke KB pada jam 8 malam.Sebenarnya, target kami untuk sampai ke KB dalam jam 6. Tapi, ekoran hujan yang lebat dan renyai - renyai di sepanjang perjalanan dari Gerik menyebabkan kami tak dapat memandu dengan laju.

Huhu.. Hebatnya keta PAY Fuad! Hanya memerlukan Rm35 untuk sampai ke KB! Hahhaa.. Padanlah, RM50 untuk memenuhkan tangki minyak Charade nya itu!


Kami bermalam sebanyak tiga malam di Hotel Nora Baru, bersebelahan KB Mall. Murah betul bayaran untuk 3 malam. Hanya Rm95.. Murah kan? Dengan hotel yang terletak di tengah - tengah bandar KB, senanglah Luth nak ronda - ronda..

Sekarang ni Luth meng-onlinekan diri di Mamak Spicy Specials, berhadapan dengan Wisma Ibrahim. Disini saja je la yang ada Wifi dan selesa. Tak mau la masuk KB Mall yang sesak dan crowded tuh.

Ehem.. Sampai je di KB Mall semalam, pakcik yang jaga parking tanya. "Korang dari Mana?" so.. Kami jawap kami dari Penang. "Kalu nak makan roti canai, tu kat hujung tu *sambil menunjukkan jarinya ke sebuah kedai yang bernyala* " hahaha.. Tau tau je pakcik neh.. Kami memang nak cari kedai mamak. Sebab selalunyam , kedai mamak je yang ada Wifi free..

Japg rasanya nak berjumpa dengan DJ Fairuz, penerbit di Desa FM! Ok.. Next posting k!!

**Aku nazak tanpa Internet
***Sephiaku, sabarlah syg..

8 comments:

  1. ihik..cayalah luth..blogger tegar gitu..kak yan pun kalau x on9 sehari rasa bengong dh..huahuahua..

    ReplyDelete
  2. tanda blogger tegar; carik wifi dimana-mana saje. huks

    luth da jpe tmpt sewa kete?

    ReplyDelete
  3. wehh..hg snap nmpk meter parking...
    aspl mcm familiar jerr
    hmmm

    ReplyDelete
  4. bila agak nya dapat sampai ke sana ya...belum pernah samapai ke pantai timur...kira ni percutian baget laaa

    ReplyDelete
  5. salam LUTH....
    kak dilla pakai NIKON:-)

    kelantan ni best
    kalau pi pasar siti khadijah tu view shuntek skali

    ReplyDelete