Friday, January 30, 2009

Oh Sephia

Petang Rabu, 28hb Januari yang lepas, Luth ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Cik Sephia. Sebenarnya, Luth berjanji nak berjumpa pada petang Selasa selepas balik daripada Kelantan. Oleh sebab dah lewat sampai ke rumah, Sephia pun sibuk sikit petang Selasa lepas, kami berjanji nak berjumpa pada hari Rabu.

Mau tak mau, Luth terpaksa pergi berjumpa dengan Sephia kerana masa pengebumian bapa Sephia pada hari Isnin yang lalu, Luth berada di Kelantan dan tak dapat menghadiri majlis tersebut. Maaf Sephia. Harap kau faham.

Dari riak wajah Sephia, aku tau bertapa sedihnya diri dia atas pemergian bapa dia. Tapi, sebagai seorang muslim yang beriman, kita kena pasrah dengan apa yang telah dirancang oleh-nya. Ingat, i'll always with you.

Entry yang seterusnya akan dipublish pada hari Sabtu dan blog ini akan kembali seperti biasa pada hari Ahad, 31 Januari 2008.

10 comments: