Tuesday, February 24, 2009

Gathering + Hadiah = Terima Kasih!

Sebenarnya, dah lama Luth nak posting pasal TERIMA KASIH neh..dok tangguh - tangguh je.. Bulan Febuari ni merupakan bulan yang agak sedih untuk Luth. Sapa yang turut bersedih, sila angkat tangan masing - masing k?

Bulan Febuari juga merupakan "bulan rahmat" kerana banyak hadiah Luth dapat pada bulan neh. Alhamdulillah, murah rezeki, orang kata kan? Hehe..

First sekali, terima kasih la banyak - banyak kepada "Bloggers Jelita 2008" , iaitu Miss Ixora kerana memberi hadiah kepada Luth. Ehem, hadiah tu bukannya hadiah sesaje tau.Luth dah berjaya menjadi pemenang dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh blog GREENPARK. Apa dia hadiahnya? Jom tengok dibawah!

Kak Ixora ada bagi  kad ucapan..Cantik tulisan akak eh.. Luth takmo share dengan hampa semua, sebab kad tu khas untuk Luth saje. Haha. Jangan jeles!

Selepas Luth dapat hadiah dari Kak Ixora, Luth dapat satu SMS daripada Bloggers Penang kita, iaitu Kak Intan USM yang baru saja balik dari Bandung. Wah wah, orang kaya tu. Syok la dapat pegi Bandung dengan free. Luth taktau la bila nak pegi sana. Naik kapalterbang pon tak pernah lagi.

Luth sebenarnya kirim orang gaji kat Kak Intan, tapi dia lupa nak bawak balik Malaysia. Sebabnya, banyak sangat barang yang dia shopping. Kami jumpa pada hari Sabtu lepas, bersama - sama dengan Khairil. Satu lagi, Kak Intan ada bawak kawan dia, iaitu Cik Elysa. Cun giler anak mami tu. Berkenan Luth, macam model, pelakon, pragawati, pramugari. dot dot dot.  Nasib baik Cik Elysa kita tu baru je bertunang. Kalau tak, Luth sambar dulu la.. (gatai)

Nak tengok hadiah dari Bandung? Ha.. Ada kat bawah neh..

Tudia, dapat T-shirt so, dan benda - benda kecik tu dua butir. Luth amek kaler Koko dan Khairil amek kaler Kelabu. Dua dua cun. Thankx ya kak, sebab sudi bagi buah hati tangan dari Bandung! Kalo hampa nak hadiah juga, boleh pegi blog Kak Intan kat sini.

Lepas je balik dari Penang, Esoknya (Ahad) ada seorang bloggers call Luth. Siap 3G lagi. Beliau adalah abang Zieman50 a.k.a Penggemar Sukan. Terkejut Luth Abang Zieman call Luth petang Ahad tu, dia ajak makan - makan. Haha, kebetulan pulak masa tu Luth memang tengah bosan, then kami keluar la!

Abang Zieman ajak pegi makan Char Kuey Teow di Sungai Dua. Femes woo Char Kuey Teow Sg. Dua (Seberang) ramai orang makan kat situ. Walaupun Luth duduk di Bukit Mertajam dah nak masuk tujuh tahun, ni merupakan kali pertama Luth makan kat situ :P


kami tak ambil gambar berdua, hehe
Abang Zieman datang ambil Luth dirumah, rumah kami dekat saja. Abang Zieman merupakan salah seorang daripada Bloggers Penang. Walaupun kami tak rapat, tapi Abang Zieman amat mesra dan senang masuk kepala. Tambah pulak Luth neh banyak mulut. Haha.

Abang Zieman juga merupakan salah seorang pendengar setia DesaFM dan selalu merequest lagu dan mengirimkan ucapan semasa Luth bertugas di DesaFM. Terima kasih eh kerana setia bersama DesaFM. Nanti abang, lain kali kita pegi makan dekat tempat lain pulak.

Thankx all, kerana sudi memberikan hadiah dan berjumpa dengan Luth. Luth amat menghargainya!

13 comments:

  1. wahh
    mayak org sayang dkt kamo
    huhu...
    ada sdikit unsur jeles

    ReplyDelete
  2. Terharu baca post ni....thanks ya!

    "Mmg ramai yang sayangkan Luth..."

    ReplyDelete
  3. Alahai Luth...

    Hadiah hang nih sudah disiap bungkus...nak mengahntar belum sempat lagi..

    Tunggu jap lagi yer Luth?

    ReplyDelete
  4. Owh..Jambu jeles...

    Camtu aku mesti hantar dengan cepat...

    Biar dia lagi jeles...hahaha..

    Eh Luth..aku jua ada blog BM~

    ReplyDelete
  5. dalam sedih ada gembira...tuhan sentiasa adil dalam memberi nikmatnya..dia uji sedikit dengan kesedihan dan dia hadiahkan kegembiraan..Akak adalah antara ribuan bloggers yg rasa suka dan gembira bila lihat adik akak,luth kembali ceria..akak sentiasa doakan adik..walaupun sebenarnya,siapalah akak dalam kehidupan adik...ok adik..jaga diri..sayang adik!!..mungkin akak tak punya apa2 untuk dihadiahkan,tapi doa akak sentiasa mengiringi diri adik....take care..wassalam..

    ReplyDelete
  6. thankx kak jue..
    Luth amat hargai doa dan pesanan dari akak..

    terima kasih kerana menjadi kak Luth dialam blog =)

    ReplyDelete
  7. Luth!! nak mai indon yer? next year akak nak gi sana lagi..akak bawak balik sowang kat luth ya!!!

    nama kawan akak yg cun tu bukan cik elysa la..nama dia cik eyza...huhuhu..cun kan..sib baik dah tunang...huhuhu

    ReplyDelete
  8. wah..bestnya dpt hadiah dan dpt org belanja lagi.. akak pun nak ucapkan terima kasih kat luth sebab beri hadiah poskad tu kat akak.. akak ada buat n3 pasal tu..

    ReplyDelete
  9. Tahniah luth. Banyak dapat hadiah. Rezeki dtg bergolek. KakChik rasa sebab luth pandai berkawan tu yg ramai org nak bagi hadiah tu.

    ReplyDelete