Sapa dia "seseorang" tu? Ehem, dia tu ialah Cik Sephia Luth la. Anda dah tau kan, Bapa Cik Sephia baru saja meninggalkan dia dan keluarga buat selama-lamanya 25hb yang lepas. Baru lagi kan? Oleh sebab itu, Cik Sephia sedih dan tension.
Luth nak tulis kat sini bukanlah untuk memberitahu keaiban atau nak jadi "kepoh" share semua dengan anda, tapi niat Luth disini nak minta pendapat daripada anda semua akan situasi yang agak "tegang" sekarang ini. Apa -apa pun boleh jadi, dalam hubungan kami berdua.
Sejak bapa dia meninggal, Sephia dah banyak berubah. Sikapnya yang peramah dan periang dahulu semakin lama semakin pudar dan kini dah jadi pendiam dan slow. Itu Luth tahu, kalau seseorang kehilangan insan yang tersayang, mestila rasa sedih.
Tapi, itu bukanlah satu penyebab perubahan sikap Sephia, tapi ada lagi penyumbang perubahan sikap Sephia.
Faktor Pertama:
- Tekanan Kuat daripada mak sendiri.
Luth ada nasihatkan Sephia, walau apa sekalipun mak dia kata, dia tu mak dia dan dia kena tahan jugak dalam apa cara sekalipun. Tapi, dia kata, dah berpuluh - puluh kawan menasihati dia benda yang sama. Semua orang tak paham kondisi dia sekarang.
Akibat hubungan mak-sephia yang dingin, itu menyebabkan dia terasa seperti tersisih, dan sunyi. Sebelum neh, Sephia memang tak berapa rapat dengan mak dia, dia lebih rapat dengan ayah dia.
- Kehilangan Ayah tersayang
Jika Sephia meminta duit daripada maknya (Bank Islam), mesti akan banyak soalan yang ditanya, dan jarang dapat dan jika dia meminta duit daripada arwah ayahnya a.k.a Bank Negara, pasti dia akan dapat.Minta Rm10 dapat Rm50. Lumrah alam kan, macam tu.
Sephia berada didalam golongan yang agak "senang" berbanding dengan Luth yang hanya orang yang biasa dan "sederhana" dalam hidup. Kehilangan ayahnya menyumbang faktor tekanan dalam hidupnya. Selalunya, duit tak lekang ditangan, tetapi sekarang tidak lagi.
Semasa arwah ayah Sephia berada di dalam wad Hospital Pulau Pinang, lebih kurang 1 1/2 bulan yang lepas, Sephialah yang menemani arwah ayahnya dan menguruskan ayahnya berbanding dengan mak dia. Walaupun mak dia tu isteri kepada arwah ayahnya, tetapi arwah ayahnya lebih menyukai anaknya yang bongsu itu menemaninya, setiap malam.
Teringat Luth pada satu hari, pertama kali Sephia mencuci anu ayahnya ketika ayah dia berada dalam wad. Mau tak mau, dia kena lakukan juga untuk ayah dia. Malu tetap malu, tapi disebabkan sayang anak kepada ayah, perasaan itu hilang begitu sahaja.
Faktor ketiga:
- Tekanan di tempat praktikal
Adui, kesianla. Keja sampai 7 hari seminggu. Elaun yang diberikan hanya Rm5/hari ataupun rm150 sebulan. Berbaloi kah? Kalah company bagi sampai rm500, kerja teruk macam tu kira ok la juga. Tapi, rm150 sebulan, berapa sangat nilai tu. Bayangkan, punyalah berkira company hotel tu, masa ayah Sephia meninggal, dia bercuti selama seminggu. Bukannya orang jauh yang mati, ni ayah sendiri. Mestila kena cuti lama sikit.
Lepas tu, bila tengok pay silp allowance, Sephia hanya dapat beberapa puluh saja, tak silap Rm20/rm30 kerana elaun dipotong sebab cuti panjang selama seminggu. Kenapa cuti macamtu pon dia potong gaji? Bukannya saja- saja amek mc/cuti?
Jawapan yang diberikan, senang je. Kamu semua praktikal/training saja. Kalau staff, kamu boleh potong annual leave. Luth bengang dengar cerita ni masa Sephia beritahu pada Luth. Rasa macam nak pegi hentam je HR dia tu. Cilaka sangat. Dia ingat trainee ni kuli ke hapa??
Luth dah pesan kat Sephia, repot dekat lecturer, tapi dia diam. Dia senyap dan sabar saja. Dia kata itu perkara normal kalau dia nak bekerja disektor perhotelan, kelak. Luth pon takmau kata apa. Luth harapkan dia dapat bercuti dan menenangkan fikiran. Luth sedia bawak dia kemana - mana sahaja, untuk dia tenangkan fikiran dia yang kusut tu.
Faktor ke empat:
- Luth kurang memberikan masa kepada dia
Kemudian, Luth tak dapat nak melawat arwah ayah Sepghia masa nak kebumi. Masa tu Luth berada di Kelantan, teman kawan. Luth share cerita ni dengan mak Luth, mak kata, nak buat macam mana. Benda dah nak jadi. Kita bukanlah tahu orang nak mati bila. Semua tu dah jadi.
Memangla, tapi Luth berasa salah sangat - sangat. Sephia ada cerita, kawan - kawan dia dari KL sanggup turun Penang semata - mata nak melawat arwah ayah dia. Luth diam je. Dia macam point salah Luth pada hari tu. Luth benar - benar rasa bersalah.
Sekarang, hubungan kami dah tak macam dulu. Luth tau, dia masih bersedih lagi dan masih baru lagi ayah dia tinggalkan dia. Tapi, Luth takut dia akan buat perkara - perkara yang bukan bukan. Biasala, orang tekanan ni kepala otak buntu dan serabut. Dalam otak, kira nak buat perkara yang dapat menghilangkan tekanan/.tension saja.
Kawan - kawan yang berada disampingnya Luth tak percaya sedikit pon, sebab depa ada yang teruk dari dia. Luth takut, nanti dia akan buat perkara macam tu. Tapi tadi, Luth dah pesan kat dia. Jangan buat benda bukan - bukan. Sayangla diri sendiri.
Tak sayangkan Luth takpa, tapi sayangla diri tu. Apa apa boleh jadi. Tambah tambah, dia berada di Penang. Macam macam ada disana.
For all, pls give ur advice. I only have u all guys :'(
Kesian kat cik sephia.. begitulah lumrah kehidupan, adakalanya kita diuji dgn ujian yang kita rasakan menekan kita dari segenap sudut hingga menyebabkan kita bengang dan hilang selera makan. Tapi Allah tidak menurunkan UJIAN kepada kita melainkan yang kita mampu menghadapinya. Kak Tirana percaya cik sephia mampu menghadapinya walaupun dia merasakan tekanan yang terlalu kuat sekarang. InsyaAllah dia mampu. Luth sebagai seorang kawan wajar memberi semangat pd dia. Motivasi dalaman itu boleh jadi lebih berkesan sekiranya ia dibantu oleh motivasi luaran. Dalam apa keadaan, jangan tinggalkan dia dalam situasi yang sekarang ini. Luth sendiri kena kuat dan sabar menghadapi kerenah orang yang menghadapi tekanan. Jangan rasa marah atau kecil hati kerana sikap dan perubahan pada diri cik sephia. Sentiasa berhubung dengan dia untuk memberi kata-kata semangat dan mengajak dia berfikir. Akhir sekali banyakkan berdo'a dan solat tahajjud. Itu akan memberi ketenangan jiwa, insyaAllah.
ReplyDeleteThankx kak tirana 4 the advice..
ReplyDeleteSolat dan berdoa membuatkan kita akan berasa tenang..
biasa la..
ReplyDeletedie tgh terasa LOST ..
bg masa kat die..
Btui kata Cik Tirana tu luth, even kita baru knai..tapi aku rasa macam kamceng dengan hang..then, bila hang kena camni, aku pun terasa gak..
ReplyDelete"Jangan rasa marah atau kecil hati kerana sikap dan perubahan pada diri cik sephia."
Yang ni aku paling setuju luth, sebab memang susah bila kena situasi camni. So, sebagai seorang sahabat, aku harap hang jangan 'sensitif' sangat dan cuba bagi dia kuat balik tapi jangan terlalu mendesak.
Assalamualaikum.....
ReplyDeletePertama sekali pada saudara luth,saya mohon maaf kalau saya mungkin bukan sahabat pada saudara atau pada cik sephia..saya cuma menumpang disini..saya dapat tau masalah saudara luth pn dalam bloggers penang sebab saya salah seorang dari ahli laaa..ok,ini pendapat saya,bagi saya pemergian ayahda cik sephia tu blm sampai pn satu bulan lagi kann..jadi suda lumrah dia sebagai manusia dari kaum hawa utuk kembali seperti sediakala,ini kerana kaum hawa memiliki sesuatu yg pada dasarnya kaum adam nie tk dapat nak menandinginya iatu hati yang lembut. jadi,ringkasnya apabila cik sephia sudah kehilangan satu pegangan yang selama ini menjadi tempat utama dia bergantung & orang yang dia sayangi serta percayai,ia akan menjadi satu kejutan yang amat tinggi(high reflecktion)jadi..jika ini berlaku,luth sebagai antara orang yang agak baik perhubungan dengannya,harus mengambil langkah yang profesional..sebagai orang yang luth sayang la kan,cuba beri sedikit masa lagi utk dia dapat berfikir dengan waras kembali tetapi pastikan ia tidak terlepas pandang dari luth,pengorbanan ini yang akan dihargai apabila ia sudah kembali normal..tapi,ia memang terlampau menguji kesabaran kita(kaum adam) yang terkenal dengan ketidaksabaran serta kegoyahan dari hasutan atau sesuatu tekanan orang lain yang membawa kita kepada keadaan lebih rumit..tapi,jika saudara luth benar2 sayangkan cik sephia kita ni,cubalah dekatkan diri dengan Allah..berdoa,selain berusaha mencari jalan agar ia tidak terlepas pandang dari segi aspek apa yg beliau lakukan,kemana dia pergi..nasihat tu boleh,tp jangan pressure,cuba perlahan2...& nasihat jgn terlampau tekankan pada nasihat,selingkan ia dengan gurauan cthnya..cuba hiburkan hatinya dengan sesuatu cerita yang dapat ia berfikir serta dapat tersenyum...haaa,tu kena pikiaq tue?tp jangan la sampai bersangkutan dengan keluarga dia,cuba bawa dia ke dunia lain..mulakan kehidupan,berfikir bagaimana cara mahu mendirikan rumah/pondok didalam hutan hanya berbekalkan kapak??? seterusnya,cuba cik luth jejak kawan2 dia yang paling rapat selain dari keluarga dia.cuba minta mereka sama2 membantu utk menasihatinya,tp harus diingat..jagn pressure! jika keadaan masih belum berubah,cuba jmpa pakar2 motivasi..cuba minta bantuan & nasihat dari Dr.Danial... mungkin dia dapat memberikan idea yg lebih mudah,bernas serta genius..insya'Allah. selain tu,luth juga boleh cuba buat apa yang dia suka sangat lakukan atau inginkan..cuba laa,tp jangan sampai truk2...yg penting waktu ni,dia memang perlukan teman utk meluahkan perasaan...jadi,sebagai kwn atau selebihnya,luth kena mengambil ini sebagai satu cabaran agar luth dapat cuba menenagkan dier tk secara keseluruhan pn setengah atau suku pn dh alhamdulillah...jadi,sambil2 mencuba tu..ingat yang Allah akan membantu pada hambanya yang kuat berusaha,sabar,tidak pernah kenal erti putus asa & berdoa meminta pertolongan serta dibukakan hatinya utk kembali menyambung perjalanan kehidupan yg seharusnya diteruskan ini..... sebelum saya mengundurkan diri,saya mohon ampun serta kemaafan andai apa yang saya tulis ini menyinggung saudara luth..niat saya hanya satu,cuba utk membantu dengan memberikan pendapat..jadi,jika terasa maafkan saya..jari jemari yang menulis ini,bergerak atas dasar saudara...
oleh itu,yang baik itu datangnya dari Allah & jika ada kesilapan itu mungkin dari salah saya sendiri..ingatlah,Allah akan sentiasa menguji setiap hamba-Nya bagi melihat sejauh mana ia mampu bertahan serta dari mana sumber atau bantuan yang akan diusahakan.
wassalam....
Ikhlas dari,
Panglima Hitam
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Pulau Pinang.
me simpati ngan nasib cik sephia...kehilangan seorng ayah mmg susah nak dilupakan..apatah lagi bila kita mmg rapat sgt2 ngan ayah..mmg dia akan betuka sikap sama mcm apa tejadi kat me...mmg sikap akan berubah n akan stabil blk bila dia tenangkan n pujuk hati dia sendiri...
ReplyDeleteluth kene besaba ngah dia...dia perempuan penuh dgn emosi..so luth harus faham..n jgn pegi juah drnya coz dia perlukan someone tuk share smua masalah2 dia...kesian dia...
tp dlm masa yg sama luth kena gak nasihatkan...me pun xbrapa rapat ngan mak...tp bila smua ni jd...me sbagai anak rasa amat2 simpati sgt2 kat my mum...bayangkan, kita yg anak dah rasa kehilangan, apatah lagi isteri...kita xbole ikutkan hati kita sbb kita hanya ada mak saja kat dunia ni...so bila kita berbuat baik n faham akan mak kita, maka mak kita akan belembut hati n berbaik dgn kita ...insyaAllah mak sephia jugak akan faham sephia n dpt membantunya.....
plus luth kene ingatkan dia yg dia amat bertuah...krn berkesempatan menjaga ayahnya dikala sakit n sempat tuk meminta ampun n maaf..ada org yg lebih malang coz mydad pergi dlm sihat n me xsempat menatap jenazahnya...
apa2 pun smua akan lalui saat ni...dan kita kena redha menghadapi ujian dari Allah..
Cuba sentiada 'ada' utk dia. Jgn sesekali kondem atau menyebelahi pihak lain. Bukan utk menutup kesalahan tapi untuk menjaga hubungan. Bila emosi dia dah stabil barulah kembali kepada asal.
ReplyDeletep/s: Biasanya mereka yang baru lepas ditimpa keadaan begini akan rasa terlebih sensitif dan emosi lebih. Bukan sebab mereka ini semulajadi emo atau sebagainya, tetapi kesan dek kehilangan itu menyebabkan mereka rasa mereka tinggal alone di dunia ini. :)
erm.. dia rajin baca tak? ble bagi buku motivasi Dr. Tuah ke.. ape ke..
ReplyDeletedekatkan diri dengan Tuhan.. That's the best solution.. Klu dia ada iman yg kuat... Ingatkan dia.. Dia masih ada ramai lagi yg syg kan dia n ble bantu dia..
Kecian cik sephia..
Salam Luth.
ReplyDeleteKamu kena tabah dalam hal macam ni.
Jangan ikutkan rasa hati yang marah atau tertekan atau apa jua perasaan. Aku pikir, Sephia itu perlukan masa untuk berfikir secara tenang. Bagi dia ruang dan waktu.
Kau pun jangan paksa dia kembali ke asal semula. Memang ada lacking sedikit..Tapi percayalah, kesabaran itu akan ada ganjarannya. Sabar ye Luth?
Kalau ada apa2, ko roger je aku..aku sedia dengar. Sorry, nanti aku datang balik. Nak kena pergi program fakulti ni. Jaga diri Luth.
Jangan blame diri kau sendiri. Kita hidup untuk sekarang dan masa depan Luth.
salam Luth,
ReplyDeletehmm ni ada sedikit nasihat dr pglmn dan pembacaan akak yg x seberapa. harap membantu.
dlm keadaan skrg samada di pihak sephia atau luth, apa yg paling penting ialah menenangkan pkran dan bermula smula.pd akak, skrg ni kalian x dpt berfikir tng sbb itu mslh bagaikan dtg satu persatu sdgkan mslh itu boleh dianalisis, dilihat apa yg paling berat dan apa yg paling ringan dan diselesaikan 1 persatu.
pk kan apa yg perlu dilakukan selepas ni. yg lepas biarlah lepas. yg pergi kita doakan kesejahteraan dia di Sana.tapi yg idup di dunia, Allah jdkan kematian tu sbg petunjuk supaya kita boleh mengubah diri kita dr buruk kpd baik sblm tiba 'masa' utk kita.kene sntiasa ingat, setiap yg Allah turunkan itu samada ujian atau kebahagiaan, akan dtg bersamanya psgn nya. jika Allah beri kegembiraan, tentu ada ujian kesulitan, tetapi apabila Allah beri kesedihan, akan ada kegembiraan di sebaliknya, itu sunnatullah. sperti firman nya 'inna maal usri yusro' bersama kesusahan itu ada pertolongan. semua ini supaya manusia itu tidak leka dgn kesenangan dan tidak terlalu kecewa dgn kesedihan.
akak x mengatakan sephia bersikap buruk sblm ni, tetapi mungkin dgn kematian ayahnya, Allah memberi peluang pd sephia utk menjadi lebih matang apatah lagi x lama lagi dia akan menceburi bidang kerjaya yg tetap, yakni satu episod baru dlm idup dia. stlh tiada ayah, mahu tak mahu idup perlu dilakukan atas usaha sdiri krn hakikat khidupan kita pun adalah ditgjwb kita sdiri..sehinggalah kita mati nanti kita juga sdiri ditemani amalan2 kita sahaja.
sephia kene berfikir dan menginsafi kejadian yg ditakdirkan. begitu juga ibu nya..begitu juga ahli keluarga yg lain. tetapi di sini kita mmg tidak boleh mengubah org lain, tetapi kita boleh mengubah diri kita sdiri. adakah kita mahu berterusan begini ataupun kita berubah dan memilih yg positif, smua itu terletak di tangan kita.
ttg kerjaya sephia itu, lumrah la sbg trainee kita x dpt keistimewaan spt permanent. ada stgh trainee langsung x dpt apa2 elaun.even yg permanent pun ada yg dpt gaji rendah sbb keadaan ekonomi skrg yg menyebabkan company memotong kos.sbnrnya nya jika sephia dpt elaun tu kira satu bonus. dlm hal ni mmg pihak lecturer pun x dpt buat apa sbb maybe tlh diterangkan masa pihak ipt memilih hotel tersebut sbg training provider.jd, kena lah sabar dan anggap ni sbg pglmn. dlm dunia kerjaya yg sbnr, cabaran mungkin lebih hebat dr ini.
seterusnya ttg hubungan luth, akak x salahkan luth kalo x dpt bsama sephia di saat dia memerlukan. ni krn hubungan kalian masih ada batasan dan luth juga berhak menjalani kehidupan sperti yg luth mau sbg lelaki single. akak yakin luth dh pun buat yg terbaik smasa ayah sephia sakit, buktinya luth tahu segala perincian pglmn sephia sepanjang mjaga bapa nya itu.di sini jelas, luth masih istimewa di mata sephia begitu juga sephia di mata luth. hal yg digaduhkan tu cuma hal kecil jika dibandingkan dgn kebaikan2 yg kalian lakukan sesama kalian sepanjang perhubungan. dan jika mmg sephia yg luth mahukan sbg isteri, tidak apa yg perlu sephia risaukan krn luth tetap akan memihak pd dia, kan? pikir2kan lah.
jd, tenangkan lah pkran dan pikirkan hikmah dan natijah smua yg berlaku, jika perlu memohon maaf, pohon lah. tidak akan ada ruginya.
Salam Luth,
ReplyDeleteSabar banyak2. Mungkin Sephia sedang manghadapai masalah emosi kerana kehilangan ayah tersayang. Begitu juga dgn ibunya.Mereka boleh diibaratkan seperti layang2 yang terputus talinya. Sedang terumbang-ambing.Mereka telah kehilangan org yang mereka syg, anak kehilangan bapa,isteri kehilangan suami, keluarga kehilangan ketua keluarga yg juga merupakan 'breadwinner' dlm keluaraga. Apa yg Luth blh buat ialah bukakan mata dan minda Sephia. Cth: Dulu dia senang dpt duit drp arwah ayah dia, tp skang tak lagi. Ini mungkin kerana ibunya sekarang yg mengambilalih segala urusan perbelanjaan keluarga. Kalau dulu income berdua, sekarang income dah tinggal sorang punya je. So, mcm2 perbelanjaan yg harus ibunya tanggung sekarang.Sephia pun haruslah faham bhw mulai sekarang dia kenalah belanja dgn cara berhemah, mengikut keperluan sahaja! Yg kedua, ingatkan dia supaya sentiasa dekatkan diri padaNYA, Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Dengan cara itu saja, kita boleh dapatkan ketenangan fikiran dan kekuatan jiwa untuk meneruskan kehidupan ini.Yang ketiga, Luth kena sentiasa bagi sokongan moral pada dia, tak kisahlah dgn cara apa pun, supaya dia rasakan bhw ada org yg ambik berat ttg dia dan faham dgn apa yg dia sedang lalui ketika ini. Sambil tu, nasihatkan dia supaya jgn buat perkara2 bodoh yang boleh merosakkan diri sendiri, hanya untuk mendapatkan ketenangan dlm diri.Ketenangan hanya ada bila kita dekatkan diri pada Allah SWT. Lastly, jgn biarkan ianya berpanjangan kerana bimbang akan membawa kemusnahan pada diri masing2. Fahamilah apa yg sedang dilaluinya pada waktu ini! Good Luck n All The Best, bro!
aku rasela, sifat dier tu maybe sementara kut...
ReplyDeleteko sbg teman paling rapat, kenala jadi pendukung paling setia. kalau dier berubah, ko nasihat ape yg termampu, dan selalu ambik berat pasal dier.
pasal kesusahan dier mase praktikal tu, itu sementara. ape yang boleh ko tolong, mintak dier byk2 bersabar.
pasal mintak duit dr bank islam tu, dier kene byk2 bersabar. langit tak sentiasa cerah. dah jadi macam tu, kenal berjimat cermat.
jangan berdendam dan selalu bersangka baik. pujuk hati untuk sentiasa sabar dan percaya usaha yg sedang dilakukan sekarang ni semata-mata untuk masa depan. jangan cepat mengalah dan sentiasa ingat mak tu tak macam ayah mesti bersebab.
erm...selebihnya, banyak2 berdoa semoga Allah tu permudahkan jalan...
semoga ranjau sepanjang jalan dipermudahkan untuk dilalui..
ingat, susah dan senang adalah ujianNya.
OK??
simpati dengan keadaan diri luth sekarang.
ReplyDeleteluth orang terdekat di hati sephia. luth jadilah pendengar setia sephia. sokong dia.
sori luth sebab xdpt nak tlg byk.. cuma doa dari jauh.. semoga luth dapat lalui segalanya dengan mudah. insyaALLAH.
rasa b'salah plk bila baca dkt faktor ke 4....
ReplyDeletesabo jer....
eira rase..
ReplyDeleteluth kne bg sephia ruang..
dalam masa yang sama jgn buat dia rasa terabai..
mungkin luth je satu2nya tempat die mengadu sume masalah dia..
dlm wktu mcmni..
sephia mesti tertekan sgt..
semoge dimudahkn segala urusan
sabor ea luth
:)
hi there luth !
ReplyDeleteyaya turut simpati dengan apa yg yaya baru bc nih.. sobs3x..
Ya Komen = Ya tak kenal sephia.. yg lebih kenal sephia, diri luth sndiri.. senang + susah + baik + buruk diri sephia..luth kene terima sume tuh.. kalu dia point luth, sbnar yer dia nk PERHATIAN dr luth.. biasalah gurl..Ya pon gurl jgk.. kalu Ya jadi sephia, dlm keadaan yg sephia lalui skrg ni..Ya pon bole jd tension + emo + sensitif + marah + dan sume yg negatif. sebab kita tatau nak "lepas" beban yg kt tanggung kat sapa.. org yg paling dekat lah yg kena tempias(that mean luth dekat gan Sephia)tp Ya percaya, sume tu sementara.. cz pemergian ayah Sephia masih "berbau" lagi.
Ya harap sangat2 luth sntiasa ada dcc sephia. dia point luth tp dlm hati dia, dia NAK luth ada dgnnya. pujuklah hati dia hari2..nasihatkanlah dia hari2.. motivasikn la dia hari2.. kdg2 bila dgr hari2..masuk jgk dlm hati/pale. ye betul.. Ya tau boring buat pkara/dgr yg same je hari2 tp lama2 benda tu la yg melekat dlm hati..(mcm mak kita bebel kat kita hari2,kt tak suka tp tujuan mak tu baik kan?)
bersaba bersabar dan bersabar..
sbg org plg dekat gan sephia, Ya arap luth bersaba bsaba dan bsabar dgn apa sj dugaan yg datang..
ssguhnya org yang menang di sisi Allah bukanlah org yg menang dalam brtanding tp menang dlm bersabar.. Allah sangat sayang pada hambanya yang penyabar...
apa saja yang berlaku antara luth + sephia anggaplah satu dugaan yg ada hikmahnya kerana Allah tak jadi kan perkara tu TAK bersebab. sedikit sebanyak ia meMATANGkan fikiran luth kan ?? Ya tau, kita tak mintak sume nih.. tp ia berlaku kerana ada sebab...percaya la dik...
kita ni kerdil je. mintaklah ptolongan dr DIA. DIA maha "KAYA"...
Ya doakan kamu~ tamo sedey2x.. insyaAllah sume yer OK .. ^_*
be happy deh !!
im still young.
ReplyDeletetak dapat nak beri komen atau
apa2 nasihat. tp ikutkan lah, bg die mse skit untuk die tngkan fikiran.
yang penting ko kene terus support die. Call die, tanye khabar.
slalu2 lah jenguk die.
salam luth,
ReplyDeletesalam takziah juga buat sephia.
dlm situasi skrg neh luth kena byk mengalah. jgn cepat putus asa. kena bagi byk ruang utk sephia sesuaikan diri dgn life baru dia. tp beri ruang tak bermakna luth terus jauhkan diri. cuma beri dia masa utk berfikir dan terima kenyataan apa yg dah berlaku. org yg biasa hidup senang mmg agak payah nk survive bila zaman kejatuhannya tiba. so banyakkan beri nasihat. terus berikan kata-kata semangat. insyaAllah mudah-mudahan sephia yg dahulu akan kembali semula.
La Tahzan ya Luth!!
Salam adik...kesian plak akak dengar citer adik nie..kesian kepada kedua2 org adik akak nie..korang nie sebenarnya mangsa keadaan..keadaan yg menyebabkan situasi ini timbul..akan tetapi kita tak boleh berdiam diri kalau ianya dah terjadi..akak nampak usaha yang luth lakukan..tapi mungkin keadaan sephia yg tertekan menyebabkan dia tidak nampak dan mungkin cuba untuk meletakkan perasaan sedihnya keatas org yg dia sayangi,iaitu luth...dlam keadaan nie,hanya luth tempat dia mengadu..akan tetapi dengan ketidakhadiran luth disaat2 dia perlukan luth membuatkan dia rasa satu lagi kehilangan selepas kematian ayahnya..dalam istilah psikologi,sikapnya adalah sebagai 'defence mechanisme'atau sebagai cara untuk melarikan diri dari masalah masalah yg dihadapi.jadi sebagai org yg amat penting dalam hidup dia,luth perlu sentiasa memberikan bantuan dari segi moral..sentiasa memberi sokongan..tanpa mengira waktu..akak tau,nanti dalam diri luth akan kata 'takkan aku jer yg nak faham dia??tapi dia tak cuba memahami aku...'tul tak...ok,dalam keadaan nie perlukan sedikit pengorbanan dari adik..mungkin ia mengambil sedikit masa...tapi bagi pihak adik,memang kena bersabar...kena sentiasa pantau keadaan dia..teruskan untuk 2-3 bulan lagi..berkorban untuk yg tersayang dik...dia dalam intervensi perubahan yg amat dasyat...jadi ada kemungkinan impak yang negatif berbanding positif..jadi peranan adik amat besar dalam situasi ini...emosi dia memang betul2 tidak stabil..apa jua sebab yg adik nyatakan hanya kemungkinan kecil..akan tetapi kekuatan mental sephia yg tidak kuat untuk menerima perubahan yg mendadak dalam kehidupan barunya...perkara2 sampingan yg berlaku itu sebenarnya merupakan ancaman dalam kehidupannya..so adik tolong dia dalam intrinsic dan jugak extrinsic motivation..motivasi dalaman dan juga luaran....Insyallah dengan kesabaran dan juga usaha adik dan dia akan merubah keadaan ini..ingat,hanya org yg Allah sayang,akan diduga dalam hidupnya...setiap apa yg Allah duga,pasti kita dapat laluinya..insyaAllah...
ReplyDeletebawah bersabar luth, bagi dia masa skit.. dalam masa tue, teman dia selalu... bawak dia gi jalan2 nak tenangkan pikiran...
ReplyDeletehg kena bagi support kat dia selalu... mmg gini kalo kehilangan org tersayang...
senang bagi aku kata sebab xpenah lagi... tapi atleast aku rasa aku paham perasaaan dia..
ingat... hg nie pelita hidup bagi dia selepas arwah ayah dia... cheer kan dia k?
sgt2 simpati pd kalian bdua... akak juga pernah rasai khilangan kasih syg seorg ayah, Luth... dah hampir 4 tahun blalu... apa pun... semua itu bkn alasan utk berubah dan menyeksakan diri sendiri... hidup perlu diteruskan... dan takda guna mahu salahkan sapa2 dan ungkit pkara2 yg dah lepas... mbuatkan jiwa lg hiba & lara... skrg... binalah hidup baru yg lebih baik dari yg lepas2... kuatkan jiwa... tabahkan hati... harap2 cik Sephia tak terlalu stress... harus redha dgn ketentuan ini... semoga ada hikmah di sebalik apa yg blaku...
ReplyDeleteAnis Mohd said...
ReplyDeletesebenarnya baru lagi kak.. tak sampai pon sebulan.. so, dia mesti terasa dan dia terlalu banyak sangat fikir bukan bukan..
Blogger myfr3ak said...
ReplyDeleteyer hadi, aku tau.. aku mmg paham akan dia sekarang, tp kadang kadang aku terasa gak sunyi.
Aku selalu sms dia, tp dia tak balas. dia ada bgtau kt aku, dia terasa kt aku dengan perangai aku b4 diz..
aku pon taktau la wei hadi.. maybe dia tgh serabut, tu la dia jadi macam tu..
Blogger Adi Putra said...
ReplyDeletethnkx 4 dropping by here..
tak kesah kerana Luth memang nak komen/pandangan dari anda..
kalau dia lembut hati, kenapa teguran dari orang lain dia tak dapat nak terima?
Blogger ♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ said...
ReplyDeleteMemang dia kena bersimpati dengan mak dia, tapi, mak dia macam tak sayangkan anak dia sendiri.
sebagai mak, dia tak boleh la nak lepaskan tekanan yg dihadapi tu kepada anak - anak dia.
i think, mak dia silap. one more thing, awk rasa mak dia akan berubah tak nanti? yelakan, dulu dia tak rapat dgn mak dia, adakah mak dia akan baik semula dengan dia?
just asking..
hmm... aku doakan ko berjaya. Ko kena terima apa jua yg bakal berlaku sebab ini realiti bukan kehidupan.
ReplyDeleteApapun terus berusaha menyokongnya...
satu jer punca semua ni... dia rasa kehilangan... yang lain hanya sampingan yang ditimbulkan sebab dia sedih.
Blogger CAHAYA said...
ReplyDeleteMemang Luth nak selalu ada dengan dia, nak teman dia..
tapi, dia je tak ada masa.. masing masing sibuk.. macam mana tu?
bila kita antar msg ke, call ke,
malam2 dia dah tido dah. tido awal..
macam mana tu?
Blogger Monkey D Luffy said...
ReplyDeleteaah.. itula sebabnya..
tapi, kalau mak ok,
mungkin dia takkan jadi macam ni..
pelik, kenapala family akan berpecah kalau salah satu daripada orang yg penting tak ada?
Blogger Seri Subuh Agrofarm said...
ReplyDeletetak ada masa la kak nak membaca..
sibuk dengan kerja..
zara..
ReplyDeleteaku bg dia peluang dan waktu utk berubah..
tapi, adakah dia akan berubah seperti sediakala?
Luth...
ReplyDeletepada aku...
kalau dia berubah pun..mungkin tak sama macam dulu..tapi, harap2 dia boleh menjadi lebih baik..
aku faham tekanan dia. aku walaupun abah sakit sikit je..dah seriau aku..dah sengal semacam..ni kan lagi dia..
masa pengubat segalanya (kata orang lah)..aku harap dia berubah..sebab aku faham kau sakit Luth..kau sakit bila dia macam tu...
kena sabar ye Luth..ada caranya..insyaALLAH..
Luth..
ReplyDeletememang saket bile kehilangan org yg kite syg,dan ditinggalkan dgn keadaan yg tak membantu kite nak melupakan kesedihan tu..
die jadi macam tu sebab tertekan.
ape yang aku nampak die perlukan seseorang..die tak perlukan nasihat,die cuma nak seseorang yang boleh mendengar,memahami.waktu mcm ni,sape2 pun tak nak diri die dinasihat,sbb nasihat tu mmbuatkan die ase lebih lemah,mcm die yg bersalah,mcm die yg terlalu ikut emosi walaupun betul..luth tak bolehla nak harapkan die jadi macam dulu serta merta,die ttp sephia yg dulu,cume keadaan memakse die jadi macam tu,.kalau luth nak die kembali macam dulu,support die utk terus hidup,sentiase mesej die,tnye tgh buat ape,pay attention kat die,buat mase ni,takpelah lau nak selalu jumpe die ke,ape ke,jadi peneman die,tunjukkan masih ade org yg akan lalui same2 nagn die..lau mcm luth ckp masing2 sibuk,at least,anta je sms,lau die dah tdo,t bile die bangun,die bace..kan?nmpklah usahe luth kat situ,pompuan bleyh pk la luth,cume die agak emo..bertahanla..
sekurang2nye,die tahu die ade tempat mengadu..
sabar eah luth,die cume tertekan sebab kehilangan.dan kehilangan itu sakit.bagi die mase,lau die nk salahkan luth,die tgh emosi,die tak tao nak blame sape,die ase lemah,org bile tengah emo,die akan pointing kat org lain,supaye org lain ase ape die ase..itu je,.cakap kat die,mintak maap,terangkan kat die,kalau die tak bleyh time,tak pe,jgn argue,diam dan cube letakkan diri luth kat tmpat die,mstilah kecewa lau org len bleyh ade tp bf sendiri tadek..tp bukan slh sesiape..skang ni,luth sentiaselah dengan die,ambil tao pasal die eah..buat die hepi..lame2 die akan ok..tp mende macam ni mmg takes time luth..luth kne kuat semngat..aku yakin,die dah hilang ayah die,die tak snggup nak kehilangan kau yg die syg..k,go luth go!aku doakan yg terbaik untuk kau..bersabar eah..
luth,
ReplyDeletetakziah artas pemergian ayah sephia...
apa yang buleh akak nasihatkan, masa sekarang adalah bukan masa yang terbaik tuk luth 'baiki' hubungan luth ngan sephia...
Bagilah ruang tuk dia mencari menghadapi situasi sukar ini...ini adalah part yang sukar tuk sephia...
sms dia selalu agar dia selalu mendekatkan pada Allah Taala selalu, bagi support seadanya, walau apa jua penerimaan sephia, katakan padanya yang luth sentiasa menyokong dia walau dalam apa jua sekalipun...
akak doakan agar situasi tegang ini berlalu dengan cepat...pada luth jugak, banyakkan berusaha..usaha, doa dan bertawakal insyaallah luth berjaya..amin.
Jaga diri.
em.. aperpun bagi sokongan kat dia terus.. kalau dia tak mau berubah juga, tu dia.. kita dah tolong sedaya upaya..
ReplyDeleteManusia xkan berubah kalau dirinya tidak mahu berubah.. Klu kita paksa macam mana pun.. Doakan sahaja.. n terus bagi sokongan n nasihat..
salam Luth,
ReplyDeleteDalam perkara sebegini jangan ambil tindakan yang terburu2.Walaupun ianya memang akan memakan masa yang lama tapi perlu cuba bertindak segera untuk memulihkan keadaan.Kebiasaannya begini lah yang terjadi bila kita kehilangan orang yang tersayang dalam keluarga lebih2 lagi jika orang itu adalah mak atau bapa kita.Saya juga sudah mengalami.Baru kehilangan ayah 3 minggu yang lepas dan jelas rakan2 banyak berkata saya tak seceria dulu.Saya fikir sephia juga begitu lebih2 lagi dia rapat dengan arwah ayahnya.Beri dia masa tapi jangan sampai tidak mengambil berat akan dirinya.Saya rasa dia memerlukan sokongan kerana keadaan maknya yang menyebabkan dia rasa tertekan juga salah satu fakto dia jadi sebegitu.Berbincanglah seeloknya.dalam keadaan sebegini, jangan mendesak atau mearahi dia tapi berusahalah untuk memberikannya kekuatan semula.
Tidak mustahil perkara sebegini berlaku.Saya yang lelaki pon tidak begitu kuat lagi untuk menghadapai hari2 yang akan mendatang tanpa seorang ayah.Inikan pula sephia yang seorang perempuan.saya fikir, dia lebih lagi perlu kekuatan.
Banyakkan berdoa dan saya harap sephia juga akan kuat.cuma luth kena ingatkan dia, yang pergi tetpa pergi, kita hanya mampu mendoakannya keran suatu hari nannti kita juga akan pasti ke sana.
salam luth..
ReplyDeleteBanyak bersabar Luth. dalam keadaan kubur ayahnya masih merah lagi, mestilah keluarga Sephia dalam keadaan terkejut dan masih enggan terima kenyataan orang tersayang yang menjadi tempat bergantung selama ni sudah tiada lagi.
Beri masa Sephia dan maknya bertenang, insyaallah kelukaan mereka itu akan pulih tak lama lagi.
Maafkan Sephia yang Luth rasakan sering mengungkit takdir walaupun Bapak lihat Luth telah sebagai teman rapat telah melakukan sebaiknya.
Fikiran terserabut, elak dari blame dia, dengar sahaja rungutan dan celotehnya.
Mungkin dalam keadaan begini, Bapak rasa Luth lebih baik jadi pendengar yang setia. Jadi tempat dia meluahkan apa yang terbuku di dada, mungkin dengan itu emosinya akan reda.
Jadi pendengar yang setia itu sudah cukup bagi Sephia.. Bapak harap Luth positif menghadapi cabaran ini kerana inilah masanya menguji perhubungan yang terjalin selama ini dan Bapak percaya Sephia akhirnya dapat lihat keikhlasan Luth berkawan dengannya.
Common bro, ini asam garam hidup, Bapak percaya Luth mampu hadapinya..
Salam..
ReplyDeletesori coz aku lamabat sikit nak bagi komen..ko maklum dengan keadaan aku kan...
k, macam nie..buat masa nie ko relaks dan jgn push dia buat ape2..
Ko jgn bnyk sgt bagi nasihat kat dia..ko relaks jer, layan jer peel dia..
Orang yg sedang serabut dia tak akan terima bnyk2 nasihat ni..
jadi ko just suruh dia jgn tinggal solat jer..kalo dapat, bnykkan membaca al-quran dan Zikir..
Suruh dia mengadu pada Allah ttg permasalahan dia..
Tiada ibu yg tidak sayangkan anaknya..Aku berani kata..jadi seburuk atau segarang mana ibu itu pon ida tetap ibu kita..
syurga di bawah tapak kaki ibu..
So, kesimpulannya ko bagi dia masa tuk relaks dan suruh dia menghabiskan masa dengan mengadu pada Allah..sesungguhnya Allah mendengar setiap doa dari hambaNya..
Wallahualam..
salam sedara luth...
ReplyDeletejenjalan n singgah kat blog neh then terbaca lak entry neh...
takhziah wat cik sephia...
mesti dia tertekan skrg neh...
kehilangan ayah tersayang sgt memeritkan...nak2 lg kalu kite rapat dgn arwah....
sedara luth byk2 kn bersama ye...
cuba la bantu cik sephia mana yang mampu...
then pasal faktor ke 4 tuh...beri mase dan ruang kt cik sephia untuk tenang kan fikiran ...
Alaahai Luth, yana simpati dengan keadaan Sephia dan Luth..hmm..apa yg yana fikirkan skrang..berilah dia masa...untuk kembali pd normal.walau itu mgkn akan mgambil masa yang agak lama. tp jgn risau..sabar itu separuh drpd iman kan?so bila dia dh ok nanti, she'll be fine..don't worry..coz skrang dia tgh lalui phase yg sgt sukar dlm hidup dia...
ReplyDeletehm and as for you Luth, jgnla abaikan dia. show that you care. Jangan biarkan dia sorang2, call msgla. even you guys jauh. P ni hati dia lembut, lambat laun cair jgak..hihi..
take care ok;)
bro luth,
ReplyDeleteramai kengkawan bg jalan..
pepehal harap luth sabar n sentiasa tenang..
give her time..
always be her side..
selalu sapport die..
dgr masalah die aka jadi seorang pendengar la..
walau bz mana pun luth, jgn lupe die..kire take care selalu..xde r die rase keseorangan..
k bro, hope her will be better soon..
pasal elaun tu rasanya tak perlu nak kecoh kecoh kot sebab setau saya sbg student poli. hak nak beri elaun tu adalah hak company tu. kita tak boleh nak memandai2 nak suruh dia kurang or tambah elaun tu. lagipun, itu kira berbaloi dan bersyukur dapat elaun. saya praktikal dulu langsung tade elaun.
ReplyDeleteBlogger FarhanaLicious said...
ReplyDeleteya, memang pun.. elaun tu memang salah satu ikhsan daripada syarikat..
tapi kan,
depa lanyak sungguh2 budak praktikal.. mcm kuli, mcm hamba..
boley tahan ke mcm tu?
Blogger alien said...
ReplyDeletethnkx 4 droping by here..
kalau dia tak balas, tak angkat fon camne bro? boleh ke kita nak dok diam?
aku bkn apa.. dia kekadang tinggal fon.. nyampah!
Blogger Princess Liyana said...
ReplyDeleteok yana..
terima kasih kerana mengomen..
Luth taktau, adakah diri luth nih dianggap peneman bagi dia atau tak
hummm..ape2 pun nak say takhziah ar..ko mmg yg ambil berat..rajin2 ar tya khabr dia..sentiasa bersama dia..dlm erti kata lain,make sure dia rasa ada teman..
ReplyDeletepasal lain,aku xkisah...but....kalau pasal tekanan practical tu..biasa ar..dah ko pun tahu,jawapan dia "korang budk practical"..kira ok ar tu..dpt elaun...kalau aku ckp company penyiaran mcm TV3 tu xbg elaun waktu practical..ko caya??sebb we still study...mencari ilmu dlm dunia sebenar...kalau dah keja...maybe mudah dpt cuti n etc..potong sana sini...
but..apa yg penting..make sure ko dekat dgn dia..jgn biar dia tanggung kesedihan sendiri..kadang2 dia cakap dia leh handle padahal..dalm hati dia..dia sedang memberontak sendriian..apa2 pun..good luck to u and salam takhziah...
luth,apa yg sephia perlukan sekrang ialah BUKAN kata2 seperti 'kene sabar,kene kuat..' dan sebagainya..dia tak nak simpati..
ReplyDeleteterlalu ramai yg kasi simpati kat dia..sebab tu lah dia kata orang tk fhm condition dia..
be something postive for her.die bukan nak cadangan atau pandangan,dia nak someone strong untuk dia bergantung..
luangkah lah masa dgn dia..jgn kongsi kesedihan dengan dia,terlalu ramai yg dah buat macm tu kat die..she need a break...
so...luang masa untuk dia(tak kira macm mana bz pun) and at least cubalah buat die senyum balik...:)
luth,
ReplyDeletemanis rse dia masih blom lg dpt mnrima hkikat khilangan org yg dia syg.
dan prasaan ini bercmpur dgn mslah2 lain yg mmbuatkan dia lbih trtkan.
dia salhkan luth pun sbb kn emosi dia yg x balnce lgi.
x smue org mudh nk trima knyataan hidup ni luth n sephia pn slah sorg dri org itu.
apa yng manis bleh nshatkan ialah berikan dia ruang dan luth jgnlah sskali abaikan dia.
luaran nmpk mcm dia salahkan luth, tpi manis rsa dia mmg perlukan sumone di smping dia.
gd luck ye luth ;)
luth rasanya dah ramai yg bagi nasihat kat ko..harap2 ko timbangla mana yg baik..
ReplyDeletejgn susah hati sgt..sbb yg patut susah hati skrg ni cik sephia..kalau ko pun susah hati..lagi berat jadinya
buat macam biasa..walaupun keadaan mungkin dah tak macam biasa..cuba buat aktiviti2 yg bleh ringankan kepala
jadi pendengar setia...tapi jgn sampai dia rasa ko terlalu amik berat sgt sbb dia mungkin rasa rimas (bab ni patutnya ko je yg paham)
dan bykkan berdoa lah..gud luck
nashakeem said...
ReplyDeletethnkx bro kerana sudi singgah..
urm, aku tau kita budak2 praktikal mmg hanya dapat belas ikhsan dari syarikat.. itu tak penting sgt..
yang penting skrg, aku nak dia jadi tabah dan tak mau bersedih terlalu lama..
masa menentukan segalanya..
Zamz said...
ReplyDeleteye.. memang banyak orang bg nasihat.. sy tak sedih bang.. sy ok.. tp sy sedih tgk dia macam tu..
im ok with my life.. cuma adala jugak terganggu disebabkan dia yg tak ok lagi..
thnkx 4 comment..
Aidil TipsGoda said...
ReplyDeleteAku rasa aku tak mau cakap mcmtu kat dia.. aku nak happy2 dgn dia.. tp, dia tak balas dengan happy.. dia still mcmtu gak.. macam mana?
dia ckp, semua org bg dia sedih, dia takmo aku bg dia sedih gak..
luth....
ReplyDeletebnyk2 kan bersabar k....
cuba tenangkan hati dia...
insyaAllah...semua nyer akan kembali seperti sedia kala...
bagi dia masa dan ruang utk diri dia.....
jangan terlalu mendesak @ buat perkara2 yg dia tak suka k....
luth pun jaga kesihatan gak...
♥Yanie Putrajaya♥
*********************************
luth, akak bersimpati ngan nasib sephia tu.. emm.. cam ni la.. memang buat masa sekarang ni keadaan sephia didalam situasi dimana dia memerlukan sokongan dari kawan2.. memandangkan dia kehilangan org yg paling rapat ngan dia dan mak dia pun tak serapat ngan arwah ayah dia. so akak rasa kan luth cuba beri dia sokongan dan nasihat2 supaya dia rasa dia masih lagi ada kawan2 yg menyayangi diri dia.. selalu lah bertanyakan masalah2 yg dihadapi.. buat masa ni, luth jgn berkecil hati ngan sephia. Apapun suruh dia byk2kan bersolat dan berdoa supaya dia kembali tenang dan normal seperti sedia kala. Berikan dia bimbinganyg sempurna. Byk2kan la solat tahajud ya..
ReplyDeletesalam ziarah dan singgah
ReplyDeleteucapan takziah kepada cik sephia...
bagilah sedikit ruang kepada cik sephia...orang yang kehilangan orang yang tersayang amik masa utk pulih ..disamping tue juga jangan berhenti dari mengambil berat tentang cik sephia..tunjukan padanya yang luth sangat prihatin dan caring kepada dia...janagn menjauh kalau dia kata jauhkan diri dari dia..perempuan, apa yang keluar dari mulutnyer takkan sama dengan yang dalam hati....
salam...
ReplyDeletesetiap pergi akn tetap pergi namun yg ade perlu teruskan hidupan...sy pon rapat ngn ayah,namun dlm kondisi ini..sephia harusnya lebih matang kerna dia lebih rapat dgn ayah (selalu llaki pandang jauh) jgn terlalu ikutkan hati..sy pon kehilangn org tersyg penghujung taun lepas,namun kala ini sokongn luth amat perlu,sma mcm dlu tunang x ptus2 bagi sokongn..bnyk balik pada Islam..dekatkan hati dgn Allah,quran...Insyallah..ketengan itu hadir...jgn ptus asa luth...nsht pada agama nescaya berjaya! wallahuaklam...
salam~
salam luth..
ReplyDeletex sngka smpai camtu jdnya ek?
mmg p'puan rapat dgn ayah..mcm akak pon lps arwah ayah ninggal rs sorang2 je kt umah sbb yg lain2nya lelaki n depa lebih rapat dgn mak..
luth kena byk2 bsabar la..cuba tackle dia blk..jgn jemu anta SMS kt dia..just say hi ke..soh dia jg diri ke..jgn push dia tlampau2 nti lg dia pk yg bkn2..atleast pg bg SMS say morning n tnya keadaan dia..mlm sblm tdo ucap good nite..x kisah la dia bls atau x yg pnting tu tunjukkn kita ni still ambik berat tntg dia..skali skala buat la kejutan..time luth cuti p la kt dia..bg something or bw p mkn2 or ronda2..maybe dgn cara tu boleh melembutkn ati dia...sapa tau kan???
Sephia mungkin perlu byk masa lagi utk menenangkan diri...Luth cuba bagi dia peluang lg. Sambil tu tunjukkan pd dia, yg Luth CARE pasal dia....
ReplyDeleteAkak tak sangka sampai begini ceritanya....
Sabar Luth....
hurmm..tu laa...susah jugak kan...
ReplyDeletelain or lain perangai...but me n mymum ok je..n now da smakin close coz mymum da xde sape2 kecuali anak2 tempat mengadu...apa saja prob weols share sama2 n cuba perbaiki diri n menginsafi diri atas pe yg tejadi..
kes cik sephia lain..im not sure mak dia bole berubah or not...tu smua begantung pada cik sephia, mcm mana tingkah laku dia depan mak dia supaya mak dia belembut hati n berubah sikap bila nmpak anaknya berubah sikap (harus ingt skali lg, syurga bwh tapak kaki ibu) baik buruk,ibu tetap ibu
..n cik sephia hav to change da attitude lor..bout da $$ yg arwah slalu bg lebeh dr mak, dia harus la tuka n menginsafi diri coz now tak mcm dulu..harus pandai berjimat..smua tu takes time...so dia harus tempuhi smua tu dgn redha n bykkan besaba n anggap smua ni dugaan yg dtg dr Allah...
...tggu keadaan dia da ok n bila dia dah besedia, baru la luth nasihat k....n hope anda jugak besabar ngan kerenah dia key...;)
hi luth...sori la nani sebok kat cni,,,luth pon tak brape knl nani tp nani dah agp luth as my frens...nani tak kln cik sephia, tp nani tau perasaan die bile khilangan orh tersayang, nani pon pernah lalui...give her time...tak lm die mcm tuh,,,die sunyi sb tuh die jd mcm tu...kite sm2 doa la k..
ReplyDeletesalam mr.LUTH
ReplyDeletetakziah to mrs.SEPHIA...
cikin just harapkan mr.LUTH alwys give moral support to her
bagi die mase to be more tougher
bukan mudah nk hidup without ayah rite?mr.LUTH pun paham kan...
and berdoa...moga2 semangat mrs.SEPHIA kembali ok
cikin pun doakan jgk tuk korg jgk...
ameen~
hi luth,
ReplyDeletejust nk bg pendapat je.
for me, sephia skrg mmg perlukn seseorg. dia perlukan luth skrg ni.
so luth kena byk sbr n cuba dgr luahan dia..
n sntiasa nasihatkn dia spya x buat benda yg bukan2.
n kalo boleh luangkn masa lebih utk dia..
ok?
memang kamu sentiasa ada. tapi dia mahu menyendiri. dia beri berbagai alasan. cuba luahkan yang kamu faham dia. kamu akan beri dia masa. boleh?
ReplyDeleteberikannya sedikit masa..
ReplyDeletejangan tambah kan lagu kekusutan di hati nya..
kalu ada peluang ajak dia untuk berjumpa, untuk beri dia peluang untuk berkongsi masalah nya dengan awk..
yang penting jangan bagi pressure dekat dia buat masa ini..
dia perlukan masa untuk pulih kembali seperti sedia kala..
lastly banyakkan berdoa, mintak bantuan dari NYA untuk selesaikan masalah ini..
sentiasa berada disampingnya :)
ReplyDeletedoakan kamu berdua berkekalan..insyallah
kena byk bersabar..
ReplyDelete