Friday, February 27, 2009

Hari Ini Hari Khamis

Kredit kepada Encik Google

Hari ini merupakan kali pertama aku basah kuyup ketika balik dari kerja. Sejak aku berpraktikal di Penfabric Perai, tak pernah hujan aku tak pernah aku rasa sesejuk ini. Kenapa hari ni hujan terlalu lebat? Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat.

Mungkin hujan yang begitu lebat ini juga mengerti akan kesedihan yang bersarang dalam hati ini. Oleh itu, hujan turun dengan lebat. Mungkin itu merupakan satu rahmat dan petanda dari tuhan kepada aku. Aku saja tak mahu berhenti berteduh. Aku nak merasai kesejukkan hujan. Hujan yang lebat.

Semalam, merupakan malam yang aku sangat sangat terasa hati, ntah kenapa aku jadi macam tu pun tak tahu. Mungkin badan terlalu letih bekerja. Itu menyebabkan aku berasa 'agak berlainan' malam semalam. Panggilan tak dijawap. Kiriman tak berbalas. Aku diam. Aku pejam mata, dan aku hanyut..

Hari ini hari Khamis,
Hujan membasahi diriku..
Aku kaku,
Dek tiupan sang angin dan juga rahmatmu,
Aku terus gagahi jua,
Sabar menghadapi segala dugaan dan cabaran,
Aku yakin, Aku pasti,
Setiap kejadian ada hikmahnya.

Terima kasih kepada anda semua, Kak Tirana, Anis Mohd, Myfr3ak,Adi Putra, Mistaken Identity, Cahaya, Seri Subuh Agrofarm, Zara UTM, Khairil, Kak Luna, Kak MyzaPesona, Cikgu BH, Ijechan, Eira Epalgreen, Hidayah, Ihsan, Kak Juzaidah, Ahmad Sufi, Kapten Luffy, Penjenayah Merah Jambu, Kak CendawanIntim, AieBahari, Bapak, Ustaz Yeop, Ruffemo, Cik Liyana, Farhanalicious, Nashakeem, Aidil Tips goda, Cik Manis, Zamz, Kak Yanie Putrajaya, Kak CuteMiut78, Kak Ratu Salju, Kak Zai, Naniey, QueenMieza, Generasi Malaysia, dan Creasent

kerana sudi memberikan sikit komen dan pandangan kepada Luth. Terima Kasih semua rakan bloggers. Anda memang perihatin.

21 comments:

  1. haloo kak luthe, maaf baru bisa kasih komentarnya nich ..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Jumaat ini akan ada miracle. Berdoalah. Minta pada Dia, bukan pada manusia. :)

    ReplyDelete
  3. Harap2 hari jumaat menjanjikan sinar yang lebih ceria buat anda!=)

    ReplyDelete
  4. Luth..
    Jangan sedih2 ya?
    Semangat mahu kuat tahu?

    =)

    Aku sentiasa sokong kau deh!

    ReplyDelete
  5. Dik, hidup ini ada pasang surutnya...Masa pasang, kita happy kita gembira tapi jangan sampai lupa diri sebaliknya kena bersyukur. Masa surut, kita kena menerima keadaan itu dengan hati yang tenang walaupun payah sebenarnya untuk bertenang tapi kita kena cuba sedaya upaya biar dalam keadaan apa sekalipun untuk mensyukuri nikmat Allah yang banyak. Cuma diuji kita sedikit dengan keperitan untuk menjadikan kita tabah dan sabar sebenarnya. Untuk kebaikan kita jugak kan? So sabarlah Luth..setelah mendung berarak, insyaAllah akan nampak cahayanya dan mungkin cahaya itu akan lebih terang dari biasa...insyaAllah

    ReplyDelete
  6. ye la incik luth,
    kene banyak2 sabar..
    ujian dan dugaan kepada insan bernama manusia.

    ReplyDelete
  7. semoga incik luth tabah mengharungi situasi ni..~

    ReplyDelete
  8. tajuk entri kita samalah tapi kakchik guna tajuk ni utk khamis lepas.

    ReplyDelete
  9. banyak2 bersabar yer Luth.. insyaallah selalu berdoa pada Allah.. Allah akan makbulkan segala permintaan mu..

    ReplyDelete
  10. salam kenal dan ziarah...

    tabahkan hati anda dalam mengharungi hidup nie....ceria-ceria selalu

    ReplyDelete
  11. salam..
    sabar ye fie...
    mungkin ade hikmah di sebaliknye...
    Allah S.W.T mendatangkan dugaan sesuai dgn kesanggupAN umat menghadapinye...
    Yanie percaya fie bole berfikiran +ve n matang kn...
    jgn wt keje bkn2 k....

    ReplyDelete
  12. aku x tahu nak kata apa..
    besabar k... aku pun tumpang sedih kat hg.. nnt jumaat mintak doa bayak2 k? allah tahu apa yg terbaik untuk makhluknya...

    ReplyDelete
  13. Salam..

    " Setiap muslim itu bersaudara "

    jadi kita kena saling bantu membantu kan..

    ReplyDelete
  14. Jgn sedey2...

    Yg terjadi pasti ada hikmahnya....

    ReplyDelete
  15. salam dik...akak akan sentiasa bersama adikkkkk...semua sayangkan adik...tabahkan hati adik..apa2 let me know ya...

    ReplyDelete