Saturday, March 07, 2009

Keluar cari ketenangan


Kenapa orang suka kata, kalau nak release tension, baik pergi ke pantai ha? Anda sokong ke tak, pantai merupakan salah satu tempat untuk melegakan tekanan dan menyejukkan hati?

Luth sokong apa yang dikatakan oleh orang ramai. Bila kita ke pantai, rasa rilex sangat. Tenang dapat tengok air laut. Kalau ke pantai, tak sah kalau tak main air. Tengok ombak, rasa angin di tepi laut, sejuk kepala.

Nasib baik la Luth tinggal di Pulau Pinang, dapat juga nak rasa angin pantai, dapat lepak di tepi pantai dan juga dapat main air laut. Kalau duduk di kawasan yang jauh dengan pantai, mesti tak dapat nak merasa semua nih.

Kalau di Seberang Perai ni, banyak pantai boleh pegi lepak. Yang terkenal dan terpanas, dekat RNR Bagan Ajam. Disitu banyak function. Malam minggu paling meriah. (Malam minggu = Malam Sabtu)
Tak lupa juga pada gath SIC. Dah lama Luth tak turun jumpa.

Kalau pegi sana, tak lupa nak tengok matahari terbenam. Memang cantik. Memang seronok. Tapi, kena tengok kejap ja. Sebab masa tu banyak setan berkeliaran. Takut. Kena la balik cepat - cepat.
Semalam Luth ditemani oleh kawan baik Luth, Anor. Dia baik. Sudi sembang - sembang, sudi share macam - macam. Bagi nasihat. Terima kasih la sudi keluar.

15 comments:

  1. cntik pic mthari 2...
    nnt g lpk g yer..
    bez smbang2 semlm..

    ReplyDelete
  2. tu la..something pasal pantai ni yg boleh kasi ketenangan...

    ReplyDelete
  3. Setiap ciptaan Tuhan itu indah..Lihatlah dengan rasa diri yang amat kecil dengan kebesaranNya..

    ReplyDelete
  4. mmg indah waktu matahari terbenam... tapi yg tenang masa waktu matahari baru terbit... masa tue terasa bagai semangat aku pun naik seperti naiknya matahari...

    entah la... ini pasal aku duk kat pantai timur... mungkin berbeza suasana dia sana.. (kat sini xdapat tgk matahari terbenam.. =( )

    ReplyDelete
  5. sungguh mendamaikan.. dan membawa ketenangan

    ReplyDelete
  6. Bestnya dia g jln2 kt tepi pantai.. flora plg dkt pn sungai je.. huhu..

    ReplyDelete
  7. org pun suke gile pegi pantai.hee.. nnti dtg lepak kat pantai ganu lak ek. ahakz

    ReplyDelete
  8. mmg tenang bila tgk matahari terbenam tepi pantai. Dgn desiran ombak laut...angin sepoi2 bahasa....alangkah tenang & indah.

    ReplyDelete
  9. Luth,
    dulu akak pon selalu lepak kt gurney tu.. kat depan tu kan ker laut.. bestnye!! rindu kt PENANG taw..xpe ujung bulan nie akak nk balik kg.. nk round2 penang..tungguuuuu

    ReplyDelete