Monday, March 30, 2009

Terima Kasih Daun Keladi

Terima Kasih diucapkan kepada Perdana Menteri kita yang akan mengakhiri tugasnya tak lama lagi. Tugas beliau akan diteruskan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam
Terima kasih kerana menjadi pemimpin no 1 Malaysia walaupun tempoh perkhidmatan anda tak lah selama rekod pemerintahan Dr Mahathir. Walaupun dikecam pelbagai pihak, Pak Lah tetap sabar dan sikapnya itu menunjukkan keperibadian beliau yang amat tinggi.
Luth pernah bersalaman dengan Pak Lah semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2003. Masa tu, Luth baru tingkatan dua. Ada program berbasikal bersama TPM di sekolah Luth, SMK Guar Perahu. Bangga juga Perdana Menteri ke lima merupakan PM dari Pulau Pinang.
Tahniah kerana dapat bersara awal. Luth rasa, orang yang sebaik Pak Lah memang tak dapat memerintah dengan lama sebab kelemah lembutan dan ketinggian agamanya menghalang dia berbuat seperti orang lain.
Zaman pemerintahan Pak Lah dilabel sebagai zaman pemerintahan Si Lembik. Tak mengapa. Segalanya dah berlalu. Luth harap, Dato dapat berehat bersama isteri tersayang.
Semoga sihat selalu dan diberkati Allah. Salam hormat dari Luthtextile.com

4 comments:

  1. sama la bro,

    Terima kasih PAKLAH!

    Seorang pemimpin yang sentiasa dipersalahkan atas perbuatan orang lain.

    Semasa pemerintahannya, rakyat Malaysia telah berani bersuara, menyatakan pendapat dan Paklah juga tak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati rakyat.

    Terima kasih PakLah!

    ReplyDelete
  2. berlalu satu lagi cerita dunia.....semuga penganti Pak Lah mampu meneruskan ' minat ' Pak Lah dalam perlaksanaan Program Bina Insan......

    kita hanya insan kecil....

    ReplyDelete