Wednesday, April 08, 2009

Tahniah Kepada Mereka!

Wah! Panas! Panas! Setelah berhempas pulas, mereka semua akhirnya telah mengetahui keputusan yang dinantikan selama ini. Kepada yang menang, tahniah diucapkan dan kepada yang kalah tu, jangan berputus asa. Cuba lagi di pilihan raya yang akan datang.

Bagi pendapat Luth, ketiga - tiga pilihanraya ini tak mempunyai pemenang. Tidak ada pertukaran lambang dari bulan ke dacing, ataupun dari dacing ke mata ataupun dari mata ke dacing. Masing - masing dapat mempertahankan kerusi mereka.

Apa yang diharapkan oleh Luth disini, sebagai rakyat, pemimpin yang telah dipilih tersebut hendaklah melakukan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Jangan anda semua menghampakan harapan dan amanah yang diberikan rakyat.

Dah banyak janji manis dan tawaran yang dihambur semasa tempoh bekempen. Harap anda semua dapat mengotakan janji anda. Janganlah berlagak kerana menjadi juara dan janganlah bersedih kerana kalah. INGAT, ini semua permainan dunia dan telah ditakdirkan oleh Allah. Buruk, baik semuanya datang daripadaNYA.

Janganlah berpolitik sehingga lupa akan kedudukan kita di tanah air tercinta dan janganlah kita mengubah wasiat yang tok nenek kita perjuangkan pada masa dulu. Sebagai generasi muda, Luth berharap semua ahli politik di negara kita ini jangan terlalu taksub akan permainan politik. Fokuskan kepada kerja anda.

P/s: Hanya mahu mengomen dan memberikan pendapat sendiri semasa isu ini masih panas diperkatakan. Ketiga - tiga PRK ni tak dapat lawan kehangatan PRK di tempat Luth dulu.

P/ss: Ada juga cerita panas yang berlaku di tempat kediaman Luth. Nak tahu? Klik sini.

1 comment: