Wednesday, April 29, 2009

Tak lama dah!

Bestnya apabila dikira dengan hari. Tak sabar rasanya nak habiskan modul semester empat nih, iaitu Latihan Industri. Bukannya apa, semakin hari Luth berpraktikal, semakin lama rasa macam nak blah je. Tak tahu kenapa. Mungkin asyik nak kena buat kerja yang sama kot? Hehehe.

12 haribulan Jun 2009 merupakan hari yang terakhir Luth dan rakan - rakan akan tamat menjalani latihan industri. Tak sabar rasanya dan tak sabar - sabar nak kembali menjejakkan kaki ke kelas semula. Adat manusia, bila sebelum ni ditugaskan belajar je, rasa macam nak ponteng kelas je. Rasa nak pegi bekerja dan bila dah diberikan peluang untuk bekerja a.k.a training, alangkah bagusnya bila dapat bersama kawan - kawan didalam kelas.

Hahaha, walau apa pun, kami sedang menanti hari 12 Jun 2009. Tak lama dah. Blog ni pon dah lama tak diupdate!

11 comments:

  1. bila dah kembali ke kelas, fie mesti rindu staf2 time li. keje time li.

    adatla tu.

    mcm ya gak, pas bes study, dah pk malas nak further deg. tp bila tak further study skrg n tgah bkeje..wwaaa...!! aku rindunya suasana study..kelas..buku..kawan2..lect.. tgok cite antu (tak patut type ni) sume!

    eerrmmm...tuhan saje tahu.

    ReplyDelete
  2. lek luth. sabar2. hehe. phni ko keje lagi seksaa

    ReplyDelete
  3. Haaa...lepas ni jangan dok memonteng lagi..habihkan belajor dulu!

    ReplyDelete
  4. Biasalah.. resam dunia.. bila dah dapat, nak lari pula, bila dah lari nakkan semula hehehe.. kenangan tu takkan dapat semula... :)

    ReplyDelete
  5. oo, ko wat latihan industri ke.. xpe2.. dah xlme dah, nk jejak kaki balik ke kelas..

    ReplyDelete
  6. aku kembali menyebuk kan diri ke sini..lalalalalalaa per cerr weh?

    bagi aku kerja lagi best dari belajar! muahahaha

    ReplyDelete