Friday, June 19, 2009

Dah 7 Hari!


Dah tujuh hari aku lepak kat rumah. Entahla, kadang - kadang rasa best, dan kadang - kadang rasa boring. Tapi, lebih rasa best dari boring sebab dah tak payah nak susah - susah bangon pagi pegi kilang, hihihi.

Dalam seminggu, usha untuk membuat report akhir baru berjalan lancar sebanyak 3%. Oh, ada sikit improvemen dari beberapa hari yang lepas. Mungikn aku rasa nak pegi buat kerja part time, dan mungkin tak.

Aku rindu. Titik (tiru ayat seseorang bila sedang berphotoshop)
  • Aku rindu nak meeting pagi. Dengar boss mata sepet hentam orang sana sini. 
  • Aku rindu nak cuci tangan yang kotor. Selalu, tangan aku berminyak je sampai ke siku. Memang kena tonyoh kuat - kuat untuk hilangkan minyak.
  • Aku rindu nak makan nasik yang bermenukan lauk yang sama di kantin itu. Lepas je makan, pegi baca sat surat khabar.
  • Aku rindu nak minum kopi tongkat ali kat vending machine kilang tu. Selalunya, pukul 1030 pagi dan 330 petang masa keramat untuk minom kopi. Buatla kerja apa sekalipun, tepat masa, ramai - ramai "kerumun" tekan kopi sorang satu.
  • Aku rindu nak tukar duit syiling kat amoi. Ehem, selalunya tu jela modal aku nak sembang dengan amoi - amoi cina dan vietnam kat sana. Asyik -asyik, aku je jadi mangsa brader - brader suruh tuka syiling. katanya nak tekan air.
  • Aku rindu pulak rasanya nak basah baju dan seluar. Dok ghalit buat kerja, berpanas sampai baju luar baju dalam, seluar kecik dan seluar besar habis basah lencun. Oh, punya komited buat kerja. Lalala..
  • Aku rindu nak tangkap gambar mesin dalam kilang banyak banyak. Brader - brader kat sana dok panggil aku Engineer tangkap gambar. Setiap kali buat kerja, tangan aku mesti takkan lekang dengan henset. Haha, tangkap gambar untuk report. Hihi.
  • Aku rindula kat kakak klinik. Setiap kali kami nak mengular, kami mesti lepak kat klinik. Lepak kat klinik best, ada air cond. Selalunya, kak klinik mesti bagi Vitamin C bawak balik (modal pegi klinik)
  • Aku rindu nak ronda satu kilang. Aku rasa, aku jela budak training yang kuat meronda dalam kilang tu. Yang lain semua pasif. Aku rasa satu kilang kenal aku, sebab semua orang aku tegur. Aku ingat kata - kata korang, jangan sombong masa training.
  • Aku rindu nak berlumba - lumba balik time balik. Cukup je jam 5 petang, kami tinggal apa yang kami buat. Yela, dah pukul 5, 5.25pm loceng dah bunyi. So, tepat pukul 5, kami dah tinggal tempat kerja dan pegi cuci tangan. Time balik memang best. Yeeeehaa..
  • Dan, akhir sekali aku rindu nak balik belajar. Teringin nak tidor dalam kelas masa dalam kuliah, teringin nak makan nasik dengan classmate, dan teringin nak tulis note dalam buku. Ada sebabnya pihak politeknik buat Latihan Industri tengah - tengah semester (semester empat bagi diploma, semester tiga bagi sijil) ada hikmahnya. Masuk je semester lima nanti, aku nak pulun belajar. Begitu susahnya bekerja dari belajar. Senangnya belajar dari kerja.
Semua tu aku rindu.Teringat kata - kata pakcik kat sana :

"Hang mai training sini berapa lama?" 
"Lama pakcik, enam bulan" 
"Ooo, serupa kerja sini la noh.. bla..bla..bla.."


"Eh, u training sini dah berapa lama?"
"3 bulan"
"Eh, yeke. Ingat macam baru lagi masuk"
"Takdakla, dah tiga bulan la"


"Bila u last day?"
"Next week la"
"Ah? Next week. I thought u ada lagi enam bulan"
"Mana ada, I masuk sini bulan 1 maa.. Sekarang dah bulan enam. Cukuplah enam bulan. U nak tambah lagi ke lagi enam bulan? Ayoo.. Mati la macamni"

9 comments:

  1. Kalau dah rindu....apa ubatnya?

    Nak tambah lagi 6 bulan ? hahahhahahaaaaa.....

    ReplyDelete
  2. haha..tol tol...

    byk tol lak ridu nyer... angau tu koTT!!!haha..jgn mareh luth ah!!!

    hehe..thanxs luth singgah blog td..new chapter dlm adop aku pas nih...impian dh tercapai...cuma nak accomplish jer lagi!!

    ReplyDelete
  3. ain > banyak rindu takpa la..

    kak ixora > tambah lagi enam bulan? walalal.. takmo la.. mati idop balik pon takmo.. serius..

    rasmoissalle > tak angau la.. teringat je..

    ReplyDelete
  4. wah ?! .. tak sangka masih ada org 'rindunya' bleh lebih dr gua .. XD

    ReplyDelete
  5. wah....
    bnyk gl bnda yg ko rndu....
    amacam amoi?
    xda yg berkenan ke?
    hahahahah...

    ReplyDelete
  6. kalau dah jadi rutin mmg susah nak ubah kan?
    mesti rindu.
    tapi takpa, pengalaman & kenangan:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Comments

Recent

Bottom Ad [Post Page]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Labels

Full width home advertisement

Keep Traveling

Featured Grid Widget

Travel everywhere!

Author Description

Hey there, We are Blossom Themes! We are trying to provide you the new way to look and use the blogger templates. Our designers are working hard and pushing the boundaries of possibilities to widen the horizon of the regular templates and provide high quality blogger templates to all hardworking bloggers!

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi

Advertisement

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

Post Page Advertisement [Top]

Advertisement

Follow Me On Instagram