Saturday, June 27, 2009

Kawan Oh Kawan

Imej sumber dari A Beautiful Revolution

Teringat mak kata dulu - dulu, sebelum melangkah masuk ke sekolah berasrama, "Pi, pandai - pandai tau cari kawan, cari kawan yang baik" dan kata - kata itu masih lagi aku pegang dan aku gunakan sampai sekarang.

Aku ada banyak kawan. Dari Taiping dulu, aku dah belajar di tiga buah sekolah menengah dan aku mempunyai banyak koleksi kawan - kawan.

Tak kisahlah hitam ke, putih ataupu pendek serta berambut kerinting, aku ada semua kawan - kawan jenis macam tu. Aku memang friendly dengan kawan - kawan. Aku memang mudah mesra jika baru pertama kali perkenalan. Sebab itulah aku ada ramai kawan. Koleksi kawan semasa sekolah dahulu ramai, lebih kurang satu Malaysia ada cawangan sampailah aku sambung belajar di Politeknik sekarang ni.

Lepas saja habis SPM, aku nak cari pengalaman baru dan nak celik mata untuk melihat dunia luar untuk mencari duit sendiri. Aku bekerja di sebuah kilang elektronik yang terbesar disebelah Seberang Perai dan disitu aku kenal lagi ramai kawan. Yang muda, yang tua, yang dah bergelar makcik, tapi suruh dipanggil kakak, abang Bangla dan kakak Indon jadi kawan aku. Aku suka.

Selepas aku habis kontrak bekerja dikilang tersebut, aku sambung pekerjaan di kedai kain yang aku kerja dan mempunyai banyak kawan dikalangan staff tersebut dan juga dikalangan pelanggan aku. Pelanggan kalau yang mana kerap datang kedai tu, mesti akan cari aku kalau mereke dah pernah dilayan oleh aku. "Dik, mana dia adik yang kurus - kurus tinggi tu?" tanya seorang pelanggan aku pada kakak aku, yang mana bekerja dikedai yang sama sebagai Juruwang disana.

Kakak aku pun memberitahu yang aku sudah berhenti kerja dan sambung pelajaran. Banyak juga pelanggan yang mana biasa dilayan dengan aku cari aku dikedai tersebut, bukannya nak bangga dengan diri, mereka suka cara aku yang ramah dan mesra pelanggan. Sampai sekarang, ada lagi seorang pelanggan aku yang mana masih lagi keep - in - touch dengan aku.

Dalam banyak - banyak kawan, aku dapat bahagikan pelbagai jenis kawan aku :

  • Kawan yang hanya bergelar "kawan" semasa dia susah dan tidak bergelar "kawan" semasa dia senang
Anda mesti paham kan apa maksud aku diatas tu? Erm, bukannya apa. Aku ada banyak kawan macam ni. Dalam sepuluh orang, ada 4 orang kawan macam ni. Dia hanya cari kita semasa di berasa didalam kesusahan dan memerlukan kita tolong di dengan bersungguh - sungguh.

Aku merupakan kawan yang baik. Aku tak kisah bab menolong orang dan tidak perlu balasan. Niat aku, kita tolong orang hari ini, nanti satu hari nanti orang lain akan tolong kita. Kan kan? So, kepada kawan - kawan yang mana "menjadi" kawan aku dan "mempergunakan" aku semasa anda susah tu, aku tak kisah. Itu baru kawan. Masa susah, susah bersama dan senang bersamalah kan? Tak perlu nak menjadi kawan pada sesetengah masa sahaja. OK?

  • Kawan yang berjanji itu ini, tapi sampai satu masa janjinya tinggal janji.
Aku tak suka kawan macam ni. Contohnya, bila kita tolong dia masa dia memerlukan pertolongannya, dia akan cakap "Terima kasih wei. Nanti aku belanja hang ya. Tau tau". Aku tak amek serius pun perkataan kawan macam ni. Aku anggap benda yang dituturkan itu useless, tak de makna sedikit pun. Dan bila kita saja nak uji janji yang ditaburi tu dia akan kata "Eh, mana ada aku cakap macam tu? Silap orang kot?" Itulah kawan.

  • Harta hang harta aku, Harta aku, aku punyalah!
Kawan jenis ni memang aku tak suka tahap gaban. Masa dia susah, "Luthfi, pinjam motor hang sat. Sattt je. Aku nak pegi topup jap la. Emergency ni" dan aku selalu cakap pada orang macam ni "Macam mana hang guna, macam tu la hang pulang kat aku ya? Jaga tau" sebab aku tak kesah nak bagi pertolongan pada orang. Tapi, kalau kawan yang haprak macam tajuk kat atas tu aku nak mintak pinjam barang dia, seperti barang diatas tu, dia selalu memeberikan respon negatif. "Eh, aku nak guna la. Minyak tak ada tu. Weh, tayar tak ada anginla." dan yang paling bengang "Motor aku dah basuh la, hang guna la motor hang. Nanti hujan" Tobat aku benci.

  • Dulu - dulu kawanla, sekarang tak kawan dah
Bukan semua orang suka kita. Kita tak boleh set dalam kepala kita, yang kita yang terbaik dan kitalah yang betul selalu. Aku pun sama, bukan semua orang dapat terima aku dan bukan semua orang suka kat aku. Aku ada kawan, dan dalam masa yang sama aku ada musuh a.k.a orang yang aku tak kawan.

Tulah, aku pon tak paham dengan dunia ni. Kenapa perlu ada perasaan cemburu dalam diri semasa persahabatan kau - aku? Kita kawan kan. Tak ada masalah lah kalau aku lebih dari hang dan hang lebih dari aku. Aku ada EX5 hang ada LC135. Aku tak kesah pun hang ada LC, hang mampu nak beli aku tak mampu. Kenapa kalau hang ada LC135 aku ada Proton Iswara hang tak senang dengan aku. Oleh sebab itu hang dah semacam dengan aku? Oh manusia.

Oleh sebab kawan macam ni lah, aku hilang kawan. Yela, aku dah tak suka kawan si A dan si B yang baik dengan aku jadi kawan rapat dengan si A, dalam masa yang sama aku takkan kawan dengan si B tu. Sebabnya? Aku dah terkena.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak tulis. Tapi takpalah. Ni pun dah cukup panjang. Puas kalau dapat tulis panjang macam ni. Aku tak nak hampa kata aku je yang baik. Tidak sama sekali.

13 comments:

  1. memang byk jenis kawan.. best lagi kawan dengan alam dari dgn manusia..

    apepun, manusia kena ada kawan.. untuk bermasyarakat n idup secara normal... dan klu kita seorg kwn yg baik.. pasti akhirnya jumpa yg baik juga.. lmbt laun diorg akan dtg cari kita balik

    ReplyDelete
  2. agaknya manusia sekarang ni rasa lebih sedap kot.

    mungkin sebab itu semakin ramai manusia 'makan' manusia. haha xD

    p.s: kita betul2 kawan, oke? walau tak bersua. walau tak kenal mana. chill! ^_^

    ReplyDelete
  3. Tobat yaya pun benci itu fesyen punya kawan.

    kdg2x kt nk buat camtu kat depa tp tak sampai ati. dia sampai ati wat camtu kat kt. ceh!

    suka ah fie type pjg2
    byk input

    type type type fie...
    lama xkua kisah si hitam!!

    ReplyDelete
  4. berkawan biar beribu bercinta biarlah seorang..tapi dalam beribu tu la kita kan jumpa pelbagai jnis kawan..

    btol x bro?mcm ko nyatak tu..mmg aku pna jmpa sebelom ni..jrg sgt nk jmpa kawan2 yg btl memahami..

    ReplyDelete
  5. salam luth,
    dalam berkawan, carilah sahabat kerana sahabat ialah kawan yang terbaik, orang yang boleh ke tengah ke tepi bersama kita dan menegur kita kerana Allah, kita susah, dia bantu, kita senang dia doakan agar berterusan kesenangannya. berkawanlah dengan sahabat yang boleh membawa kita ke jalan Allah.

    ReplyDelete
  6. hurmm..

    x salah jike nk berkawan.. tp jgnla sampai 'makan' kawan dan utk kepentingan diri saje..

    Peq harap Luth dpt bersabar dlm menghadapi kawan spt itu, dan dpt mencari kwn yg lbh baik...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, setakat ni ada la beberapa org kawan yg sama2 gelak tak ingat dunia & nangis meraung2.
    hope sampai bila2 gelak-meraung sama2. :)

    ReplyDelete
  8. Luth,
    kawan macam2 ragam.Ragam2 itulah yang kita kena sabar untuk menghadapinya.

    Kawan ketawa mmg ramai kan?tapi kawan yang boleh menangis pun ramai gak.Kawan yang betul2 boleh hadapi kesusahan bersama memang sedikit.

    ReplyDelete
  9. hurm.

    'kawan' itu bunyinya agak sensitif kebelakangan ini.

    perlukah aku berubah?

    perlukah?

    untuk kawan-kawan yg dah semacam hambar our friendship, aku masih menghargai kamu.

    maaf dari aku.

    ReplyDelete
  10. yes2. sy pon merasai ape g awk rase. macam macam jenis kawan ade.

    ReplyDelete
  11. memang abnayak jenis kawan Luth~

    tapi aku mahu mencari sahabat~

    sahabat adalah lebih mengerti berbanding kawan~

    ReplyDelete
  12. macam2 jenis kawan kan?

    btw, dah lama x berblogging. been bz. ni pun korbankan waktu tdo petang. ehe.

    lawa layout!

    ReplyDelete
  13. mesra alam sungguh !

    biasa lh tuh ... kwn ...
    ms susah cr kita ...
    dh sng , lalu kt sblh pn x pasan ...

    1st time org jumpa ak , org akn ckp ak sombong ... klu tegur & borak , pecah tembelang yg ak nih buruk pangai ... hahaha

    ReplyDelete