Saturday, July 11, 2009

10 Fakta yang Aku Suka Tentang Nasi Kandar

Masuk tahun 2009 nih, dah lima tahun aku aku bergelar orang Pulau Pinang. Dari Taiping aku pindah kesini, aku dah dapat menghayati dan menyelami hidup sebagai seorang rakyat Malaysia berjiwa utara. Negeri Perak memang berada dibawah projek Koridor Utara, tapi sejak pindah ke Pulau Pinang ni aku rasa diri aku nih piaw ke-utaraannya. Haha.

Hidup sebagai rakyat Pulau Pinang memang tak boleh lari dengan nasi kandar. Tempat korang ada banyak ke restoran nasi kandar? Kat sini bersepah. Pegi je mana - mana sudut, pasti akan jumpa restoran nasi kandar yang mana taukeh besarnya orang India muslim a.k.a Mamak. Apa yang menarik sangat nasi kandar ni? Korang tak pernah makan kat restoran nasi kandar? Taktau ke? Meh aku cerita sikit :

  1. Lokasi restoran nasi kandar ni memang strategik. Dah la strategik, besar pulak tu. Sedap mata memandang.
  2. Restoran nasi kandar buka 24 jam. Pegila masa mana pun, mesti ada lauk dan nasi untuk anda yang kelaparan. Tak payah nak susah makan megi.
  3. Kebanyakan restoran nasi kandar ada perkhidmatan Wifi percuma. So, ramai member aku yang takda internet dirumah tu, depa kerap pegi restoran mamak. Wifi dah free, cuma kena bayar bil air je. Hihi.
  4. Dah ada wifi, mestilah ada siaran secara langsung bola sepak. Sambil tengok bola ramai - ramai dengan kawan, boleh makan dan minum. Seronok bukan? Meriah je rasa.
  5. Lauk dikedai mamak sedap. Air yang dibancuh memang pekat. Kalau kopi memang rasa kaw, minum milo rasa milo dari susu. Tak macam kedai lain, tawar je. Kedekut milo agaknya. Gula pemurah pula.
  6. Abang waiter memang hensem belaka. Hidung mancung, rambut ikal mayang. Macam Datuk SRK pun ada.
  7. Pelayan kedai mamak gemar memakai uniform yang ceria. Hijau + kuning, biru + kuning, pink + hijau. Aduhai, memang matching la dengan kulit depa. Wakakka. 
  8. Oleh sebab restoran depa terkenal, ia mudah dijadikan port untuk lepak - lepak bersama kawan - kawan. "Hello, nak sembang kat mana ni? Oh, Nasmir Perda ka? Ok Ok.. " Selalu macam tu.
  9. Sejuk mata memandang bila duduk dalam kedai depa, yelakan ada banyak ayat Al - Quran depa gantung. Alhamdulillah, makan berkat la sikit. Muafakat dapat. Hahaha.
  10. Perkhidmatan pelayan memang memuaskan. Ada setengah pelayan kedai mamak ni benar - benar mengutamakan pelanggan. Kalau oder 1 - 1 mereka memang taat dan patuh pada perintah. "Eh, mintak ais sikit" "Ok boss" "Macha, tisu ada?" "Roti canai satu" "Eh, roti canai lagi satu" "brader, roti canai lagi satu boleh?" "Dey, ini teh tarik kurang buih la, hang pi tambah buih boleh?" 
Itu sajalah yang dapat aku ceritakan berkaitan perkara yang aku suka di restoran nasi kandar ni. Aiseh, mana boleh kan kalau kita tulis perkara yang kita suka je kan, penulisan seseorang mestilah seimbang, ada baik dan tak baik. Nanti kalau aku lapang, aku nak tulis pulak pasal perkara yang aku tak suka pasal restoran nasi kandar ni.

Kepada anda yang tak biasa datang makan di kedai mamak, percayalah cakap aku bila anda dah merasakan sendiri pengalaman di kedai nasi kandar. Wallahualam.

45 comments:

  1. haha, aku pun suka makan kat mamak. lauk sedap, mmg berpatutan dengan harga. jgn duk komplen mahal jerk. tp duk g gak. wakaka

    ReplyDelete
  2. bab harga tu nanti aku nak tulis dlm fakta kedai mamak versi dua.. hahhaha..

    ReplyDelete
  3. wah mamak pun dah glamor skg ni ek dah masuk dalam blog ko haha..pape pun mmg best lepak kdai mamak lagi best klo ada wifi free hehe

    eh nk tnya cmne ko tambah ayat kat atas box koment ni ek..? ajarkan bole? buat la tutorial hehe

    ReplyDelete
  4. kedai mamak mmg best hihi

    kalau balik penang tak sah pi pekena nasik kandaq..tak kayu, deen

    kita mesti pilih hehe

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Kat PJ (tempat kerja) ni lain pulak. Pernah sekali masauk satu kedai (bukan regular), kita kata nak teh-O dan mee goreng je kepada satu waiter nih.

    Lepas dua minit, dia darang balik tanya 'minum-minum', kita ingat dia lupa, sebut lagi teh-O. Dia tanya lagi 'minum-minum', ingat dia 'kurang pendengaran', kata lagi teh-O. Dia tanya lagi 'minum-minum', mulalah naik hot - sabar dulu - kita kata teh-O. Dia tanya lagi 'minum-minum', saya angkat kaki keluar dan pergi kedai regular.

    Nak kongsi cerita je.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  6. aku pon suka mkn nasi kandar!!
    bro, g try nasi kandar kat kedah. area changloon. giler best!
    meleleh air liur aku tgh comment ni.

    muahaha~

    ayam madu giler lembut, kuah campur2 lam 1 pinggan, syur kobis,.......... etc. isi sendiri empty space tu.
    (^_^)

    pasal harga, ko kne tnye betul2. lau cilap pilih mau rm10 sepinggan. tp menu yg aku ckp kat atas tu baru rm4 kot.
    :p

    last sem aku pernah bwk mmber2 from kl p mkn kt kdai tu smpai skrg diorg dok mengidam nasi mamak tu.
    uuuuu~

    try la!
    :p

    ReplyDelete
  7. ade lg 1 kedai nasi kandar masyuk kat shah alam.
    besssttttt~

    ko ckp la sedetail mne pon air yg ko nak mamak tu boleh ingat.

    contoh : air teh tarik kurang manis, lebih buih, gelas besar letak ais 3 ketul.

    mamak tu still boleh ingat.
    tu baru sorang punye oder. lau 10 org mkn mcm mne??
    fuh...aku tabik la diorang ni.

    aku n member2 slalu test kekuatan otak mamak u. and....terbukti beliau memang hebat!!
    ahaha~

    lau bagi blaja kimia ni mau dpt 4.0.. nk menghafal fomula2 tu.
    (^_^)

    ReplyDelete
  8. Gua ponk enjoy ngn Nasi Kandar...

    Tak semestinya ....skank nasi KANDAR orang Mamak jew yang terer.....

    Gua asal ALOQ SETAQ......
    Buat pengetahuan...skank kat ALOQ SETAQ dah jadi trend nasi KANDAR orang MELAYU.....memang banyak skank kat sana......yang betui Walaweiii...contohnya..Nasi Kandar HJ RAMLI...pergh!!! sedap gila beb!!!

    Rasanya nasi Kandar sebelah UTARA piaaaaaaaaaw kut noooo hehehehe!!!

    Terkadang bila dapat tangkap......INDIA yang mengaku MUSLIM kat KEDAI MAMAK....adoiyaiiiiiiii......siut btut!!!!

    Kat KL banyak skank nih.....

    ReplyDelete
  9. Time pergi Penang nanti saya akan cari kedai tu..

    ReplyDelete
  10. @naqiubex..
    tak larat nak cari la bro.. banyak sgt kedainya..

    @Dj Epoi..
    sedapp eh.. loq staq ada kedai nasi kandaq melayu ok r.. banyak pilihan la..

    ReplyDelete
  11. kedai mamak menjadi pujaan.dr dulu kini hingga selamanya ..

    ReplyDelete
  12. erkk. aku sgt tak suke makanan mamak. tp abah aku ngn adek beradek aku suke.jd , aku mkn jek la.hoho

    ReplyDelete
  13. Memang cool lepak mamak...

    Pas makan kari, tangan bau sampai ke esok pagi...punya la melekatttt!!!!

    ReplyDelete
  14. "Abang waiter memang hensem belaka. "

    haha..ni x ley bla...mmg la dowang sgt hensemmm...hensem sgggtttt..muehehehe ;)

    ReplyDelete
  15. hahaha.setuju sangat la dengan kak ixora punye statement tuh! heee

    ReplyDelete
  16. nasi kandar kapitan n hameediyah

    the best in penang

    ReplyDelete
  17. Khairil, kat kayu lagi syiok laa..hehehe..

    hang memang btul2 la luth..langsung tekak dok rasa kuah kari dia..aduihhhh, sini semua tak sedap! cayaq!

    nakkk baaalikkkk peeennaaangggg

    p/s: aku copy masok kbp

    ReplyDelete
  18. Hmm..cter pasal kedai mamak ni..
    xsume mmg btol2 muslim.. Mcm Dj Ep0i tu kata..bt0lla tu..ader yg mmg mgaku muslim..

    so, kwn sy bg cdgn, kalo nk p kedai mamak, mula2 try mintak konon2 kte nk mkn kari Daging LEMBU..
    kalo x kari pon pape yg LEMBU la..
    ader x, kalo xde, better tggalkan je kedai tu, p cari kedai laen...

    p/s: dgrnya kdai mamak kt bintang, bangi tu bkn muslim..xtaula kesahihannya~

    ReplyDelete
  19. Hmm..cter pasal kedai mamak ni..
    xsume mmg btol2 muslim.. Mcm Dj Ep0i tu kata..bt0lla tu..ader yg mmg mgaku muslim..

    so, kwn sy bg cdgn, kalo nk p kedai mamak, mula2 try mintak konon2 kte nk mkn kari Daging LEMBU..
    kalo x kari pon pape yg LEMBU la..
    ader x, kalo xde, better tggalkan je kedai tu, p cari kedai laen...

    p/s: dgrnya kdai mamak kt bintang, bangi tu bkn muslim..xtaula kesahihannya~

    ReplyDelete
  20. First time makan nasi kandar masa bercuti kat Penang last year! Kat Nasi Kandar Line Clear, org Penang la yang bawak kat situ! Ok jugaklah, may be yg special kat situ 3 jenis kari yang dicampurkan sekali! tapi, kari mamak ni memang lain rasa drp yang mak kita masak!

    ReplyDelete
  21. paling best bile jari mamak termasuk dlm kari.

    pergh best... peluh2 dan bulu mamak yang direndam dlm kari... huhuhuhu

    ReplyDelete
  22. wah...

    nasi kandar..
    dah lame x merase..

    bleh la Luth blanjer..
    hehehe

    ReplyDelete
  23. Nasi Kandar yang mana ek? Yang jual kat kedai mamak ke?

    ReplyDelete
  24. tula.sarah pun suka lepak mamak..cm ramai org,happening ckt.

    ReplyDelete
  25. rindu la ngan nasi kandar beratur. hehe :)

    ReplyDelete
  26. huhu.. seriously, aku tak pernah makan nasi kandar.. mcm mana nasi kandar tu pun aku tak tahu. so, nk google sat mcm mana rupa nasi kandar tu. kui3

    ReplyDelete
  27. aku pun suka mamak
    dah macam fast food da
    sbb sedap pantas dan efisyen =)

    ReplyDelete
  28. x penah lak mkn nasi kandar...nk try test pasnie!

    ReplyDelete
  29. haha, yg aku tahu. mamak ni harga dia lain mcm skit. org selalu komplen, tp dorg still datang. haha

    ReplyDelete
  30. 1 benda yg x lari dgn nasik kandar,
    sedap! hahaha

    ReplyDelete
  31. Luth, hang lupo, hang tak habaq pasai walkie-talkie depa pakai.. hehehe.. bahasa utagha best jugak..

    ReplyDelete
  32. Kalo kat kedai mamak..akak suka oder set roti nan ngan ayam tandoori, pergh!
    Nasik kandar?? oh..no..kurengg! hehe.

    ReplyDelete
  33. mamak..

    Maggie goreng satu !
    Teh tarik kasi banyak buih satu !
    roti tisu satu !

    Kasi cepat tau..

    ReplyDelete
  34. duk penang kan?
    pi pekan B.M dekat dengan stesen teksi/KFC ade Nasi Kandar Ali. Bapak best piang piau punya dia punya nasik ;p

    ReplyDelete
  35. nasi kandar memang option yang senang.kalau lapa sgt pegy je kedai mamak.hihi.

    ReplyDelete
  36. org kate..kdai mamak letak "sesuatu" nk bagi sedap..cmne tu??

    ReplyDelete
  37. waaaaaaaaaahhh..
    sejak smpai pahang...
    x penah lagi jumpa nasik kndar..
    rasa lapaq plak..
    balik cuti ni kena cari gak nasi kndar...
    rindu penang oohhh

    ReplyDelete
  38. majoriti kdi mamak dh letak WiFi kt kdi d'org termasuklah kedai mamak kt tg rambutan ... skrin besau & projektor pn sm utk tgk bola ... tp ak nih x pndi nk lepak kt mamak sbb ayh ak x pnh ajar ... jika ayh x suka mkn kt mamak , ank2 nya pn ikot lh ... haha ... ak pnh singgah tp minum air tin jerk ... bila dh pindah & jiran2 kebanyakannya india , km mula b'jinak2 dgn makanan india spt chapatti , tossei & kuah2 rempahnya ... tp utk mkn kt kdi mamak , x nmpk arah lg ... huhu

    dr p'merhatian ak , org laki suka habes dgn kdi mamak ... sbb ? blh amek byk2 tp harga maintain ... sekian ... haha

    klu kt iph , ak suka pakeeza ... kikiki

    ReplyDelete
  39. Kalo aku mai Penang hang leh bawak p Pekena Nasi Kandaq Line Clear ka?? Aku dengaq situ paling A...Betui Ka?

    ReplyDelete
  40. betul2...nasi kandar best..
    aku ngan kwn aku kalo seminggu tak pegi kedai mamak tu mesti rindu dendam punye la..huhu
    haritu bwk sedara dr kelantan mkn kt kedai mamak, smpi sekarang dok teringat...
    hebat sungguh air tangan mamak tu na..huhu

    ReplyDelete