Salam semua. Aku saja nak tulis pasal kes cinta ni. Yela, tengok semua orang, kiri kanan bercinta. Hahaha, seronok aku tengok.
Cemburu sering kali kita kaitkan dengan sayang, lebih banyak pasangan kita cemburukan kita, bermakna dia memang sayangkan kita, tapi kalau terlalu cemburu apa kes??
Aku banyak berkenalan dengan kawan - kawan yang tak solo. Erm, kebanyakkan dari mereka amat sporting dan seronok dikawan tapi dalam satu masa yang sama, pasangan si perempuan tu tak se-sporting bidadarinya.
Kawan aku tu takut nak beritahu kepada pakwe masing - masing dan rela menipu dari beritahu perkara sebenarnya. Dari tak gaduh, jadi gaduh. Dari hidup bahagia jadi sengsara. Aku bukannya nak rampas ataupun nak gatal - gatal dengan makwe diorang. Huhuhu..
Bagi aku, aku memang open minded orangnya. Buatlah apa pun, pergilah mana pun aku tak lah terlalu mengawal pasangan aku, bak orang cakap kalau nak cemburu pun bertempat. Bukannya aku tak sayang,tapi aku takmau la nak cemburu gile babi. Yelakan, sampai nak buat kerja di kelas pun bersama rakan lelaki tak kan tak boleh? Itu cemburu ke mengongkong?
Sesetengah pasangan mungkin suka pasangannya kuat cemburu seolah - olah dirinya terasa dihargai tetapi, pada lain individu pula, terlalu cemburu akan membuatkan seseorang menjadi bosan, tak mengecapi kebebasan hidup dan lain - lain lagi.
Macam aku, aku suka berkomunikasi dan juga berkongsi dengan kaum perempuan sebab aku tahu jika aku berkongsi perasaan aku dengan lelaki, mereka tidak dapat memahami situasi aku dan itu pun berlaku sebaliknya pada perempuan. So, jika ada pihak yang menghalang perhubungan lelaki dan perempuan sebegitu akan menyebabkan ketidakpuashatian dan juga tidak tenteram pasangannya. Kang daripada buah cempedak, terus jadi nangka.
Kenapa perlu terlalu mengongkong ataupun cemburu? Tak percaya? Terlalu sayang? Takut orang rampas kekasih ke? Tak betul cara tu jika anda sayang pasangan anda, bagi aku, aku suka bersikap open minded dan rilex dalam bab ni. Sayang memang sayang, BE GENTELMAN bro! Awek korang takkan tinggal korang macamtu saje sebab aku tahu dalam setiap jiwa perempuan. Yela, sekali dia sayang payah benar dia nak tinggalkan insan yang di sayang. So, buat apa nak takut untuk ditinggalkan?
Kepada laki yang kuat cemburu tu, aku nasihatkan ubahlah perangai anda yang mana mencerminkan diri anda yang tak sporting itu. Be gentelmen bro! Aku kekadang malu lah pulak dengan lelaki macamtu. Tak menunjukkan betul - betul jiwa seorang lelaki yang boleh memimpin, aku lihat lelaki sebegitu penuh dengan emosional
Berubah untuk orang yang anda sayangi, perubahan untuk diri sendiri dan hubungan.
Thursday, July 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak suker dengan lelaki KUAT CEMBURU..
ReplyDeleteperangai mcm budak2 sekolah....
huh!
@kak yanie..
ReplyDeleteBudak2 skolah? Aiseh, kak cakap ni zaman bercinta time skolah ke? Lalalala..
hehehe kdg2 de sbb dowg cemburu sbnrnye.. so, xleh la nk slh kn laki je..
ReplyDeletehehehe ceh2... yg pmpn cm aien ni kne la jaga ati laki/bf dia sndri, bio smpi xjlez..hehehe
tp tensyen je de laki cm 2 huhu...
fie xkuat jlez kn?? ~~Ngee
klu dah pandai awal2 tu menggatal, pandai2 la nak kawal.. hubungan tu bukan jadi yang sah lagi.. masih bebas lagi, takde ikatan.. len cerita la kalau dah ada hubungan yang sah lagi halal..
ReplyDeletealahhhh bagi aku, cemburu 2 normal tp jgn lebi2 la..
ReplyDeletebiasanya sblm aku berkawan lebi rapat ngan sorang lelaki, aku pasti akan kenal kan dia dulu dgn kawan2 aku.. Sbb aku byk kwn lelaki dr perempuan.. so kalau dia rasa x ble trima, then he should go.. kalau dia ble trima.. we go on.. easy like dat~! ngee
Alhamdulillah cemburu bertempat.
ReplyDeletekalau nak tulis pasal pompuan
ReplyDeletelagi bnyak kot
tak suka lelaki yg cemburu..tak kacak...
ReplyDeleteApa guna cemburu...kelak membawa padah.
ReplyDeleteTak suka lelaki cemburu...sedikit cemburu sudah memadai tanda sayang. kalau lebih dan terover itu mencari masalah....
aku bukan lelaki camtu :) boleh dikatakan terlalu open minded sebab aku tak suka dikongkong..begitu juga dengan dia..so, aku memang tak pedulik (bukan tak caring) dengan sapa dia berkawan, dengan sapa dia keluar..as long dia bagitau..
ReplyDeleteaku pun xpenah g lepak jejauh dengan dia, tapi dia nk g cherating dgn officemate dia..selambe je kasik (3 laki 2 pompuan)..huauha, jeles memang ada, otak lagi la pikir bukan2..tapi, cuba matikan perasaan tu dengan kepercayaan..
lagipun, dia bukannya bini aku lagi..klu bini aku, mmg la tak dapat dah chance2 camni..hehe
yup!!
ReplyDeletecemburu bia berpada2 laa...
x lari gunung di kejar...
kan bro!!
cayalah....kamu btol tang perempuan kalau da sayang xkan tggl punye laa...;)
Cemburu kena ada batsnya.Tapi kalau nk keluar ke mana2, kene bagitau. bagi saya itu dh melampau.Jadi rimas.
ReplyDeleteSikap saling percaya adalah penting bagi mengharmonikan perhubungan.
aisehmen,...
ReplyDeletebetol2,..
ayat
"Awek korang takkan tinggal korang macamtu saje sebab aku tahu dalam setiap jiwa perempuan. Yela, sekali dia sayang payah benar dia nak tinggalkan insan yang di sayang."
aku stuju sangat,.. ahahah,..
believe me!!! it's true!!!
cemburu?
ReplyDeletemmg la cemburu...
mn ad yg x cemburu...
tp yg palng pntng bertmpt la...
sume nye mst dikawal...
x payah la nk cemburu buta kn...
skit info pasal cemburu,
Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.
Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim?
Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang. Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.
Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati. Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.
Keupayaan mengolah rasa cemburu supaya menjadi tenaga positif bergantung pada diri seseorang. Kalau dia bersikap positif, maka cemburu boleh meningkatkan kegairahan. Kalau dia cenderung negatif melulu, tentu saja sikap itu akan menurunkan kegairahan.
Tapi ingat, hubungan seksual yang terasa lebih bergelora akibat dorongan rasa cemburu itu satu bonus. Sememangnya ia boleh memberi kelainan daripada kejenuhan rutin dalam hubungan intim antara pasangan. Walapun begitu, pada akhirnya, sanggama yang dilakukan atas dasar cinta dan melibatkan hati yang suci adalah yang paling memuaskan dan bernikmat.
kalau perempuan pulak yang kuat cemburu?
ReplyDeletehaha
naseb baik bf saye tak terjebak :P
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesgt sutuju dgn mr. luth..
ReplyDelete"kalau nak tulis pasal pompuan
lagi bnyak kot"
erm..pd aku laki ppuan same je..ade laki yg kuat jeles..ade ppuan yg kuat jeles..dn aku bkn jnis yg kuat jeles..sgt simple..x ske kongkong sbb aku pn x ske org kongkong aku..
but..my ex-bf sgt la jeles orgnye..*mencikk xske xske xske* laki2 yg kuat jeles lbih teruk dr ppuan..yg aku tgk org ppuan kalo jeles xde la seteruk laki2..mgkin die kuat bebel je..tp laki2 ni erm..kdg2 smpai bekasar *i dun like* x perlukan org cmnih..
pd lelaki mahupn perempuan diluar sane plzzz la jgn terlalu jeles..wat rosak hubungan je..
*fobia*
ramai nye orang komen entry nie...
ReplyDeleteheheee...nak gak mnyibuk...
kebnyakn orang akan cakap
"normal lah cemburu tapi biar berpada"...
cakap senang, tapi bila korang berdiri ditempat "si pencemburu" adakah korang akan berpada-pada..??
hoho...fikir2kan dan renung2kan..
tak semua orang mampu mengawal emosi nye sehebat mana kamoo mampu mgwl emosi kamoo...n x sumer org sesporting kamoo...
cemburu itu tanda syg, n kalu lelaki tak cemburu lnsung, itu adlah sgt taruk bagi sy..!!
huhu..ini kerana lelaki ada ego nye yang tsndri lebih2 lagi dgn lelaki laen...
jadi, ape yg penting disini adalah kita harus pandai menjga aty pasangan masing2... give n take...
baru la bahagia...kalu kita tahu ape yg akan kita buat ini akn mbuat die cmburu dan marah, so jgn buat...
tatapi, mcmane pun, jgn la cmburu sgt hgga mngongkong...
dan, jujur lah pd psngn masing2...
betul..
ReplyDeletetp klu laki yg kuar ngn pmpuan len..harus cemburu..
hahaha..
=)
salam luth
ReplyDeleteAbg sentiasa cool.. hehe
cemburu?
ReplyDeleteaku rasa mcm tak perlulah melampau sangat,open jelah,lagipun cemburu tak tentu pasal tu buat kita rasa rimas je,tak salah cemburu,tapi kena tempatlah,kalau sampai nak study pun nk cemburu,aku rasa tu macam dah melampau,pada aku,cemburu ni ada kaitan dengan syak wasangka,kepercayaan..so,bila orang cemburu tu,aku fahamlah maksudnya..hehe
Yup..
ReplyDeletekadang2 cemburu nie bior la kena ngan tempat..
kalau cemburu buta tu teruk la...
tapikan..
kadang2..
kena kat batang idung sndri pula..
contohnya si pakwe cemburu tengok makwe dia bergurau2 dengan lelaki lain..
tapi kalau si makwe tadi.. bila pakwe dia bergurau2 dengan perempuan lain..tau pula dia nak jeles balik..
ha..actually camtu la...
ekekeke...
sorry bebel panjang2..
tak suka lelaki kuat cemburu...
ReplyDeleteataupun lebih tepat lg cemburu buta....
tak bebas nk lakukan apa2 yg kita suka...
tapi yg peliknya baru berkawan tapi dh cemburu macam hape lg...
lelaki mcm tu awl lg kena reject...
wpun bagaimana open minded pun kita...jangan membatasi syarak....
ReplyDeleteagama kita meletakkan batasan dalam pergaulan lelaki pompuan....
gua gerak solo bt masa skrng
ReplyDeletex da masa nk cemburu2 ni...
hoho
siyes.. aku mmg fakap laki cemburu buta lagi tak bertempat... tambah2 lagi tak bertempat celah lobang tandas... fakap! dan aku gak fakap pompuan yg cemburu gile mcm org yg ilang anak...
ReplyDeleterilex2 sudah... cool aje... bukannya milik kita bf or gf tu... kalo da jd hak milik lain ar nak larang itu ini... ni takde ape2 nak halang anak org itu ini.. dlm hubungan kejujuran, keikhlasan, memahami, setia yg menjamin bahagia n pasangan takkan lari pada org lain...
siyes last aku nak ckp.. fakap pd golongan mcm ni... haha...
p/s: sila lawati laman fakap di http://www.fakap.com/
wah...sudah pandai tulis bab cinta...ades...sebenarnya aku tak suka baca bab cinta ni...maklumlah baru pas break...malang betul...kuat cemburu punya pasal la kot. haha
ReplyDeletexkawen lgik da kalut nak cemburu2..tah pape...
ReplyDeletesng jerk nk handle laki kuat cemburu ... buat x tahu jerk der ckp per ... huhuhu ... lm2 t , der senyap ... klu majuk pn , wat x tahu jerk ... sbb klu der betol2 syg , x lbh 3 hr der akn ckp dgn kita blk ... kpd sang pompuan , klu dh tahu laki awak tuh kuat cemburu , x payah citer per yg ko wat klu benda tuh m'libat kn laki lain ... sng citer ... byk kn tanya ttg diri laki t'sebut klu x nk sangkut dgn soalan2 maut sang lelaki cemburuk ... huhu
ReplyDeletebg aku...
ReplyDeletecemburu tandanya syg...
Tp biarlah cemburu secara bijak..
he he he..
Kalu saling percaya, xkan kemana...
betul tu. lelaki yang kuat cemburu, memang membosankan
ReplyDeletesyukur setiap lelaki yang aku kapel xcemburu buta. macam bf aku skrg, dia cemburu bertempat je. tapi kita pun kena pandai jaga diri aa. org dah bagi kebebasan, jangan salah guna plak
yang paling penting, kena saling percaya. tu je
kalau lelaki cemburu dgn laki mcm mana pulak? hahaha
ReplyDeletecontoh, chokilala cemburu akan topotato kerana topotato lebih menyayangi azwan ali daripada chokilala :))
cemburu ke bung... aku cemburu jugak.. tapi berpada pada la kan. cemburu sebab kita sayang.. bukan niat nak mengongkong. tengok pada keadaan, mungkin jugak atas sebab keselamatan. tak semestinya kita tak bagi itu ini atas sebab jeles.. hahah mungkin juga kita terlalu risau akan keadaan dia satu ketika nanti. jadi cemburu tuh pon ade gunanya.. tapi kalau terlampau cemburu dinamakan cemburu buta.. huhuh... suka hati la..
ReplyDeletewalaupun qissy x cemburu sgt, but qissy paham. kita tak boleh samakan diri kita dengan org lain. sekian =)
ReplyDeletekalu ppuan kua cembur ape cerita lak... dorg punye cemburu lg teruk kot
ReplyDeletefaizedz , ko sudey kuor tajuk lh ...
ReplyDeletehaha
minta xdpt la laki yg btol2 kuat jelez nie.. biar fara yg kuat jelez x pew..ahaks..
ReplyDelete