Wednesday, July 08, 2009

Jom Hurai dan Tanda Tempat Anda dengan Wikimapia!


Menurut Wikipedia, laman web khidmat peta dalam talian, Wikimapia dilancarkan pada tahun 2006 merupakan satu projek kerjasama antara pihak Wiki dan Google Map. Peta yang terdapat dalam Wikimapia berasaskan peta yang berada di Google Map yang boleh ditanda dan dihuraikan bagi setiap kawasan yang anda hendak nyatakan.

Di Wikimapia, pendaftaran tidak perlu untuk menghuraikan tempat yang anda ingin huraikan dan terdapat 101 bahasa ditawarkan untuk perkhidmatan Wikimapia termasuklah Bahasa Melayu. Menarik bukan? Luth sering menggunakan perkhidmatan ini dalam kehidupan seharian. Contohnya, semasa Luth merantau cari pengalaman semasa menziarahai Kota Bharu tempoh hari, hampir kesemua tempat dapat Luth terokai dengan menggunakan Wikimapia.

Anda boleh menanda tempat yang anda suka mengikut pelbagai bentuk dan sudut kerana Wikimapia menawarkan penandaan tempat berbentuk polygon, yakni anda boleh mengikut bentuk bumbung, panjang serta lebar kawasan yang anda ingin tanda. Selepas itu, anda boleh meletakkan pautan artikel di Wikipedia ditempat yang anda tanda dan huraikan selain meletakkan alamat serta spesifikasi tempat tandaan anda.

Selain menanda tempat yang anda ingin huraikan, di Wikimapia juga terdapat "tag" ataupun kategori yang anda ingin letakkan pada hurian yang anda ingin buat. Tambahan lagi, anda juga boleh meletakkan gambar pada tempat yang anda telah huraikan dan yang menariknya, video Youtube juga boleh diletakkan sekali pada tempat yang anda tanda, bagi menunjukkan suasana tempat yang anda tanda tersebut.

Sekarang, lebih kurang 10, 0000000 tempat didalam peta dunia tersebut telah ditanda dan dihuraikan oleh pengguna Wikimapia itu sendiri dan walaupun pendaftaran tidak diperlukan sebelum menghuraikan sesuatu tempat, terdapat 387,000 pengguna telah menanda tempat dalam peta dalam talian tersebut.

Tak tahu bagaimana nak menanda tempat yang anda ingin tanda? Jom kita cuba bersama - sama!

Dah banyak tempat Luth tanda dalam Wikimapia. Betul - betul seronok. Kalau ada masa lapang, jom kita hurai dan tanda tempat yang anda suka dalam Wikimapia dengan bebas tanpa halangan. Jangan tanda dan hurai benda lain sudahla ya! Pencarian lebih efektif dengan menggunakan Wikimapia. Tak percaya, cubalah dahulu!

13 comments:

  1. xpenah pakai wikimap. slalu guna google map jer. oh mrk saling bekaitan rupenye... nice info .. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. owh kiranya kita tolong dorng menambah data dlm ma ni la ek..?

    ReplyDelete
  3. @meo guna wikimapia lagi senang nak cari.. siap ada keterangan lagi. kalau kat google map, tak ada keterangannya..

    @zara boleh je.. letak lama rumah zara, lepastu gamba kamu besau2..

    @bro SKL lebih kurang la..

    ReplyDelete
  4. wikimapia ni dh banyak bantu aku tuk cari peta sesuatu tempat.. jom sama-sama kita huraikan lokasi di wikimapia...

    ReplyDelete
  5. wah...senang kan. Semua info dihujung jari kita....

    ReplyDelete
  6. nak ckp ttg mj ler.... byk gaks spekulasi ttg agama dia, ada yg kata dia dah islam, kan.? ada juga yg kata dia masih anut agama jeehovah. ada yg kata dia pengikut rabai. entah leh, hanya Allah Taala sahaja yg tahu

    ReplyDelete
  7. bagusla la wikimapia ni..igkan mafia punyer..hahahaha...tp sng kan kite la kn

    ReplyDelete
  8. wah, wiki pun dah wat map yerk. maju2...haha...baru aku tahu kolej kediaman aku bernama taman sentosa. erk...

    ReplyDelete
  9. haha... nanti bole letak kat mana radio DesaFM beroperasi... :)

    ReplyDelete