Sunday, July 19, 2009

Malaysia VS Man. United | Antara Fanatik dan Patriotisme


Apa itu Patriotisme? Meh kita refresh otak balik yer. Menurut Wikipedia, Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara.

Aku bukanlah kaki bola atau fanatik bola macam sesetengah orang. Yela, aku rasa aku neh lelaki pelik sebab aku tak gemar bermain bola sepak. Kalau menonton permainan bola sepak, boleh gagahla aku akan tengok dan bergantung kepada pasukan yang bertanding dan mood permainan tersebut.


Dalam koleksi kawanku, aku mempunyai banyak jugalah kawan yang mana "gila bola" dan terlalu fanatik dengan permainan bola sepak. Sikit - sikit bola, sikit - sikit pemain itu ini dan aku akan menjadi kaku dan bisu jika diajak bersembang berkaitan dengan bola.

Perlawanan Manchaster United dengan Malaysia 18hb lepas dah uji rakyat Malaysia sama ada dijajah atau tidak. Ternyata, keputusannya ramai Mat Saleh celup yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku ingatkan mereka tu penonton import dari Manchaster, tapi bila ditengok kulit dan rambut mereka, jauh panggang dari api.

Apalah yang fanatik sangat diorang tu yang terang - terang rakyat Malaysia, tapi tak pula menyokong pasukan negara sendiri? Lautan penyokong merah hitam berpakaian bukan main hebat bersemangat menyokong MU, tapi penyokong Malaysia pula berapa ramai?

Mungkin mereka hanya menyokong perlawanan Malaysia dengan Brunei, Malaysia dengan Indonesia, tetapi bila Malaysia bertemu dengan MU, tiba - tiba dah jadi orang putih. Malu, bengang dan kecil hati aku rasa apabila menonton rakaman tersebut di Youtube. Taktau nak cakap apa,biarlah fanatik menyokong warga asing daripada menyokong sahabat senegara dengan kita beraksi.

Kalaulah sokongan yang diberikan oleh orang Malaysia tersebut kepada MU digantikan kepada Malaysia, aku pasti bukannya 2 -3, 6 - 4 pon boleh dapat, Insyaalah. Takkan boleh prestasi dan mutu bola sepak tanah air kita meningkat kalau dah semua orang sokong pasukan luar.

Apa - apa pon, aku masih lagi tetap menyokong barangan serta apa - apa sahaja dari Malaysia, tak kiralah kereta ke, apa ke, buatan Malaysia tetap no.1 Tak perlu nak sokong orang luar kalau diri sendiri pon tak cun. Buat malu je..

P/s: Macam emo la pulak ek.. hehehe..
P/sss: Berbangga MU dapat main kat Malaysia, kesian pulak kat orang Indonesia.. hikhikhik..

26 comments:

  1. haha, biasalah. pasukan kesayangan lah katakan. :)

    ReplyDelete
  2. haha
    aku minat la gk tgk bola walaupun x pandai main...tp kalu main kt playstation aku terer la

    biasa la mcm tu, aku tgk kat tv dlm stadium tu penuh dgn baju merah

    ReplyDelete
  3. hehe mmg kdengaran emo..haha tp btol la 2 pe fie kata..

    nmpk sgt xde sikap ptriotik.. n fanatik lebih..

    smpai sggup gadai maruah negara sndri..

    xbleh ke klu fanatik sgt ng MU pn.. kte still sokong M`sia..??

    pakai bju sebelah merah(MU) n sebelah kuning..
    bru fair kn??hahaha

    tepuk dada tnye la selera..huhu

    ReplyDelete
  4. patutla pakai la putih ala2 mengimarahkan masjid kan?

    agak2 berapa orang burn solat nak tengok match ni?

    ReplyDelete
  5. aku tak masuk sangat hal bola ni.. apa2 pun, tetap sokong Harimau Malaya~~

    ReplyDelete
  6. sy x minat bola..so sy x kesah sal bola..haha

    ReplyDelete
  7. aku fanatik dengan bola tp tak fanatik dengan MU..haha

    ReplyDelete
  8. Dalam Hati Sentiasa Ada MALAYSIA..
    Walauponk.....adakala nya TEWAS!!

    Tapi kemarin dulu games....Memang Gua PUAS HATI!!!

    ReplyDelete
  9. hoho.. apakah MU? manchester united atau mencirit united? ahaks.. tidak tidak.. ku tidak tau psl bola. ajk lepak rermai, kutuk team kwn2 yg kalah lg syok. jd lalang utk bola. haha

    ReplyDelete
  10. hehe mmg kdengaran emo..haha tp btol la 2 pe fie kata..

    nmpk sgt xde sikap ptriotik.. n fanatik lebih..

    smpai sggup gadai maruah negara sndri..

    xbleh ke klu fanatik sgt ng MU pn.. kte still sokong M`sia..??

    pakai bju sebelah merah(MU) n sebelah biru..
    bru fair kn??hahaha

    tepuk dada tnye la selera..huhu

    ReplyDelete
  11. aku suka gila bola sepak..

    well, nak bercakap dgn patriotisme dalam hal ni, aku mmg kalah lah~

    hahaha~

    ReplyDelete
  12. aku tak minat bola..anak aku yg kecik minat gilos..

    ReplyDelete
  13. aku siap g kdai makan tgk bola..siap xmalu g tukar channel dgn sndri..kwn aku ade sorang tu fanatik bola..match yg best walupun tewas

    ReplyDelete
  14. terima atau tidak, our malaysian masih leka dgn budaya mengangumi budaya/org2 barat.

    sbb tu peminat manu excited sbb team fav dorg dtg mesia. sapa x suka.. tgk live woh! tgk live kat tv je da sonok semacam..

    apa2 pun, mesia boleh! yihaaa!

    ReplyDelete
  15. patut la aritu sabtu tu pi sogo bersepah penyokong MU pakai baju merah tu laa.. dok soping kat sogo.. mulanya akak tak tau napa depa pakai baju MU.. rupanya nk sokong negara penjajah tu..haishhhhhhh

    ReplyDelete
  16. luth..mcm hubby akak je..x minat bola..ater 1 bola kejor ramai2..buat apa yop!! hahaha...

    ReplyDelete
  17. malaysia dah tunjuk belang dah even x dpt beat MU..
    mesti penyokong MU CELUP tu terkedu dan melopong kn..
    hheheeh

    ReplyDelete
  18. aku sokong man u utk game 1st..
    siap kutuk2 team mesia lagi..
    tapi utk game 2nd aku sokong harimau malaya..
    ttbe aku terpikir..kalo aku xsokong team mesia..cane team sendiri nak maju..aku kutuk mmg kaw2 laa..siap kutuk dalam blog lagi..hehehe..tp skang aku nyesal

    ReplyDelete
  19. aku rasa jersey malaysia lawa kali ni

    aku suka malaysia punya team pakai baju cam tu

    ReplyDelete
  20. Salam luth,
    Aku pun agak sedeh tapi x heran mende i terjadi, ianye normal..

    Klo diperhatikan betul2, mereka.. (penyokong2 MU) mmg datang untuk menyokong MU.. dengan pakaian Merahnye.. tapi bile Malaysia sumbat gol, dieorg turut serta loncat2 dan meraikannye..

    Senang citer, baju boleh tipu tapi hati x leh tipu.. walaupun diorg dtg sokong MU, jelas bile M'sia sumbat gol, diorg x dapt bendung rse gembire.. video HD pun aku da upload kat blog aku, ko tgok la sndirigelagat mereka.. ape2pun, mnde2 mcm ni sbnarnye da lame berlaku..

    Sbb?

    Klo x lain x bukan sbb quality yg mereka pernah tonton antara pasukan MU & Malaysia..

    Andai kate Malaysia sekuat England sudah tentu x kan ade penyokong Malaysia yg akan pakai baju Merah bile Malaysia lawan MU..

    ReplyDelete
  21. walaupun fizikal nampak sokong MU tapi dlm hati tetap sokong negara sendiri. ramai yg bawak skaf dan lilit kepala bertulis MALAYSIA. sokong bila MALAYSIA buat serangan (walaupun finishing menghampakan).

    cuma sokongan dibatas dgn tahap permainan pemain negara yg kurang boleh dibanggakan.

    lagipun bukan selalu kita dpt tunjuk penghargaan kpd team kesukaan.

    bukan mempertahankan tindakan menyokong MU lebih dr MALAYSIA. tapi cuma nak kongsi pendapat pasal perkara ni.

    'Tak perlu nak sokong orang luar kalau diri sendiri pon tak cun. Buat malu je..' Kalau dah org sendiri mengaku tak cun macamana nak naik ?

    renung-renungkan..

    ReplyDelete
  22. hik2.. kalau saya...
    saya sokong mane yang paling banyak pemain encem2... ekekkekekeke

    ReplyDelete
  23. no comment !!! :)

    klu situasi chelsea vs malaysia , barcelona vs malaysia , ak pasti x akn sokong mesia ... haha

    tp klu barangan , brg makanan jerk ak pilih dr mesia ... brg2 lain ak suka pilih brand oversea ... hehe ... penting kn kualiti dr kuantiti maaa ... bior mahal janji ak blh pki 20 - 30 thn

    P/S : kuor tajuk kew ???

    ReplyDelete
  24. poyo belaka klau nk ckap konon xpatriotik ka x.. manchester united datang m'sia kali terakhir 9 tahun yg lalu. so ni kali ke-2 la dorg datang klu xsilap. klu xlawan manchester pn. ada pnyokong ka dkt stadium? xkn rmai pn. pasai pa? m'sia sememangnya xkuat. sapa nk sokong mesia yg slalu kalah dkt peringkat asean ni. m'sia di hatiku? WTF la.. 2 pn m'sia kalah 2-3. klu x. ada ka nk mengaku negara sendiri. besa la org mlayu. a very typical malay.. it's not wrong to wear a ManU Jersey or what. it's just a friendly match, so. no need to 'mengeeelabaahh' ok.
    patriotic, so hypocrite..

    ReplyDelete