Tuesday, July 07, 2009

Oh Michael Jackson!

Adat alam, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meniggalkan nama. Semua sama, tak kiralah bangsa atau agama apa seseorang itu, ia akan pasti dikenang apabila sudah tiada. Bagi Luth, ia lumrah alam. Semasa hidup, ia dilupakan oleh masyarakat, dimaki, dimaki dan dicerca oleh orang lain tetapi bila ia sudah tiada, semua caci maki cerca hina akan hilang begitu sahaja.

Luth kenal MJ sekadar nama. Sumpah Luth tak tahu lagu dan album dia. Yang Luth tahu, persembahannya kalau diadakan pasti akan mendapat sambutan hangat peminat dan memang gempak. Itu sahaja. Mak ada la cerita pasal MJ ni, dia macam ni macam ni dan Luth tak ambil tahu sangat benda remeh macamtu sebab Luth tak suka cerita berkaitan artis. Tak ada noktahnya dan tak ada manfaat.

Kematian bintang pop tersebut ditangisi dan dihayati oleh semua penduduk dunia. Ada yang tak kenal MJ pon menangis. Aduhai. Yang paling cepat sekali macam cendawan tumbuh, posting semua blogger - blogger didalam dan diluar negara berkaitan dengan MJ. Oh, sedih. Wa, sedihnya, MJ dah takderr dan macam - macam lagi. Bagi Luth, ia merupakan lumrah alam. Tak ada benda yang kekal hidup melainkan penciptanya.

Sempat Luth google cari wajah evolusi MJ tetapi apa yang Luth jumpa ialah satu penghinaan dan juga bahan tawaan orang berkaitan evolusi wajah MJ. Anda nak tengok boleh disini dan disini. Itu mungkin posting yang sudah lama, tapi bila dikenangkan semula, kesian pula buat macamtu kepada orang yang telah tiada.

Pemergian MJ diratapi oleh peminatnya dan di Malaysia juga ada peminat yang sedih akan pemergiannya. Tak kisah, itu hak masing - masing. Yang penting, jangan terlalu fanatik dan mengagungkan artis itu ini dalam hidup. Ingat, kita berada dihujung zaman. Al - fatihah disedekahkan kepada saudara baru kita tersebut, semoga dia dicucuri rahmat.

Dalam banyak - banyak lagu nyanyian Michael Jackson, lagu berjudul You are not alone sahaja yang Luth dapat sesuai dan dapat hayati dari lagu yang lain. Nak download pergi sini. Jom kita saksikan videonya.

29 comments:

  1. lps dia xda, bru cam mnt nk dgr lagu dia..huhu

    ReplyDelete
  2. biasa la tu bro, adat. bila orang tu hebat, mesti ada yang dengki ada yang mengutuk, ada memuji, ada yang mengata. apa-apa pun aku respect dengan MJ ni. Bagi aku dia memang hebat dalam dunia hiburan. betul tak? hehe

    ReplyDelete
  3. @x-po
    tula, aku baru rasa nak dengar lagu dia.. ok what lagu dia eh..

    @mohdisa
    Hebat? Tak tahu sangat nak cakap.. tak kenal sgt mamat tu..

    ReplyDelete
  4. hebat tu xtahu le..
    tapi tu lah.
    Dia kan saudara baru,
    so.. Sedekahkanlah alfatihah kepada
    arwah..
    mudah2an urusan dia dipermudahkan disana..
    Amin..

    ReplyDelete
  5. yg pasti.. MJ is legend in world music!

    ~~ngee

    aien xbpe knal/mnat/amik port psl dia..

    tp trsa khilangan dia..

    ReplyDelete
  6. menarik lgu tue. karangan baby face. try jg dgr lagu, they dont care about us. lgu tue micheal tuju kpd zionis. die tau bhw zionislah yg buat dunia nie xaman. stat lgu tue, die mula jatuh.

    ReplyDelete
  7. sedih sbb MJ dikebumikan dkt perkuburan kristian :(

    ReplyDelete
  8. Suka statement ni:
    "Luth kenal MJ sekadar nama. Sumpah Luth tak tahu lagu dan album dia. Yang Luth tahu, persembahannya kalau diadakan pasti akan mendapat sambutan hangat peminat dan memang gempak. Itu sahaja. Mak ada la cerita pasal MJ ni, dia macam ni macam ni dan Luth tak ambil tahu sangat benda remeh macamtu sebab Luth tak suka cerita berkaitan artis. Tak ada noktahnya dan tak ada manfaat"

    Want to say the same.. xtahu ape2 ttg MJ sekadar nama.. n sikit2 la yg ade kt paper.. baca lebih2 xr.. artis mane2 pun.. bukan dia bagi kiter duit.. :P

    ReplyDelete
  9. saya..
    kenai MJ sebab orang rumah minat sakan dengan MJ sejak dari kolej.
    dan boleh teriak tgk video MJ........

    pada saya : ini satu lagi contoh manusia yg amat2 komited dengan apa yg dia buat.........

    buruknya MJ - malu jadi diri sendiri.......

    ReplyDelete
  10. dgr2 kes mati dia(diplan) sbb dia mau masuk islam. mcm kes princess diana dlu.

    siasat2 mesti xde bukti. well...

    sumenya x mustahil...

    ReplyDelete
  11. Aduhai..

    Sana sini orang bercakap mengenai dia..walaupun kadang2 dia freak, tapi tak dapat dinafikan, dia icon dunia~

    ReplyDelete
  12. the one and only MJ...
    i love his song so much dan takkan jemu tgk persembahan dia..
    RIP MJ

    ReplyDelete
  13. MJ ni mmg satu fenomena. Dia laa yg meneroka tarian 'menjejak tingkap' ngan baju serba itam dan bersarung tangan putih..hehe..

    ReplyDelete
  14. hurm..mj..

    mse kat CBN dlu kitorg slalu nyanyi lgu heal the world
    :p

    ReplyDelete
  15. dulu mase kecik2 selalu gak lyn lagu die nie... tp dulu la.. then dlm tempoh pembesaran mule lupde dah algu die

    out of topic--> he..23x teu tnde2 nk jatuh sakit la tue..skrg nei dah ramai yg dok sakit2 batuk la..sakit tekak la... demam pun ade

    ReplyDelete
  16. suka tgk vdeo klip thriller...
    serius gempak..

    ReplyDelete
  17. huhu... ct peminat dier! lagu2 dier suma best2.. agak sedih la kan,tp nk cmna kan..
    alfatihah.. Mj king of pop

    ReplyDelete
  18. kalau kat malaysia lebih kurang allahyarham sudirman la ek..

    lagu die mmg tiptop gak la..sdp ddgr

    ReplyDelete
  19. hebat tu mmg hebat, tp dalam bab nari menari la. haha...lagu takda la best sgt.

    ReplyDelete
  20. huhu.. lpsni rajin2 la download kesemua lagu MJ ni yer sbb aku akan request time bro menDJkan desa fm tu. huhu.. boleh ke?

    anyway, aku tak pernah pun minat kat arwah MJ ni.. just layan lagu dia mcm tu je.. apa2 pun, semoga roh MJ aman di sana..

    ReplyDelete
  21. MJ in memory



    #satu lg baru aku prasan yg hg pomot abes abesan twitt dan fesbuk kt ruang komen ni

    ReplyDelete
  22. Ntah la, kita tak leh nak menghukum orang kan..kawan2 cakap Michel Jackson hanya tinggal rangka je masa mati, perut penuh dengan pil..Apapun moga Allah mencucuri Rahmat ke atas MJ..

    ReplyDelete
  23. luth textile - ini bkn kdai kain. lwk2 haha
    eh smlm aku pg kamdar tgok kain. klu ko pn ade sane kn best. blh la twr2 mintak kurang..
    tawar menawar smpi jd payau. ha3

    ReplyDelete
  24. akk suka lagu nie,
    huk huk huk huk.....

    R.I.P MC,
    hurm

    ReplyDelete
  25. hurm.
    tapi orang terlalu memperbesarkan kematian MJ tu..
    dia dah pergi..biar je lah dia R.I.P..

    owh..
    aku ske lagu tu..
    tapi..
    video klip itu sangat tidak bagus untuk tontonan umum.
    geli!

    ReplyDelete