Wednesday, July 29, 2009

Sukakan perubahan tak bermakna tidak berpendirian

Sebagai manusia normal, kita seringkali tak puas dengan apa yang kita capai dalam hidup. Apa yang kita ada hari ini belum cukup dan mesti mahu yang lebih baik dari apa yang kita perolehi.

Macamtulah aku. Aku memang dikenali kawan - kawan dengan sikap yang suka akan perubahan. Perangai ni bukannya baru dalam hidup aku. Bermula dari kecil, dari alam persekolahan, aku suka tukar paparan pada kotak pensel aku. Ala, kotak video tape yang besar tu. Aku jadikan ia kotak pensel aku dan aku sering ubah warna, hiasan dan macam - macam pada kotak pensel tu. Aku memang suka akan perubahan.

Selain itu, zaman kecil aku dihiasi dengan penuh perubahan dan kelainan. Aku suka mengecat warna basikal aku dan aksesori basikal. Boleh dikatakan setiap dua minggu, aku akan tukar warna basikal aku. Hitam, biru, hijau, kuning dan merah menjadi warna kegemaran aku. Aku puas dengan apa yang aku buat.

Kemudian, bila dah besar panjang, ayah aku hadiahkan aku sebuah motosikal dan seperti apa yang berlaku pada basikalku dulu, sering kali perubahan terjadi pada motor aku. Ada je itu ini aku nak tukar. Ada saja benda yang aku nak buat pada motor aku dan tak pernah nak puas akan apa yang aku dapat. Daripada motor asalnya hitam aku tukarkan ke warna biru. Kini, aku dah berhenti mengubahsuai motor aku. Cukuplah.

Pada usia muda, aku dapat pula kenderaan empat roda. Aku bukannya seorang yang kaya, tetapi kehidupan aku sederhana, tak pernah nak kebulur tak ada makanan. Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada dalam hidup aku. Walaubagaimanapun, aku tetap tak puas dengan apa yang aku ada. Sebuah kereta standat aku nak juga ubah mengikut selera aku. Aku akan ubah selagi aku tak puas.

Kenapa tiba - tiba aku tulis macamni? Adalah seorang rakan blogger aku, asyik tanya pada aku yang mana paparan blog aku ni selalu berubah. Kejap ini kejap itu. Aku sukakan perubahan. Aku sukakan kelainan. Tapi, perubahan yang aku lakukan tidak bermakna aku tak berpendirian. Ada orang tua - tua cakap, kalau manusia yang berubah - ubah dalam hidupnya, manusia tersebut tidak mempunyai pendirian.

Dalam setiap keputusan yang aku nak buat, aku akan fikir dua - tiga kali sebelum decided. Aku takut nak buat keputusan yang muktamad dan sebab itu perlu masa dan ketenangan nak buat sesebuah keputusan. Itu aku. Aku sukakan perubahan tapi tak bermakna aku tak mempunyai pendirian.

p/s: masih lagi memerlukan masa untuk membuat keputusan akhir

10 comments:

  1. Abah aku patut baca entri ni...
    Aku ubah warna 9Network pun dia membebelll, x mcm My Mum yg baek ati, citarasa My Mum pilihan aku sbb My Mum pandai menghias...
    pasal kotak pensel ko tu, aku igt org Ganu je suka guna kotak pensel kitar semula...

    ReplyDelete
  2. uiks..hazz pun suka perubahan jugak.contohnya blog. Bila dah busan macam2 ditukar.tapi kalau dpt tukar perangai yg kurang baik ke lebih baik kan bagus...;))

    ReplyDelete
  3. betul2..slalu wat perubahan xmksd kita xberpendirian..tu mksdnya kita nk berubah dr xbaik ke yg lebih baik..yg lebih berikan kepuasan terhadap diri kita..bru rock cm2..hoho

    ReplyDelete
  4. hehee...yerp..kadang2 buhsan gk kalo asik tgk bnda yg same berari2 kan...
    lgpun,slagi tk nyusahkan org,tk salah wat perubahan..:)

    ReplyDelete
  5. setiap owg cm 2.. tmsuk aien.. kdg2 kite kne de mood baru gak ng suasana 0 bnde baru kn3... hehehe

    ni dh siap report lom??

    ReplyDelete
  6. AhA~~..
    Tul2 kAta2 kAT AtAs nie~

    hAnC juGak inGin BrubAh tApi pAyAh~
    pErlukAn konGan kWAn~~

    ReplyDelete
  7. perubahan benda2 yang kecil macam ni tak mengambarkan tentang prinsip dan sikap orang..

    ReplyDelete
  8. kita lebih kurang sama tp berbeza

    aku nak apa suma kena beli sendiri, dah tu baru blh adjust ikut yg aku suka

    ReplyDelete
  9. perubahan kepada lebih baik adalah di galakkan... akan tetapi sentiasa beringat bahawa perubahan tersebut boleh berubah sebaliknya bila2 masa... so, bersyukurlah dgn apa yg ada.... kekekeke

    ReplyDelete