Wednesday, July 15, 2009

Tulanngg Oh Tulang!


Zaman sekolah menengah aku penuh dengan dugaan dan cabaran. Banyak pengalaman aku perolehi bila aku melangkah masuk ke alam sekolah berasrama penuh. Erm, aku dah cerita kat sini cerita masa aku sekolah asrama dulu.

Aku memang peramah dan pada masa yang sama aku pon pemarah juga. Biasalah, semarah - marah aku pada seseorang, jenis aku tak boleh hilang segala apa yang aku marah dan kalau nak hilang pun ambil masa yang lama.

Entry ni aku dedikasikan kepada Cik Neo Cikgu Tiga Suku yang mana ada satu hari dia menggelar aku Si Luth Ramping tah macam mana dia tahu realiti aku neh memang kurus. Ehem, dulu masa kat sekolah aku memang suka gelar orang macam - macam. Masa form 4, masa untuk mengenal kawan - kawan yang berlainan negeri dan berlainan kulit serta bentuk.

Dalam dorm aku, ada 12 orang keseluruhannya dan majoriti daripadanya adalah orang utara. Seorang saja budak KL, dan dia tak bercampur dengan kami disebabkan dia ego dengan tutur katanya yang Ke KL-an dan tamau nak gunakan bahasa dan istilah orang utara.
Dalam 12 makhluk dalam dorm aku, majoritinya berbadan gempal, gebu, sedap mata memandang dan juga montok. Hanya tinggal aku dan tiga orang kawanku, semuanya berbadan steady, mempunyai cutting yang menggoda, tampan dan lenggang - lenggok ketika berjalan termasuklah aku!
Dalam empat orang yang ter-slim, aku adalah salah seorang yang mana paling kurus. Adalah gelaran yang aku peroleh semasa satu tahun tinggal bersama mereka. Ada seorang member aku yang sangat jahat mulutnya telah mensakiti hati aku dan aku amat geram pada dia, lalu aku gelarkan dia Encik Roy. Nama glamornya Roy tetapi kalau ikutkan nama yang panjang ialah Boy-Roy (Boroi). Amat sesuai nama tersebut pada dirinya dan terus lekat sehinggalah dia berpindah ke sekolah teknik yang lain.

Salah seorang dormate aku merupakan classmate aku jugak dan kami selalu bergurau - gurau dan pada satu hari aku panggil dia Siam dan kemudiannya panggilan Siam tu terus melekat pada dia. Ehem, dia pun dah tukar sekolah masa aku tingkatan Empat.

Bukan mereka berdua sahaja yang lekat nama glamornya di sekolah, mulut aku amat masin dan seorang lagi kawan aku yang baik jugalah melekat dengan nama Boge. Bukan bogel ok, tapi boge. Tapi, erti kata boge itu bermasuk bogel kerana ada satu malam, dia tidur dengan kain pelikat yang terselak keatas dan kami kawan - kawan sedorm yang jahat telah tarik kain pelikat dia lalu disembunyikan. Oh tidak, keesokkan harinya, dia terjaga dalam keadaan terlanjang bulat dan mulai hari tu dia dipanggil boge.
Orang tua - tua cakap, what goes around, comes around dan aku kemudiannya dipanggil Tulang kerana akulah yang terkurus dalam geng kurus. Dua tahun nama yang mak aku berikan, Luthfi tidak digunakan dan aku dipanggil oleh rakan - rakan dengan gelaran "Tulang" dan ada dikalangan junior aku pon panggil aku "abang tulang" Oh malu betul..
Tapi, sekarang ni bila teringat gelaran tu, aku tersenyum sendirian. Yelakan, kenangan manis semasa disekolah asrama memang aku tak akan lupa sampai mati. Sampai harini, ada juga dikalangan kawan aku, termasuk Khairil masih panggil aku tulang. Erm, tak kisah janji jangan panggil pelik - pelik dah la.

Pengajaran : Jagalah mulut anda ketika menggunakannya dan gunakan dengan cermat. Ingat masa depan anda.

36 comments:

  1. boge...haha

    besa la duk asrama mesti setiap sorang lekat satu nickname...

    kalu x salah dulu kwn2 pngil aku kacak kan :P

    ReplyDelete
  2. hahahha.. lawak cite ko.. boyroy.. wakakaka... ko lak nape depa tak panggel kerangka berbanding tulang? hahaha.. ops terlebeh suda...

    ReplyDelete
  3. mcm best n mmg best.. tp xpenah dpt name samaran/ gelaran ms time sekolh sampai r ke kolej... nape ntah.. mayb sbb xmelibatkan diri dlm aktiviti menggelar org..

    jd stakat ble kenang kwn2 menyakat org lain.. n gelagat2 kawan2.. :)

    ReplyDelete
  4. luth tulang.. hmm suai.. luth tulang.. suai2 ... ahak!

    ReplyDelete
  5. Haha. Aku pulak digelar Mat Bunga. Pelik betul walaupun aku tidak pernah sukakan bunga!

    ReplyDelete
  6. hahaha..nice n3..mmg btol la..
    sy pun ade sorg kwn yg berbadan "comeyl"..kalo die jln mesti bnyi hentakan kaki yg kuat..smpai skrg die glamour dgn nickname BEDUM..!! ahahaha!

    *yg boge tu mmg lawak ar...gelak guling2...ahaha!

    ReplyDelete
  7. haha, lawak pun ada. ades, aku dlu kat hostel. senior aku panggil black jerk. cam otai pun ada. haha

    ReplyDelete
  8. yg boge tu...aduiiiiiiiii..terukla kowang!!!

    ReplyDelete
  9. aku kena pendek..
    dah leboh 44 kali aku kena panggil pendek..
    sebab tu sampai sekarang aku pendek je..
    ahaks..

    ReplyDelete
  10. hai abg tulang. hahaha.. aku pun pernah gak dpt nama nickname dr kwn2 masa sekolah dulu. kalau tak silap aku, diorg gelar aku wan handsome. hahaha.. cabuttt..

    ReplyDelete
  11. hahahahah...
    da mmg ko 2 kerng luth...
    nk wat cmne...
    kerng2 pn smrt ap...
    ko kn tngi...
    sesuai la 2...

    ReplyDelete
  12. haha sme la dgn aku..judinbo tu dpt ms sek dlu la..tp aku xnk ckp nape aku dpt pggilan tu..hahahaha aku malu

    ReplyDelete
  13. kurus?

    jgn risau...

    gunakan photoshop untuk lakukan magik pada gambar anda. buat jd sasa mcm triple H atau pun undertaker. pasti ramai jeles.

    huhuhuhu...

    slm ceria

    ReplyDelete
  14. kurus?

    jgn risau...

    gunakan photoshop untuk lakukan magik pada gambar anda. buat jd sasa mcm triple H atau pun undertaker. pasti ramai jeles.

    huhuhuhu...

    slm ceria

    ReplyDelete
  15. kaing.. kaing.. ado kaing sating kaing cottong dang banyok lagi.. moh beli kat luth textile.. mughoohhh mughoohh..

    sbnrnye aku nk tny, mne ko tau babi itu x sdap?? pnh rasakah??

    ReplyDelete
  16. abang tulang. heheh. macam org jual sup tulang lak.

    ReplyDelete
  17. luth=tulang..

    ade persamaan dah kat situ..hehe

    ReplyDelete
  18. uih..
    x sangke Luth ni kurus sampai gi gelar tulang..

    xpe Luth.. kite senasib gak.. saye sampai penah digelar 'ikan kering' oleh member2.. hehehe..

    ironinye letak susu weight gain.. saye penah try.. x nek2 gak berat.. adeh..

    ReplyDelete
  19. @peq..
    terima kasih kerana memahami.. dorg tak tahu yang orang yang slim macam kita ini indah, tak perlu nak berbelanja besar untuk size baju yg besar. yela, kalau baju besar, mst mahal. macam kita neh murah je baju.. cuma kasut je mahal..

    tapi sy rasa ok la.. tinggi dr org yg pendek + kurus.. huhuhuk..

    ReplyDelete
  20. Artikel yang bermanfaat...

    Makasih share-nya..



    http://1001processor.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. kowang mmg gila ah. laki kalu gurau kasaq2x eh. jnji kawan. jgn gado2x.

    hi tulang
    i lap u
    gelak banyak jap...
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA~

    ReplyDelete
  22. aku suka jadi tulang.
    tulang best.
    pakai baju pape pown masuk.
    macam cantik je.
    but bukanlah macam anorexia.
    seram.

    ReplyDelete
  23. tulang teman sihat je... dulu slim la nei dah mengembang he...23x

    out of topic--> teman mne de hensem mane pun..besa2 je... dorg je yg ckp hensem... ke nk mengayat xtau la kan he...23x

    parah gak nie.. nk gak rase perempaun yg ngorat..leh gak tgk betapa lakunye aku kan

    ReplyDelete
  24. boge?
    hahaha,mcm manelah korang bleyh lalu tengok die tdo bugil bulat,hahaha,scary je!

    ReplyDelete
  25. hahaha!!
    mmg ptt pggil tulang..
    kurus gila wak tu..
    makan byk2 bg berisi sikit naa..

    ReplyDelete
  26. weight gain tu gua juga pernah coba tpi cam effect nya hingga skrang belum menjadi-jadi ..

    apa jak lah .. kurus pun kurus la .. dah putus asa la .. haha

    ReplyDelete
  27. ak pn sm mcm ko suka bg nm kt org ...

    huhu ... match kn kwn2 suka gak ...

    tp tuh dulu2 ...

    skang ak still suka bg nm kt kwn mcm sue jd susu & haja jd jaja ... d'org nk wat nm ak jd shishi ... seb baik x jd sbb bunyi mcm nk soh org kencing ... hakhakhak

    oh tulang , kekurusan mu sm mcm bestfriend ak yg d'ejek tiang

    ReplyDelete
  28. hahahahahah betol2...aemua org akan dpt nama gelaran..tp dgn nama gelaran tu la rakan2 kita mudah nk ingat kt kita dlm bercerita huehuehue..aku dulu ada gak nama gelaran tp malu nk ckp wakakaka..yg ptg penulis jgn garang2 ok cepat tua beb..

    ReplyDelete